Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Januari 2012

Jom beri sokongan kepada Wani...




Sebagaimana yang telah diketahui ramai, rakan blogger kita Wani Si Ibu Muda telah pun terpilih sebagai DJ Perintis untuk stesen radio hotfm Cawangan Kelantan.  Siaran hotfm Kelantan akan mula ke udara pada 2/1/2012 nanti.

Bagi mereka yang tinggal di Kelantan atau kawasan di mana siaran ini boleh diikuti, bolehlah menukar saluran radio anda ke frekuensi 105.1 FM atau mengikuti siaran melalui laman web hotfm.

Sama-sama juga kita doakan semoga Wani akan terus cemerlang dalam kerjaya yang dicintainya.  Tidak lupa juga kita berdoa agar keluarga Wani akan terus bersatu dalam kasih sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun terpaksa berpisah sementara atas tuntutan kerja.  Amin.



29 ulasan:

  1. SALAM,
    LF TURUT MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KESEJAHTERAAN UTK WANI DAN KELUARGA

    BalasPadam
  2. ahad sy kat klate(balik kg)insya Allah boleh dengar cenel ni :)

    BalasPadam
  3. tahniah, moga wani terus aktif berblogging walaupun bz dekat tempat baru

    BalasPadam
  4. jom kite dgr kat online streaming hot fm! :D

    BalasPadam
  5. yup... sokongan untuk wani juga, semoga berjaya..

    BalasPadam
  6. mak buat wani nangis dgn perenggan terakhir

    :((

    BalasPadam
  7. Hebat juga wani. Kakak percaya dia boleh buat yg terbaik...

    BalasPadam
  8. saya pun doakan "Semoga Wani berjaya dan berbahagia sentiasa".

    BalasPadam
  9. Kalau ada panggilan nakal loghat Kelantan tu, soheh itulah "Panggilan Hangit versi Kelate" buat kawan kawan blogger! hahaha

    BalasPadam
  10. oooh hot dah sampai ke kelantan .. ermm bila pula sinar erkk ..;)

    BalasPadam
  11. amin...semoga lebih sukses kat tempat baru

    BalasPadam
  12. semoge wani sefemili sentiasa dirahmati Allah, amiinnnn!
    jenguk2 le kami kat dunia blog ni ye :)

    BalasPadam
  13. yuppp semoga dia success demi tugas terpaksa le berkorban keluarga dan kepentingan kann.. sama macam kawan2 mama GSTT yang kena p kursus setahun setengah kat maktab atau IPTA tinggal anak kecil, suami,... demi masa depan lebih cerah...

    BalasPadam
  14. cik ina pun tak sabar nak dengar shaz keudara : ) sokonglah kawan kita kan.

    BalasPadam
  15. bila dah sibuk dengan radio, harap tidak tinggalkan dunia blog nya ini..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com