Kawan-kawan kakcik

Rabu, 15 Jun 2011

Tegakah hatimu?...

kamu singgah ke kedai
semata-mata untuk memenuhi keinginan anakmu
kamu beli aiskrim dan roti
untuk anakmu yang di rumah menanti

kemudian kamu terdengar
dua kanak-kanak sedang berbual
mereka lebih kecil dari anakmu
si adik berkata 'abang, adik nak aiskrim'
si abang menjawab 'adik, abang tiada duit'

kemudian mereka melihat-lihat
apa yang boleh di beli
dengan wang seringgit dalam dompet si abang

kamu hanya kaku memerhati
si abang membeli sebatang aiskrim
untuk diberi kepada si adik
sedang dia sendiri terkulat-kulat

tegakah hatimu
membiarkan sahaja peristiwa itu berlalu
tidakkah kau terasa
bahawa itu adalah ulang tayang
pada kehidupanmu di masa lalu
yang mungkin di masa itu
kau berharapkan keajaiban berlaku
lalu datang seseorang membantumu

atau
kau telah terbiasa mewah
lalu hatimu sedikit tidak terjentik
untuk membuat mereka merasakan
secebis kegembiraan...

Adik tahu tak?  Kehidupan mak dulu adalah sangat susah...


38 ulasan:

  1. Assalamualaikum kakcik...

    lantaran itulah walaupun setiap kehidupan kita telah ditentukan soal rezeki dan ajal mautnya oleh Allah swt, saya masih tetap tidak malu dan tidak berputus asa untuk terus berdoa dan berharap agar diberi kesihatan yg baik agar terus boleh bekerja untuk menambah rezeki yg ada (sebenarnya telah ditentukan olehNya banyak sikitnya)...

    agar saya tidak akan jadi orang yg hanya mampu berdiri memerhati bila bertemu dengan kanak-kanak sebegitu. Pengalaman susah masa kecil suatu ketika dulu masih membekas di dalam hati bahkan akan dibawa kemati...apalagi bila berhadapan dengan insan2 yg hanya mementingkan diri sendiri....

    BalasPadam
  2. Wa'alaikummussalam Q...

    kakcik juga sering berharap dan berdoa agar kakcik dapat memberi sedikit sinar pada mata anak2 kecil yang mengharap walaupun sebenarnya kakcik tidak semampu mana...

    BalasPadam
  3. Kalau boleh kakak tak mahu anak-cucu kakak susah macam zaman kakak kecik dulu. Tapi kakak juga tidak mahu mereka tidak tahu bahawa ada org sekeliling yg susah perlukan bantuan kita.

    BalasPadam
  4. sekarang ni anak2 dah dibiasakan dengan kemewahan...harap anak2 saya tidak lupa kesusahan sekarang andai nanti dimasa depan hidup dgn kemewahan
    Bahasa kiasan yang patut tahu dalam rumahtangga
    Pertukaran susu untuk membesar 1 tahun keatas PERCUMA

    BalasPadam
  5. Kakzakie...

    walaupun kehidupan anak2 sekarang adalah lebih baik dan agak mewah berbanding zaman kita dahulu, mereka perlu sering diingatkan erti kesusahan dan erti menghargai. Semoga mereka tidak menjadi orang yang sombong dan bangga diri.

    BalasPadam
  6. ct N honey...

    didiklah anak2 agar mereka ada rasa rendah diri dan simpati walaupun mungkin kehidupan mereka diulit kesenangan dan kemewahan.

    BalasPadam
  7. pernah berdepan dengan situasi yang sama~tapi budak tu taknak terima~alasan dia mak tak bagi ambik duit orang yang tak kenal~he~~

    BalasPadam
  8. bujal...

    bagusnya budak tu. Tapi hati kita mesti ada rasa kesian, kan?

    BalasPadam
  9. pernah sekali masa acu tengah makan kat McD dengan kawan acu,tiba2 masuk seorang budak menuju ke arah kami...dengan muka sedih "kak,boleh tak saya nak kentang tu?"...tanpa banyak kata acu bagi...terus dia menguntum senyum hingga ke telinga...hepi je...

    BalasPadam
  10. Acu...

    sedih, kan? Kalau kakcik, rasanya hendak ajak dia duduk makan sekali.

    BalasPadam
  11. Pn Dr...

    itulah abang yang baik. Tapi ada juga abang yang lebih pentingkan diri sendiri!

    BalasPadam
  12. baiknye abg dia.. Kalau sy, kena berterima kasih dgn hubby sbb dia yg byk ajarkan ttg sedekah ni. Kalau dia mesti dia yg tlg byrkn eskrem. Pernah dgr ustaz ckp, kalau nampak mcm tu maksudnye Allah syg kte sbb bg peluang kite bersedekah. Jd jgn sia2kan peluang tu, nnt Allah kedekut nak bg peluang bersedekah.

    BalasPadam
  13. fISZ...

    kakcik setuju tu. Kita bukan selalu ada peluang untuk bersedekah seikhlas hati, kan? :)

    BalasPadam
  14. sayuuu...membantu kepada org yang memerlukan merupakan kebaikan dan keikhlasan yg patut dicontohi..asalkan ianya termampu oleh kita..

    BalasPadam
  15. sal...

    sangat sedih bila diri tidak mampu membantu...

    BalasPadam
  16. teringat dulu2 nak beli asam yg sedap pun tak lepas...pandang je org makan

    BalasPadam
  17. Mimi...

    kakcik ada pengalaman yang lebihkurang sama. Melihat sepupu makan pasembur (penjaja yang datang dari rumah ke rumah), sedang kakcik hanya mampu memandang. :(

    BalasPadam
  18. dulu saya juga susah. skang ni saya plak yg suker manjakan anak buah dan anak sepupu. mungkin sebab kita pernah merasa susah dan tak mau mereka juga rasa begitu. sebab tu ape saje kemahuan mereka saya cuba turutkan. namun, kekadang terfikir, disebabkan kemanjaan begitu, mereka plak naik lemak. ishh... kekadang tu geram jugak. hehehe

    BalasPadam
  19. Salam kakcik
    Tak sanggup rasanya melihat andaikata peristiwa itu berlaku di depan mata. Bantulah mereka yang memerlukan. Insyaallah suatu hari Allah akan membantu kita pula

    BalasPadam
  20. lagi tak sanggup lihat bila anak kecil yg susah seperti peminta sedekah merenung kita menyuapkan makanan...sedangkan kita mkn tanpa hiraukan keadaan sekeliling seolah2 dibutakan mata.. Ada yg sanggup menengking budak tu suruh duduk jauh2 jgn ganggu mereka yg tengah menikmati makanan...huhuhu

    BalasPadam
  21. Salam.
    Hanya mereka yang dulunya hidup susah sahaja yang dapat mengerti perasaan dan kesusahan anak-anak ini.
    Bagi yang tak pernah merasa susah dan tak kenal susah, mereka hanya akan merasakan yang anak-anak ini menyusahkan mereka. Pada hal anak-anak ini tidak meminta-minta pada mereka...

    Hanya pandangan.

    TQ

    BalasPadam
  22. Niez...

    kakcik pun rasa kakcik sudah terlalu memewahkan anak-anak kalau dalam bab makan minum. Sama juga dengan suami. Mungkin sebab dulu kami sangat susah untuk mendapatkan makanan tapi harapnya apa yang kami lakukan, tidak sampai 'merosakkan' anak2.

    BalasPadam
  23. Ariff...

    kita tidak akan jatuh miskin hanya kerana bersedekah seringgit dua, kan?

    BalasPadam
  24. Shida...

    memang ada yang tergamak memandang jijik atau menghalau anak2 kecil yang memandang mereka makan sedangkan anak2 itu tidak pun meminta2. Sedih, kan?

    BalasPadam
  25. W/salam P&P...

    kakcik setuju dengan pandangan anda itu. Kakcik telah melalui waktu sukar (walaupun sekarang tidaklah sesenang mana) dalam hidup kakcik. Kakcik memahami keperitan itu.

    BalasPadam
  26. iols rasa kesian sangat2...

    iols penah gak berhadapan dgn kes camni... sokmonya.. iols belikan lah apa yg budak2 tu nak...

    BalasPadam
  27. miloais...

    satu tindakan yang sangat terpuji. :)

    BalasPadam
  28. sama la kak cik... kalau boleh, kita nak penuhi apa yg kita tak dapat masa kecik2 dulu...

    BalasPadam
  29. shida...

    bila dikenang2, memang sedih sangat rasanya melalui waktu itu...

    BalasPadam
  30. Tapi kakcik, mungkin juga dua beradik tu dari keluarga yg mewah, dan kebetulan si abang memang tak bawak duit/mak ayah nya terlupa beri duit..logik tak?

    BalasPadam
  31. Dr DZ...

    logik tu ada. Tapi kita boleh menilai dari gaya dan pakaian mereka dari golongan mana mereka datang. Itu mengikut pandangan mata kasar makcik la... :)

    BalasPadam
  32. Insya Allah, sekiranya berlaku depan mata saya, akan di cuba sedaya upaya setakat mana yang termampu kerana saya juga pernah melalui zaman2 kesusahan

    BalasPadam
  33. eelobor...

    sedikit yang kita beri, mungkin besar maknanya bagi yang menerima...

    BalasPadam
  34. cik ina pun dulu susah, kalau boleh bila dah ada anak, cik ina tak nak dia rasa susah gak. kalau rasa diri mampu apa salah nak beri sedikit kebahagiaan dan kesenangan kat anak, tapi biarlah yang berpada-pada.

    BalasPadam
  35. Cik Ina...

    semoga anak2 kita mengerti dan menghargai kesenangan yang mereka dapati adalah dari jerih payah yang pernah kita tempuh...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.