punya kebolehan untuk menyampaikan
walaupun segalanya disediakan
hanya perlu berdiri di hadapan
dan berikanlah ucapan
bukan semua orang
punya kemampuan untuk berceramah
dan melihat pendengar semuanya berwajah cerah
sedang peluh sudah mula hendak mencurah
cuba lihat satu-satu
ada pendengar sudah berwajah lesu
ada juga yang matanya mula layu
ada yang seolah-olah langsung tak ambil tahu
jadinya duhai kawan
janganlah pura-pura perasan
konon sedang menyampai dengan penuh perasaan
sedang sebenarnya mata hanya tertancap di skrin
dan tidak langsung memandang hadirin
yang sebahagiannya sudah mula pening
sekejap sekejap mata mereka menjeling
pada pintu yang terletak di dinding
atau pada jam yang seolah-olah minta dipusing!
tu le namanya politik semata2. cakap pong pang pong pang tapi setakat mcm baca skrip aje. hamfeh kan?
BalasPadam*
dulu saya darah gemuruh kalau kene berucap kt depan. utk overcome perasaan tu, saya akab bygkan diorg sume tu timun. hihihi.
eh, saya 1st! yey!
BalasPadamchini ni sejuk yg amat kakcik!!!
entri ini tak ada kena mengena dengan perjumpaan blogger hari tu kan ?
BalasPadamgB...
BalasPadambukan 'macam' baca skrip, tapi memang baca skrip saja - silap2 apa yang disampaikan, sendiri pun tak faham!
Kakcik memang tak pandai berucap di khalayak - menggigil!
gB...
BalasPadamwah! ada jumpa naga tak? ;-)
Kanda AL...
BalasPadamsama sekali tiada kena mengena. Sebenarnya, semalam saya menghadiri satu 'ceramah' (bukan ceramah politik, ya), tapi mungkin salah saya yang tidak boleh beri tumpuan sebab asyik menguap! ;-)
selalu juga terjumpa situasi sebegini....10 minit bagaikan 3 jam. hihihihi
BalasPadameelobor...
BalasPadamkena pulak bab yang kita memang tak faham, bertambah2 konfius jadinya.... ;-)
setuju dgn kakcik. nak memenangi hati penonton agar terus bersama kita bukan senang, kan.
BalasPadamElla...
BalasPadambetul. Kena ada skill juga kan? Kalau syok sendiri je sorang2 kat depan, baik bercakap dengan dinding. Betul tak?
dulu2 hati ini eager nak jadi mcm org lain yg petah berkata2, dan cemerlang dalam segala hal, tp skrg diri mengajar diri ini menjadi diri sendiri dan berdiri atas kebolehan sendiri bg membuktikan potensi diri..
BalasPadamberapa banyak diri daaa heheheheh
Assalamualaikum my dear KakChikS:)
BalasPadamMOga akak sihat2 di sana :)
Bab2 dengar ceramah yang setakat tgk skrin tuu...+ percakapan yang diluar agenda mesyuarat/majlis..memang merimaskan...asyik gelisah jee..aduhaii..lemah toii..
:)
kakpah gabra cik kalau cakap depan orang ramai..
BalasPadammenjadi penceramah atau pensyarah bukannya mudah. kalau setakat nak baca sahaja nota tersedia ramai yang mampu tetapi untuk tackle hadirin belum tentu mampu.
BalasPadamAju...
BalasPadamkita tak boleh menjadi orang lain, tapi kita boleh memperbaiki diri sendiri, kan? :)
Wa'alaikummussalam Adikku Tinie...
BalasPadamkadang2 kakcik terfikir, orang yang bercakap di depan tu tak perasan ke pada kegelisahan orang lain?. Tak pernah ke mereka cuba belajar macamana hendak menarik perhatian audiens/hadirin?
Kak Pah...
BalasPadamsamolah kita... :)
Aina...
BalasPadamitulah masalahnya. Penceramah mungkin juga dapat bayaran tapi pendengar akhirnya tak dapat apa-apa. :(
penyampai syok sendiri barangkali...
BalasPadamhehehe
milo...
BalasPadamkadang2 kita pulak kesian kat dia! ;-)
penceramah tak peka dengan peserta yang hadir, atau dia sendiri mmg tak faham apa yang dia cakap, baca teks saja ya kakcik..hehe
BalasPadamsalam kakcik, bukan semua orang boleh bercakap, sebab itu kena lantik jurucakap....saya pernah masuk teater..melompat kuat kuat kat belakang stage untuk hilangkan gugup
BalasPadam~yus~...
BalasPadambukan semua orang dilahirkan dengan bakat semuajadi. Jadi, yang tiada itu kenalah rajin mencari keupayaan diri, kan? :)
PM...
BalasPadamkakcik pernahlah sekali dua 'bercakap' di hadapan khalayak. Sementara nak dapat semangat, gigilnya hanya Allah yang tahu!
Kakcik,
BalasPadamKalu yang kuat makan budu macam Pak Nidus ni lagilah teruk.....hee3.
Nidus...
BalasPadamapa pula kaitannya dengan budu tu? ;-)
Tak semua org yg berucap berupaya menarik perhatian semua pendengar. Apa lagi kalau yg diperkatakan isu yg sama...
BalasPadamKakzakie...
BalasPadammemang betul. Sepanjang kakcik bekerja dan menghadiri kursus, agaknya tak sampai 10 orang penceramah yang betul2 dapat menarik perhatian hadirin.
beberapa orang menteri pernah saya sediakan teks ucapannya...errr.. DULU.. HIHIHIHI...
BalasPadamhehhe
BalasPadampublic speaking
mang cabaran beso! :))