Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 Disember 2011

Bukan di..., tapi di...

Bukan di Kundasang, tapi di Ipoh...

Bukan di Selangor, tapi di Perak...


Bukan di Seberang Laut, tapi di Chemor saja...



Kejadian seperti ini selalu terjadi di lebuhraya negara kita.  Sikap pemandu yang
 tidak tahu bersabar dengan memandu di laluan kecemasan membuatkan jalan yang
sesak menjadi bertambah sesak.  Bilakah keinsafan hendak terbit di jiwa?

21 ulasan:

  1. kak, yang bab pemandu memandu kat lorong kecemasan tu, sampai bila pun susah nak berubah..ni semua mentaliti driver la..kalau boleh fikir takde la yang nak drive kat situ kan, nak2 lagi bas yang besor tu..

    BalasPadam
  2. SGT GERUN BILA DRIVE SEBELAH LORI

    BalasPadam
  3. wah, signboard di chemor itu berbahasa omputih yer kak cik...

    BalasPadam
  4. memandu di lorong kecemasan, bukan setakat buat orang lain marah tapi membahayakan nyawa penunggang motosikal..
    jangan fikir nak cepat sedangkan boleh mendatangkan kesusahan kepada orang lain..


    psstt: Jumaat lepas, sesak yang luarbiasa masa balik kerja, dari 3 lorong jadi 4 lorong.. kenapa mesti nak guna jugak lorong kecemasan tu..? tak faham sungguh dengan mentaliti orang sebegini..

    BalasPadam
  5. la 2005 je, nampak struktur cam berpuluh tahun dulu:)

    BalasPadam
  6. masa sesak kat highway ramai org buat macam tu kak cik kita yg tengok sakittt je hati...

    BalasPadam
  7. Salam,
    Begitulah lumrah manusia kini yg lebih mementingkan diri sendiri tanpa fikirkan risiko yg bakal dihadapi.
    Semoga golongan sebegini diberi taufik dan hidayah.

    BalasPadam
  8. sungai buloh ada di perak juga...menarik. :D

    BalasPadam
  9. kalau kakcik tak syer ttg tempat2 tu.. sungguh ayu tak tau

    BalasPadam
  10. kakcik tahu tak, ada felda yg namanya Felda New Zealand! :P

    BalasPadam
  11. aritu kan kakcik, masa ada angin ribut tu, langit ditutupi awan gelap bergulung-gulung, mmg seram lah tengok, tp yg ajaibnya sampai satu peringkat, dia stop. Nampak jelas terbina sempadan antara mendung dan cerah...tergamam saya, sayang sekali masa tu tak bawak kamera...

    er..maaflah kakcik, komen yg takder kena mengena...

    BalasPadam
  12. saya pun tak suka orang drive kat emergency lane tu... hari tu masa banjir kan kakcik, jem nak @#$%^ kat semenyih.. bukan kajang jer banjir, semenyih pun.. tengah jem2 tu, ada beberapa bijik driver yang kurang ajaq potong que.. nengok2 kat depan simpang kena saman... hahaha, amik kau.. dalam keadaan darurat macam tu pun, masih lagi ada manusia yang letak otak kat @#@#$% ..

    BalasPadam
  13. hurmm mana2 punn ada pemandu yg selalu guna lorong kecemasan tuu kak .. x semestinya ada kecemasan je huhuh

    BalasPadam
  14. byk jugak nama tempat yg sama kan...
    kt kelate ada bandar Pasir Puteh..Perak pun ada jgk rs2nya..

    BalasPadam
  15. mungkin dia orang cemas kot .. tu sebab dia lalu di lorong kecemasan.

    tadi mamamin berkunjung ke blog puisi saya. saya sungguh terperanjat. saya ingatkan dia sudah bersara wajib dari berblog. tapi malangnya saya tak dapat masuk ke blog beliau.

    kalau nak baca komen beliau silalah ke sini ..

    http://puecorgxret.blogspot.com/2011/11/pantun-saja-saja-22-ombak-memukul.html

    BalasPadam
  16. salam buat kakakku kakcik..

    teringat pada arwah mak.. bila nampak ada org bawak kereta mcm gila.. dia kata "agaknya dia sakit perut la tu..!"

    BalasPadam
  17. kekadang bila kita yang dah beratur berjam2 dalam kesesakan jalan raya, memang benggang giler bila ada kereta dengan sesuka hati jer take over jalan.

    BalasPadam
  18. bas persiaran tu nk bawa penumpangnya ke hospital kot....agaknyalah!

    BalasPadam
  19. Kakcik ni memang seni betul setiap kali buat N3 kannn! Suka sangat N3 kakcik.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com