Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 November 2011

Wakil Rakyat...

kamu dipilih dan diangkat oleh rakyat
yang merasakan kamulah yang terbaik dan terhebat
bukan untuk menjadi wakil yang merembat
sebaliknya untuk menyampaikan keluh kesah
 kepada mereka yang terlepas dari melihat

sebelum ini kamu dilihat sangat bersopan
tiada masalah untuk bersapaan
bertepuk tampar bagai seorang teman
tiada cebik atau geli yang dipamerkan

bila memakai gelaran YB
tiba-tiba kamu berubah tabii
bagai jantan dayus yang takut bini
bergesel bahu pun kamu buat tak peduli

rakyat yang mengangkat kamu lupakan
sebaliknya kamu selesa dengan mereka yang sama jawatan
tak mainlah hendak makan di tepi jalan
sekurang-kurangnya mestilah dalam restoran

pintu pagar rumahmu mula tertutup
berpergian pula dalam kereta yang gelap litup
langsung tiada peluang untuk rakyat mejenguk
kononnya kamu betul-betul sibuk

sekarang kamu telah mula lupa
pada mereka yang dulu kamu rayu undinya
bagai kamu dan mereka tidak lagi setara
layaknya kamu hanya di majlis raja-raya

tidak lama lagi akan tiba musim mengundi
kelibat kamu muncul kembali
mengajak bersembang-sembang di kedai kopi
seperti masa lapangmu banyak sekali

apakah kamu menyangka
pengundi kamu itu bodoh belaka
perbuatan kamu terakam di kepala
tidaklah mereka hendak dipijak buat kesekian kalinya

jangan bermain dengan janji palsu
kerana akan terbukti juga pembohonganmu
jangan bermain dengan wang ringgit
takut nanti tiada pun tulang untuk kamu gigit!

...bila sudah menjadi kertas pengesat, layaknya hanya dipam ke dalam mangkuk tandas...



18 ulasan:

  1. musim PRU @ PR je tunjuk muka, tunjuk baik.

    BalasPadam
  2. uiiihhh kakcik....
    cantik toilet...heheheh

    BalasPadam
  3. um janji tak tertunai berdosa la jawabnya ~

    BalasPadam
  4. politik ... duit ..janji ...pas tu hilangggg ...

    .. toilet jugak tempat semua org pasti masuk setiap hari ... hahaha

    BalasPadam
  5. bestla sajak kak cik ni..sapa yang makan cili akan terasa pedasnya..kan?kan?..hehe

    BalasPadam
  6. setuju 100%...pandai je janji macam2..nyampah tau..

    BalasPadam
  7. Lumrah bukan hanya di Msia tp seluruh dunia.

    Jgn flush tisu...t jamban tersumbat!

    BalasPadam
  8. x sabar nak balik kg mengundi. geram je kan..mana2 parti pun sama. wang ringgit, nama dan kemasyhuran tu yang dia nak

    BalasPadam
  9. kakcik..lumrah la tu..janji manis masa pilihan raya jer..

    BalasPadam
  10. SALAM,
    BETUL SANGAT TU, KAKCIK. WALAUPUN TAK DINAFIKAN ADA YB2 YG CUKUP PRESTASINYA ! SEDARLAH DIRI TU !

    KAKCIK, LF TERTARIK DGN FOTO TU ! TANDAS KAT MANA TU ! BERSIH BUKAN MAIN !

    BalasPadam
  11. saya tahu sapakah wakil rakyat ituu.. berita dalam paper 2-3 hari ni..

    kakcik, kalo pam tisu dalam toilet, nanti toilet tersumbat...

    BalasPadam
  12. biasa la tu ma
    bukan setakat YB..sekeliling kita pun ada gak yang jenis macam gitu

    BalasPadam
  13. ye sokong benor kate cheqna.. di mane jua. sentiasenye kene ade udang di sbalik mee kalo baik luor tebi'i tuu.. kan ;)

    BalasPadam
  14. depa lupa, depalah org pertama akn disoal di akhirat kelak

    BalasPadam
  15. Mcm biskut, kejap ada lamaaaaaa takde... Jawab le di akhirat

    BalasPadam
  16. ye kak .. nyampah kan .. tu yg saya malas nak amik tahu hal2 politik nie .. huhuh


    tapi suke sbb dpt duit tuu .. hak kita kan kak .. dah bayar gov taq huhu

    BalasPadam
  17. ati pun bengang dan tak mau
    sokong YB dun dengkil...

    kalau minta tolong...byk alasan..huh!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.