Kawan-kawan kakcik

Selasa, 16 Ogos 2011

Bila hujan - jalan pun sesak bagai dijangkakan...



Tiba- tiba 'teringin' merakam  gambar di atas tu. Teringat satu masa dulu, alangkah gahnya ia berdiri.  Walaupun kini ia masih di situ, hadirnya bagai tiada yang peduli.  Begitu juga dengan diri dan kehidupan kita, mungkin hari ini kita dipuji dan dipuja, tidak mustahil esok lusa kita dilupa.

Eh!  apa yang aku repekkan ni?  Tak kena mengena langsung tajuk dengan mukadimah!!!

Petang semalam, seperti biasa keluar dari pejabat jam 4.30 petang.  Tiba di rumah jam 5.30 petang.  Biasalah bila hujan, jalan sesak memang dijangkakan.  Terus ke Restoran Ayahanda untuk membeli sedikit lauk-pauk, terutamanya keli goreng berlada kesukaan anak-anak.  Malangnya, petang semalam tiada lauk-pauk dijual.  Hanya ada nasi lemak ayam berempah. Tak jadilah aku hendak membeli.  Akhirnya aku dan suami terus melencong ke Pasar Ramadhan.  Beli sejenis dua lauk dan air minuman.  Di rumah, aku hanya menanak nasi.

Bangun sahur pagi tadi, nasi dan lauk-pauk rupanya hampir tiada lagi.  Bergegaslah aku menyediakan hidangan yang ringkas.  Alhamdulillah, sepanjang 16 hari ini, aku belum gagal untuk bangun selewat-lewatnya pada jam 4.00 pagi.  Aku masak nasi, tumis sardin, goreng telur dan goreng ayam. 

Mudah-mudahan petang ini aku boleh sampai awal di rumah.  Walaupun ringkas, hendak juga masak sejenis dua lauk sendiri.  Mujur anak-anak dan suami tak banyak karenah, jadi tidaklah pening sangat kepala memikir itu ini.


49 ulasan:

  1. alhamdulillah..kalau anak2 dan suami tak cerewet bab makan senang sket kan mama...=)

    BalasPadam
  2. Salam kakcik, kalau ahli keluarga tak cerewet memilih makan lauk pauk senanglah kita tak pening..

    BalasPadam
  3. byk nye lauk sahur kak?

    sya ada telur tu dah cukup la...

    itulah beza mak rajin dgn mak malas kan...huhu

    BalasPadam
  4. assalamualaikum ibu

    kl memang jem kalau hujan..teruk mengalahkan musim perayaan..

    saya juga masih tak gagal bangun memasak setiap kali sahur..

    rasa lebih baik hidangkan makanan panas kepada keluarga

    BalasPadam
  5. bak kata bujal... kena jadi SUPERMAK... confirm sempat... hehehehe

    BalasPadam
  6. Bagunan Dayabumi ke tu? Dulu kecik-kecik ke KL, mendongak-dongak kepala nak tengok..tingginye!

    Kami di rumah, kalau adik beradik balik je sibuk nak masak nk meriah-meriah. Kalau tinggal dengan mak je, masak simple-simple je. Nanti membazir pula

    BalasPadam
  7. sedaya upaya kita sediakan juga menu sahur untuk mereka kan?
    setakat ni tak gagal lagi, haraplah tidak sebab kesian dgn mereka kalau tidak bersahur.

    BalasPadam
  8. Cheqna...

    setakat ini, syukur Alhamdulillah. Mama selalu cakap, cuba tengok orang lain yang langsung tiada apa hendak dijamah. Sedih, kan?

    BalasPadam
  9. saya sedaya upaya try masak sendiri.
    yg simple aje pun.. kalau nak merendang menggulai bagai tu, hehe, tak dapek la

    BalasPadam
  10. W/salam Pn Nani...

    Kalau cerewet, saya suruh dia orang masak sendiri...hahaha...

    BalasPadam
  11. MamaNoriz...

    yang senang2 tu, bolehlah masak lebih sikit. :)

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Azween...

    bila makanan panas, selera pun agak terbuka, kan? :)

    BalasPadam
  13. bujal x...

    kalau bahan2nya ada, InsyaAllah sekejap je nak masak. :)

    BalasPadam
  14. dwaty...

    kena bersilat lebih sikit :)

    BalasPadam
  15. Sufia...

    betul - bangunan Dayabumi tu.

    Masak sendiri sebenarnya lebih puas hati - kalau beli tu, dia orang dah masak awal sangat.

    BalasPadam
  16. Sya...

    kakcik ni sampai pagi tadi (rasanya sampai ke akhir Ramadhan), suapkan si BS makan. Risau kalau tak suap, dia tak makan dan letih bila siang. :)

    BalasPadam
  17. Dr Hanie...

    bagi kakcik, masak rendang sebenarnya lebih senang. Main campak2 je dalam kuali, kacau sesekali. :)

    BalasPadam
  18. kalau saya, memang saya tak larat nak masak pagi2 buta! nasib baik Allah jadikan saya lelaki! ekekekeke

    BalasPadam
  19. Dr DZ...

    tapi Mommy ZZ larat, kan? :)

    BalasPadam
  20. Assalamualaikom kakcikkk :)

    teman peghonah 'berdating' situ hehehe..

    menu sahor kite seghupe takat nasik + sardin.. lain2 tak dan!

    BalasPadam
  21. menjadi kebiasaan berbuka en. suami yang akan masak manakala time sahur saya yang panaskan..

    tapi sejak en. suami kerap outstation ni maka dapur pun kurangler asapnya..

    BalasPadam
  22. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    hehehe... tempat tu memang fofuler sebagai tempat deting dulukala, ya? ;-)

    Kakcik dan masak sebab ada bendanya dan masih ada waktu!

    BalasPadam
  23. Aizamia...

    untung ada suami yang pandai masak. Suami kakcik pandai masak air je! :)

    BalasPadam
  24. kakcik, walau masakan ringkas, selera kan makan hihi..

    qema mula2 puasa je bangun sahur makan nasi, selebihnya minum air je..

    BalasPadam
  25. masak sendiri lg best kan kakcik hehe :)

    BalasPadam
  26. juadah dari air tangan isteri kepada suami & bonda kepada anak adalah yang terbaik walaupun ringkas hidangannya.

    BalasPadam
  27. kat sini pon ujan kakcik... sejuk aje... ~

    BalasPadam
  28. Qema...

    di rumah kakcik, nasi dan lauk itu hidangan yang mesti ada. :)

    BalasPadam
  29. Afikah...

    betul betul betulll... :)

    BalasPadam
  30. eelobor...

    seronok bila suami dan anak-anak makan dengan berselera. :)

    BalasPadam
  31. Manje...

    kat pejabat ni sekarang memang dah terlebih sejuk - belum lagi bila hujan. :)

    BalasPadam
  32. Samelah kita kak , hubby amy pun x cerewet tapi dia akan cerewet kalau setiap kali makan x de ayam goreng..berahi benar gan ayam goreng..

    BalasPadam
  33. bila dah kawin nanti, saya harap saya boleh jadi mcm kakcik jugak - bangun pukul 4 tanpa fail. ihihih~

    BalasPadam
  34. Amy...

    anak kakcik si Along tu pun, lauk bagi dia ialah ayam! Itu sebab kakcik cuba juga masak ayam - walau hanya goreng. :)

    BalasPadam
  35. gB...

    InsyaAllah gB boleh. Kalau tak boleh bangun sendiri, set je alarm pada jam/hp. :)

    BalasPadam
  36. Biasa laa kat KL nie kakcik..kalau hujan jerk mesti jem giler..

    Alhamdullillah.. anak2 dan suami kakcik tak cerewet sama laa ngan hubby saya.. kira apa jer..dia okey.. :)

    BalasPadam
  37. Rinna...

    sesaknya jalan tu, sampai boleh lena dan mimpi! (Tapi jarang kakcik boleh lena dalam kereta yang bergerak)

    BalasPadam
  38. sangat setuju ... hujan jalan memang akan sesak... huhuhu... tertekab juga kadang2,,,

    BalasPadam
  39. masakan rumah paling lazat dan konfen suci bersih kan..

    BalasPadam
  40. kak chik bangun awal setengah jam dari cik ina. dah biasakan sahur mesti nak masak skit. cam fresh makan yang baru masak.

    BalasPadam
  41. saya tabik betul kat isteri2 yang bekerja tapi sempat lagi memasak untuk sahur.bukan senang nak bangun awal2 sebelum subuh dan memasak...
    kalau saya pun tak yakin boleh buat gitu..

    BalasPadam
  42. demi anak2 dan suami, tetap gagah juga kan masak walaupun waktu sahur

    saya juga bernasib baik anak2 dan suami tak cerewet bab makan

    saya dah fail sekali, sebab hujan terlalu lebat malam tu lena tidur sampai ke subuh... sian Azim tak bersahur

    BalasPadam
  43. anak2 saya dlm pda tak cerewet2 tu kdgkala termenung gak kat meja makan. tu yg saya pening gak...
    tp takleh nak salah kan depa kan? saper la yg boleh makan pepagi hari kan? depa nk bangun sahur tu pun dah kira cukup baik ya tak?

    BalasPadam
  44. kakakku kakcik..
    kalau makan saya cuma tanya ada sayur ke tak..yg lain tak kisah sgt.. saya tak suka ayam..errr..cerewet ke saya?

    BalasPadam
  45. hr2 bli pun boring gak...tp klu msk sendiri, yg ringkas2 pun bestkan..

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum Kakcik,

    Boleh bayangkan bagaimana terkejar2nya kita dengan masa bila balik dari kerja.

    Alhamdulillah, suami dan anak-anak memahami.

    BalasPadam
  47. Masa sahur mesti ada satu hidangan baru walau cuma masak telor or goreng ikan kering campur air asam pekat ditambah cili dan bawang.

    Baru ada selera nak makan.Kalau tidak,mengkelan.

    BalasPadam
  48. kalo suami dan anak2 tak cerewet - senang juga lah nak masak lauk-pauk...

    lebih kurang jugaklah time iols bangun masa for sahur...
    kalo lewat dari tu... tak sempat gamaknya nak bersahur kan???

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.