Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Julai 2011

Tersangat letih...

Sampai di rumah hampir jam 11.00 malam.  Tidur jam 1.00 pagi.  Bangun semula jam 5.00 pagi.  Ke pejabat dengan semangat yang tiada!

Mari kita tengok antara gambar yang sempat kurakamkan bersama sedikit cerita (oh... aku berbelanja tidak sampai pun RM100 pada perjalanan kali ini kerana peruntukan yang sangat terhad. Alhamdulillah) :


Ramai yang membeli batik dengan harga 'yang berpatutan(?)',
tapi aku cuma membeli sehelai baju tidur batik yang berharga RM25.00

Ada juga yang rambang mata melihat kerongsang.  Aku membeli sepasang yang berharga RM10.00

Ada yang sanggup membeli durian dan membawa balik ke Kuala Lumpur.  Alhamdulillah,
sudah rezekiku - bila aku balik ke rumah, durian 'yang segar dari ladang' sedia menanti.

Tempat membeli keropok dan ikan kering.  Di sini aku membeli ikan masin dan sos yang jumlahnya RM19.00

Aku terlepas dari memesan keropok lekor yang diuruskan oleh urusetia, jadi aku membeli
sahaja di sini dengan harga RM10.00 untuk 17 batang.

Antara yang dibeli oleh kawan-kawan.  Aku hanya memandang sahaja.

Antara 'hasil kursus' yang memenuhi ruang bas.
Perjalanan balik yang memakan masa lebih 8 jam (dengan beberapa kali berhenti untuk pelbagai urusan peribadi/solat), memang melesukan.  Ada yang berkaraoke untuk menghilangkan kebosanan, tapi aku lebih suka merakam gambar menggunakan kamera kecilku...





44 ulasan:

  1. berehatla mama
    moga tubuh akan kembali sihat dan segar ..

    BalasPadam
  2. seronoknya dapat tengok tempat orang. cik ina kalau berjalan pun suka shopping ala kadar.malas nak bawak banyak barang.

    BalasPadam
  3. Wahh kak Cik bjaya menahan nafsu shopping hehe..sy tgk gmbr pon dh rambang mata hehe

    BalasPadam
  4. owh...lama nya la tak ke Terengganu..

    BalasPadam
  5. Ini pergi kursus ke.. pergi shopping.. hahahaha...

    BalasPadam
  6. sedangkan naik kapalterbang pun letih, inikan pula naik bas !

    orang kata 'biar menyesal terbeli jangan menyesal tak beli'

    BalasPadam
  7. kak cik sayang...

    seronok dpt jenjalan...wlu penat tp bnyk memungut kenangan kn...:D

    BalasPadam
  8. Seronoknyaa kakcik berkursus sambil bershopping...:)

    BalasPadam
  9. kakcik pegi jalan-jalan lagi...wah..seronoknya..terengganu pulak yer...

    BalasPadam
  10. kakakku kakcik..

    apa kabo kakcik?? perjalanan yg jauh tentu saje memenatkan..isteri saya selalu merendam kakinya dgn air panas(mungkin dicampur garam) selepas berjalan jauh.. saya tak pasti kesannya.. tido jgk sudahnya hihihi..

    nampaknya, kursus itu sgt berjaya hahaha..

    BalasPadam
  11. amboi berjalan sakan akak ye..

    p/s: kak cik apa patut amy buat lagi supaya amy dapat kikisan perangai buruk amy yang boros berbelanja .tolong amy kak ada apa2 tips tak amy x tau nak buat cam ner lagi kejap je ok pastu nafsu mula menguasai diri.

    BalasPadam
  12. kak cik ke teganu ek?

    bagus cara kakcik tu...berbelanja berpada2...kadang bila kita g tmpt orang ni, ghairah nk berbelanja tu semacammm je kan...

    BalasPadam
  13. Berbelanja biar berhemah kan kakcik. Ni satu pesanan untuk semua juga ni, supaya mencontohi cara kakcik...


    Pos Terkini ~yus~ .::Ahmad Nisfu??::.

    BalasPadam
  14. assalamualaikom kakcikkkk.. :)
    teman pon cenggitu juge.. kalo keluor kawasan belinye gitu2 je.. takat2 utk 'askar2' teman tu jadi le.

    BalasPadam
  15. Cheqna...

    mungkin mama kena betul2 berehat - tak boleh berehat tubuh badan sahaja sedangkan otak letih memikir itu ini!

    BalasPadam
  16. Mila...

    perjalanan jauh yang memenatkan. :)

    BalasPadam
  17. Cik Ina...

    kalau ikut nafsu, semuanya hendak disapu, kan? :)

    BalasPadam
  18. Ajumohit...

    kakcik kalau dah banyak2 macam tu, kakcik lagi tak pandai hendak memilih. Jadi, baik tak payah beli langsung! :)

    BalasPadam
  19. Acu...

    tapi Acu selalu 'balik kampung'... :)

    BalasPadam
  20. Isa...

    itu namanya sambil menyelam minum ayo! ;-)

    BalasPadam
  21. Kanda AL...

    dua2 jenis menyesal saya tak nak. :)

    BalasPadam
  22. PynGees...

    kenangan itu tidak semua indah untuk dilakarkan. :)

    BalasPadam
  23. Rinna...

    kakcik tak banyak membeli belah pun. :)

    BalasPadam
  24. Siti...

    InsyaAllah, hujung minggu ini kakcik ke Sandakan pula. :)

    BalasPadam
  25. Ariff...

    kakcik tengok durian tu macam tak segar je! :)

    BalasPadam
  26. Adikku Samad...

    ate.. kakakmu ini, nak merendam kaki pun tak sempat, mana ke gayanya? :)

    Hahaha... memang berjaya time square kursus tu!

    BalasPadam
  27. Amy...

    kakcik ikut saja ke mana dibawa. :)

    Nak bagi nasihat fasal boros berbelanja ini, kakcik tak pandai sebenarnya. Sebab, ada orang berbelanja ikut kemampuan, ada juga di luar batas kemampuan.

    Ada yang kata, setelah penat 'mencari duit' apa salahnya berbelanja untuk diri sendiri. Cuma sekarang ni, sebelum membeli kakcik akan bertanya pada diri sendiri 'apakah aku betul2 perlukan barang itu, atau hanya sekadar menurut hawa nafsu?'. Kemudian fikirkan sama mereka
    yang tiada berkemampuan - mungkin itu akan memberikan sedikit keinsafan. :)

    BalasPadam
  28. AIM...

    sekarang ni kakcik selalu fikir 'ala.. barang macam ni, kat tempat aku pun ada, buat apa nak susah2 beli jauh2'... :)

    BalasPadam
  29. ~yus~...

    kadang2 bila wang di tangan, kita lupa mana keperluan, mana semata2 hasutan syaitan!

    BalasPadam
  30. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    teman pun gitu le - untuk anak2 yang lebih utama. :)

    BalasPadam
  31. akak patut amik travel leave tu..penat sgt kan..

    xpa..karang kak cik berehat sepenuhnya...

    BalasPadam
  32. Mama SN...

    mungkin Isnin depan baru kakcik ambil cuti untuk 'betul2 berehat'. :)

    BalasPadam
  33. ramai yg shopping sakan!
    bab shopping ni best
    bab yg tak best - nak bayar dan nak bawak tuh!
    ekekekeke

    BalasPadam
  34. salam kak Cik..

    Lihat gambar ni.. teringat masa KPLI dulu...Maktab Perguruan Kuala Terengganu..

    Tapi ada yg berkata batik di Pasar Payang mahal harganya, terutama andai org luar yg membelinya..wallahualam

    BalasPadam
  35. Miloais...

    kalau ada orang yang bayarkan, baru seronok, kan? :)

    BalasPadam
  36. W/salam Nida...

    melihatkan harga batik yang ratus2an RM tu, tak sanggup kakcik hendak membelinya!

    BalasPadam
  37. Kakcik dah selalu sangat keluar itu yg nak shopping pun dah malas. Yg baru beli minggu lepas pun agaknya masih belum disentuh...

    BalasPadam
  38. Kakzakie...

    kakcik membeli ikut keperluan sahaja. :)

    BalasPadam
  39. bukti kursus sinonim dgn shopping.Kita serupa!

    BalasPadam
  40. Hani...

    mujur juga ada tempat untuk shopping, buatnya kursus kat tengah hutan? hehehe...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.