Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Januari 2012

Selamat meneruskan langkahanmu, Wani...



Kelam kabut hendak merakam gambar Wani di kaca televisyen semalam, hanya dua gambar di atas yang sempat dirakam (itu pun dengan pertolongan anakandaku Bangcik).

Untuk Wani, mak doakan semoga Wani tabah dalam menghadapi apa juga dugaan, ujian, halangan mahupun rintangan dalam merintis jalan yang penuh berliku.  Jalan yang belum pernah dirintis orang, pastinya sukar untuk mula dilalui.  Apatah lagi bila jalan itu tidak kita ketahui semudah atau sesukar mana untuk diredah.

Di mana-mana, dugaan pasti ada.  Jangan ingat segala yang mudah itu adalah anugerah.  Kerana pada langkah yang pertama, kita tidak boleh terlalu yakin menduga.  Mungkin langkah yang penuh kesukaran itu, adalah permulaan untuk menemui bongkahan emas yang menyilaukan tapi tidak hingga melekakan.

Keluarga Wani adalah kekuatan Wani.  Jadi, peganglah kekuatan itu saat Wani terasa lesu.  Pohonkan petunjuk dan rahmat dari Ilahi tanpa jemu.  DIA sentiasa ada di sisi Wani walau ketika yang lain cuba menggoyahkan keupayaanmu. 

Teruskan langkah Wani tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.  Semalam adalah permulaan, hari ini adalah perjalanan dan perjuangan, InsyaAllah esok adalah puncak pencapaian.

Tidak mengapa andainya Wani tidak punya waktu lagi untuk bersama kami di 'dunia maya' ini kerana kami sentriasa mengerti akan kesibukan Wani.



16 ulasan:

  1. Godd Luck Wani!

    Selamat tak sempat dengar, hari ni pasti nak dengar, dah siap2 bukak hotfm kelantan di pc ni..:)

    BalasPadam
  2. chaiyok wani!!! all the best yee

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik,

    Ni rakan blogger Kakcik ya?

    Semoga berjaya dan berusaha Wani!

    BalasPadam
  4. eksaited masa nampak wani dalam buletin utama semalam! :D

    BalasPadam
  5. nak kena dengar siaran ni....boleh dpt ke kat klang??...

    BalasPadam
  6. Alahaiiii .. sampai sekarang Ella masih rasa terlalu rindukan wani. tak sempat jumpa dia sebelum dia berangkat ke Kelantan aritu. Lagi satu, sampai harini, belum berpeluang lagi dgr suara wani yg merdu itu.

    BalasPadam
  7. wah teruja saya
    tahniah buat wani blogger
    semoga dia terus berjaya ;)

    BalasPadam
  8. kak chik, cik ina sempat tengok dalam tv malam tadi, tapi tak sempat lagi dengar wanie on air, rugilah radio tak berapa nak elok semalam :(

    BalasPadam
  9. semoga cik wani ni sukses...nampak dia dlam buletin utama....

    BalasPadam
  10. surely beliau terharu dan termotivasi lepas baca dedikasi dr kakcik ini...

    BalasPadam
  11. tak berkesempatan nak tgk semalam.. All the best utk wani yg sungguh berbakat tu.. semoga dia terus berjaya dgn kerjaya barunya...

    BalasPadam
  12. tenkiuuu mak, terharu sgt2...wani baca sambil tersenyum dan mengalirkan air mata

    perasaan bercampur2...suka ada...sebak pon ye gak :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.