Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 19 November 2011

Bukan tak rindu...





... cuma sesekali terasa jemu
dan ada ketika
jiwa bagaikan beku
juga di hati
terselit sebu beriring pilu ...


jom cari tiket 

untuk kita terbang lagi

dan nikmati keindahan awan

dari dalam perut

si burung besi

Gambar ini dirakam oleh suamiku dalam perjalanannya ke Padang Besar.

Terpengaruh dengan Azie, aku beli novel cetakan ke 15 ini dengan harga RM16.00 (harga asalnya RM19.90 tetapi di sesetengah kedai buku di Kuala Lumpur ini, novel dijual dengan potongan harga sebanyak 20%).  Pengarangnya berjaya membuatkan airmataku berkali-kali luruh tanpa sedar.




21 ulasan:

  1. Padang Besar? Tu jalan Chuping tu, ladang tebu terbesar di Malaysia.

    Laaa beli jugak novel tu? Kalu nak pinjam Azie boleh bagi pinjam.

    Tapi memang betul, novel tu sangat sedih meruntun jiwa dari mula sampai akhir!

    BalasPadam
  2. saya tak ndak baca novel tu .. nanti hilang kemachoan saya .. hehe

    BalasPadam
  3. wahhh...kakcik pun masih minat membaca novel laaa...caya lah.....

    BalasPadam
  4. Azie...

    Khamis lepas, Abg Mus terbang ke Alor Setar, kemudian berkereta ke Kuala Perlis dan Padang Besar sebelum terbang balik ke KL pada malamnya.

    Kakcik kena baca novel itu diam2 bersendirian, malu menangis sebab baca novel! ;-)

    BalasPadam
  5. Kanda AL...

    Tuan pun boleh menangis waktu baca novel ke? hehehe...

    BalasPadam
  6. jeBat...

    tiada had umur untuk membaca apa sahaja 'warkah', kan? ;-)

    BalasPadam
  7. owh murah je..nk kena pi bookstore nih...berjinak ngan novel la plk lps nih..

    BalasPadam
  8. SALAM,
    DAH LAMA TAK MEMBACA NOVEL .... SEJAK BERSARA ...OI, LAMA TU !

    BalasPadam
  9. Perlis penuh keindahan.Negeri kecil tapi menawan.
    Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja saya bersyukur sangat dapat menikmati keindahan alam terbentang luas.
    Jalan Long Boh -Jejawi lokasi Kiah RCW pun cantik banget...
    Jalan Titi Tok bandar lokasi Tentang Bulan pun sejuk mata memandang waktu pagi pagi.
    ...memang tercipta untuk pencinta alam .

    BalasPadam
  10. teringin nak baca novel tapi ada je pengacaunye..huhu

    BalasPadam
  11. Sejak bulan ramadhan sampai sekarang kakak rasa kakak belum beli lagi novel utk dibaca. Sekarang anak-anak dah habis periksa macam bolehlah... tapi belum beli lagilah kakcik.

    BalasPadam
  12. Cikgu Tie Suka sangat baca novel sedih macam nie. Sat gi cadang nak keluar ke Alor Setar. Mesti pergi cari buku ni......

    BalasPadam
  13. PCL...

    sekadar membaca untuk mengisi masa dan mungkin mendapat sedikit pengajaran dari pembacaan itu, apa salahnya kan? :)

    BalasPadam
  14. Dato' LF...

    Dato' banyak mengisi masa dengan buku2 dan kelas2 agama, kan? :)

    BalasPadam
  15. Cikgu...

    InsyaAllah, bukan Disember nanti saya akan ke sana lagi untuk menikmati keindahan itu. Harap2nya Perlis dan Kedah tidak dilanda banjir.

    BalasPadam
  16. TB...

    carilah waktu yang benar2 lapang, mungkin sebelum melelapkan mata di waktu malam. :)

    BalasPadam
  17. Kakzakie...

    kakcik pun sebenarnya dah lama tak beli novel. Kebetulan semalam sewaktu membeli kasut bola siBS, terserempak dengan kedai buku. :)

    BalasPadam
  18. Cikgu Tie...

    nanti kalau nangis2, jangan salahkan kakcik tau! :)

    BalasPadam
  19. tak mampu berkata apa2 apabila entri bab novel, sbb sya memang tak suka membaca buku yang tebal2

    BalasPadam
  20. eelobor...

    kakcik pula tak suka novel yang nipis sangat, sekejap je dah habis baca. :)

    BalasPadam
  21. pernah lalu area ladang tebu tu..subhanallah indah sungguh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.