Kawan-kawan kakcik

Ahad, 13 November 2011

Mengapa masih memburu...

sedangkan  yang kau buru itu
hanya akan melelahkanmu
tiada faedah yang kau dapati
selain mungkin dirimu juga yang akan dilukai

onak ranjau sanggup kau redah
untuk satu pemburuan yang tak pernah sudah
walau dirimu calar berdarah
semua itu masih tak kau endah

segala yang kau punya
telah lebih dari cukup adanya
tapi sudah resam yang bernama manusia
tak pernah bersyukur dengan apa yang di depan mata

sanggup kau jatuhkan martabat dirimu
untuk sesuatu yang kau sendiri tahu
tiada sebarang manfaat walau nilai sehelai bulu
tapi kau masih mahu terus memburu

tidak cukupkah apa yang Tuhan beri
hingga orang lain merasa iri
tapi itu semua adalah rezeki
walau kau sendiri tidak mensyukuri

aku tak tahu bagaimana hendak menasihati
kerana kau bukan anak yang berusia sehari
dosa dengan Tuhan mungkin dapat kau cuci nanti
bagaimana dosamu dengan mereka yang tidak mengetahui

notahatikuyang resah :  aku ingin menolong, tapi aku belum bertemu lorong.  Yang kulihat hanyalah terowong, yang gelapnya bagai tak berpenghujung. :(

11 ulasan:

  1. Assalam KakCik Seroja,
    puitis sajak tu... agaknya itulah sebabnya ada istilah 'pemburu' kerana kerjanya memang untuk memburu...

    BalasPadam
  2. wah kakcik.... untuk siapakah bait2 indah di atas


    tolong dengan doa kakcik

    BalasPadam
  3. belum ketemu sasaran dgn peluru keimanan?

    BalasPadam
  4. aku hanya memburu rindu kakcik..heheh

    BalasPadam
  5. orang tamak selalu rugi..
    kan kakcik..tak rugi sekarang,,masa depan siapa tahu..eik??

    BalasPadam
  6. selamat malam wahai permaisuri
    usah difikir penyemak hati
    manusia itu sering alpa
    sehingga tersungkur - itulah pelajaran untuknya...

    BalasPadam
  7. mudah2an akan berpatah balik..mencari kebahagiaan hakiki..

    BalasPadam
  8. SALAM,
    HEBAT ENTRI, PESANAN DIBERI, SEDARLAH DIRI, UNTUK KEBAIKAN DIRI !

    BalasPadam
  9. nak buat cam mana kak chik, kita hanya mampu berdoa , agar orang tu cepat sedar,InsyaAllah.

    BalasPadam
  10. pemburu selalunya cemburu...cemburu segalanya, cemburu adalah lbh baik dari memburu yg dicemburu...eh siapakah?....apekah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.