Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 November 2011

Dari blog Prof. MKI - mari renungkan...

...Jika kita seorang wanita, bayangkanlah jika saya mengajak puan ke masjid untuk bersolat…. Apakah puan perlu mencari telekung? Jika ia, kenapa? Apakah puan merasakan yang pakaian puan belum cukup sempurna untuk mengadap Allah SWT? Jika benar begitu, kenapa pula kita boleh ke hulu dan ke hilir dengan pakaian tersebut?...

Sepenuhnya di blog Prof. Muhd Kamil Ibrahim iniWalaupun aku tidak meletakkan link blog Prof MKI ini di blogku, sebenarnya blog beliau adalah di antara blog yang pasti kulawat setiap hari (biasanya di awal pagi).  Ada sesuatu yang dapat kukutip dan meruntun jiwa di sana.

Semoga rahmat Ilahi sentiasa melimpah ruah buat beliau dan keluarganya walaupun kini beliau tidak lagi mendiami bumi Malaysia.  Walaubagaimanapun, dua orang anak beliau masih menuntut ilmu di sini.





16 ulasan:

  1. tkasih berkongsi .. :)

    Saya juga mendoakan moga kakcik sekeluarga sihat dan sntiasa mendapat lindungan dan rahmat Allah .
    Aminn

    BalasPadam
  2. Pendek tapi padat. Halus tapi membuka minda tuk memikirkannya dg mendalam. Terimakasih atas perkongsian ini Kakcik. Moga rahmat dan berkah Allah jua bersama Kakcik dan keluarga.

    BalasPadam
  3. selalu bersyukur kerana punya kawan yg selalu berkongsi
    thanks kak

    BalasPadam
  4. Nak juga singgah ke sana.

    Ada beli buku beliau mengenai travelog haji. Insaf membacanya.

    BalasPadam
  5. tudung yang dipakai selalunya tak menutup dagu. dagu merupakan salah satu aurat yang perlu ditutup ketika bersolat. erm..jadi ya saya perlu telekung dan setokin panjang supaya bila solat saya rasa sedikit sempurna.

    BalasPadam
  6. adik ipar saya jarang memakai telekung ketika bersolat di masjid...bilalah saya boleh sepertinya, kadang masih rasa tak sempurna lagi...terima kasih kak chik atas peringatan ini..

    BalasPadam
  7. saya pun jarang nak pakai pakaian biasa, nak jugak pakai telekong

    BalasPadam
  8. SALAM,
    BETUL SANGAT KATA PROF TU ! MINAT JUGAK NAK TAHU APA PANDANGAN PAKAR2 AGAMA YG LAIN ! KALAU ATAS SEBAB KEBERSIHAN (TAKUT2 TERKENA NAJIS DLL), MAKA DEMIKIAN ADA WAJARANNYA. WALLAHUA'LAM

    BalasPadam
  9. kalu rs was2 elok nyer pakai je la terus telekung tu...syaitan kn suka benda2 g membawa kpd rs was2

    BalasPadam
  10. Tapi beliau selalu juga balik. Menghayati patah-patah perkatannnya memang menginsafkan kita kakcik. Moga kita beroleh ilmu dari blognya itu

    BalasPadam
  11. Ayat yang penuh dengan pengertian..tq kongsi kat sini kakcik.

    BalasPadam
  12. serba payah kalau Islam di Melayukan...tp kalau cakap nanti ada org marah2...lg payah.

    BalasPadam
  13. kakchik, blog feveret saya.. so far, dia idola saya.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.