Aku tahu bahawa perasaan benci adalah sesuatu yang tidak elok untuk terbit di hati. Alasan klise - 'aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan'. Jadinya, tidaklah salah untuk perasaan benci itu terbit bila hati sudah sakit atau disakiti. Kata orang 'aku boleh memaafkan tapi sukar untuk melupakan'. Hehehe.. aku sudah mula membebel semula sebelum bercerita hal yang sebenarnya!
Beberapa hari lepas, aku dan suami masuk (berkereta) ke satu lorong sehala. Dari depan, masuk sebuah kereta yang pemandunya begitu angkuh dan enggan mengalah. Terus sahaja bergerak ke hadapan untuk memaksa kereta kami berundur walaupun ternyata pemandunya yang salah masuk ke lorong tersebut. 'Angin' suamiku agak baik sedangkan aku pulak yang dilanda puting beliung terus mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, lalu beliau mengundurkan kereta kami.
Aku sempat menjeling ke cermin hadapan kereta tersebut. 'Ah... patutlah....'. Memang padan dengan lagak pemandu kereta tersebut!
Petang semalam pula, aku mengajak suami ke Pasar Juadah untuk membeli sedikit kuih. Sebuah kereta diletak di tengah jalan dan mengganggu lalu lintas. Tiada pula tanda-tanda kereta itu rosak. Sekali lagi hatiku menyuruh mataku menjeling ke arah cermin hadapan kereta tersebut. Sah! lambang yang sama dengan kereta yang sebelum ini terlekat di situ.
Hmmmm. Mudahnya manusia lupa bahawa tiada yang lebih berkuasa dari Allah Yang Maha Esa. Rasanya siapa pun boleh meletakkan lambang yang ada tiga warna tu - tapi... 'lu abang long ka... lu ayahanda ka... lu tetap akan ke 'sana' juga...'
hidup kak umpama roda... kejap di atas kejap di bawah...
BalasPadamselamat hari raya kakcik ~
tadi poei kodai kek pun ada org cengitu kak....jalan sehala tapi dia belasah jalan....TAPI...dia siap angkat tangan dan terangguk2 kepala dia tanda minta maaf....sejuk hati den kak.....ahakz
BalasPadamSalam..
BalasPadamNida pernah brtanya cik hubby "abang.. kalau seren suruh kita ke tepi jalan tapi kalau Ida taknak ke tepi boleh tak? "
"boleh... tapi tunggu awak jadi anak raja ler".. jawab cik abang malas nak layan..hehe
rasanya DIA mmg suka buat pasal..
BalasPadameik, ayu pulak yang hangin..
heheheh.. posa2..
kak... HAPPY BIRTHDAY ada entry khas utk kamu
Kakak confirm lambang apa yg Kakcik nampak walau tak dizahirkan. Kalau Along kakcik rasanya lagi maklum sifat mereka yg mendokong lambang tersebut...
BalasPadamtak der makne samseng ke gagah ke kalau dah xsident... luka berdarah gak kan... ehhh takut pulak
BalasPadamsetakat ni tak pernah kena lagi walau berlambak lambang tu pada badan kereta yang saya ter terjumpa.. tapi kalau kena confirm saya akan bersuara marah2 sayang pada pemandu itu..
BalasPadamOrang mcm ni memang belagak...
BalasPadamentah ape2 kan kak ..
BalasPadamadehhh kalau saya tensi jugak huhuh
eleh..macamla boleh wa masuk kete tu kesana
BalasPadammenyampah!!!
orang yang tak ingat asal kejadin dan tak tahu satu hari nanti dia kat mana memang selalu cam tu. Biarlah dia kak chik asal dia bahagiakan. kita manusia biasa perasaan benci tu semua orang ada.
BalasPadamkak cik kerana nila setitik rosak susu sebelanga. macam nilah bila akal tak di guna...buat undang2 sendiri sesuka hati...udang2 hutan...hehehee...
BalasPadamkalau izan pun mesti bising2 huhu.sbb kdg2 org ni tak pk langsung org lain.izan pun kena block kat pasar ramadhan smpai mintak org tolong kuarkan keta. huhu..
BalasPadamxpe kak,ada la satu hari balasan setimpal tp tu la..tak patot plak doakan yg tak baik huhu
itulah berlagak tak bertempat, eloknya dia nk biar kete dia bergesel kot kak, bagi calar balar...tak reti ikut peraturan betul...
BalasPadamadus..apesal komen kt atas semua cam tahu jer lambang 3 kaler tu..sy laks blur..lambang apa kak cik?
BalasPadamsabar kak erk.. bulan2 posa ni mmg mcm tu.. penuh ujian kesabaran... puasa mengajar erti kesabaran agar dapat terus dipraktikkan pada bulan2 yg lain.. (",)
BalasPadamsmlm tgk berita pun, time2 bulan posa ada pulak golongan bapak yg sanggup tolak anak dalam kolam sampai mati lemas dan ada yg sanggup kelar leher anak.. macam2 kan...
kadang2 kakcik,golongan tu poyo saja lebih....bukan berani mana pun..
BalasPadamtu bukan kebal tu kakcik
BalasPadamtu BEBAL namanya.. ;)
golongan ni mmg membencikan.....dia ingat dia masuk dalam kubur nanti malaikat tengok ke kain kafan dari jenis apa?
BalasPadammemang macam depa ni ada standard tersendiri. lain daripada orang lain. kononnya pejuang bangsa.
BalasPadammungkin bukan semua. tapi yang bukan semua itulah yang mencacatkan imej kesemua merekaa.
Saya selalu dengar citer yang konon “hebat” kisah orang dari puak “kerabat” nih.
BalasPadamTapi kalu ada kes, manjang nak ajak kaum kerabat turun. Abang Long lah, ayahanda lah.. Perasan kuat, tapi penakut jugak.
manusia...
BalasPadamselalu taksubkan pangkat dan kedudukan..
ingat ngan pangkat & kedudukan tu nak buat org tunduk patuh pada mereka ke...? ishish..
kunun2 ganas la tu eh...
BalasPadamkat 'sane' lagi teruk kena seksa kan mak...
tak payah nak tunjuk besar kat bumi sementara ni
susah apa ... kak cik pun ada abang long kan..
BalasPadam