Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 Oktober 2011

Cuti sakit lagi...

Sudah seminggu aku tak ke pejabat.  Mula-mula cuti sakit dua hari.  Sambung pula dengan cuti rehat dua hari. Badan tetap tak sihat.  Dengan 'sedikit kejutan' pada Sabtu malam, kesihatanku bertambah terjejas walaupun tidak begitu terlihat secara kasar tapi pergolakan jiwa terjadi juga.

Ahad tengahari, sambil menjenguk suami di hospital, aku mengambil sedutan nebulizer tanpa bertemu doktor.  Menjelang petang, tubuhku terasa seram sejuk.  Aku cuba tidur.  Bila terjaga aku terasa bagai di awang-awangan.  Batukku juga belum pulih.  Sangat memeritkan bila terpaksa ke bilik air setiap kali batuk.

Akhirnya malam tadi, aku ke hospital semula.  Ambil lagi sedutan.  Dicucuk sekali ubat demam.  Aku enggan tinggal di wad sementelah suami juga masih di wad.  Mungkin hari ini suamiku dibenarkan keluar.  

Adik ingat nak bergambar ala-ala Uncle Gedek, tapi tiada 'latar belakang' pulak!

26 ulasan:

  1. bila batuk,itu lah masaalah yg jadi kat orang pompuan(yg dah kawin laaa)kadang2 tak sempat nak kebilik air!

    BalasPadam
  2. Semuga kakcik cepat sembuh ya...

    Dah berumur ni penyakit suka sangat singgah kat badan kita ni...

    datang macam kilat,pergi nya macam kura kura...hhehehe

    BalasPadam
  3. Alahai dik tengoklah mak-ayah adik masih tak sihat lagi. jaga mereka ye sayang. Auntie doakan mak-ayah adik cepat sembuh...

    BalasPadam
  4. alahai,kesian akak..moga cepat sihat yer...dah la skrg cuaca kejap hujan kejap panas. mcm2 rasa kan...

    BalasPadam
  5. bolattttt sgt muka adik...hihii


    take care ye kakcik....

    BalasPadam
  6. banyak2 berehat ye kakcik..biar cepat sembuh...

    BalasPadam
  7. alahai siannya kakcik, moga cepat sembuh ye

    BalasPadam
  8. ma..
    berehat ye
    moga cepat sembuh =)
    doa cheqna di kejauhan

    BalasPadam
  9. betul tu kak, part batuk le yg paling tak tahan, kejap2 kena g bilik air. kami sekeluarga lepas raya aritu mmg sesema n batuk, berminggu jugak nak baik. semoga kakcik cepat sembuh, take care

    BalasPadam
  10. harap akak cepat sembuh....
    tang batuk pun mmg tak boleh tahankan..otot perut pun bulih sakit

    BalasPadam
  11. orang asthma ini sangat sensetif. terlebih sejuk pun susah & terlebih panas pun susah jugak.

    aina selalu kena masa zaman sekolah, bila masuk zaman kerja dah jarang kena tapi bila umur dah meningkat ni sgt sensetif dengan sejuk mula le nak batuk2...

    apapun semoga cepat sembuh kak cik. banyakkan minum air panas suam...

    BalasPadam
  12. Kakcik, cepat sehat ye. Makan ubat dan jaga pantang larang eh.

    BalasPadam
  13. SALAM,
    MENDOAKAN SEMOGA KAKCIK DAN PAKCIK CEPAT SEMBUH, AMIN !

    BalasPadam
  14. Assalamualaikom kakcik :)

    moge cepat sembuh ye sakit & stressnye tuu, amiinnn...

    BalasPadam
  15. Semoga kakcik cepat sembuh...Maaf, saya tak online selama seminggu lepas...suami kakcik sakit apa ya?

    BalasPadam
  16. semoga akak cepat sembuh... Insya Allah

    BalasPadam
  17. get well soon Kak!!

    rehat ya kak!!

    BalasPadam
  18. Salam Kakcik,

    Rehat dan banyak bertenang, Moga sembuh cepat.
    Hari perjumpaan dah dekat, harap2 kakcik sihat.

    BalasPadam
  19. kakcik..semoga cepat sembuh. haih..risau jek dgr ubat2 dan hospital. hmm.

    BalasPadam
  20. maaf kak chik baca cerita yang atas dulu. cam pasangan kembar plak kak chik ni ngan suami, dua-dua tak sihat,

    semoga kak chik ngan suami cepat sihat ye. makan ubat atau ambik ubat , mintak nasihat doktor dulu ye.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.