Kawan-kawan kakcik

Rabu, 22 Jun 2011

Bukan rezeki kita tapi rezeki mereka...

(kisah benar untuk hari ini)

hidangan di meja yang sepatutnya untuk kita
telah selamat menjadi hidangan mereka

walaupun hati berkata-kata
dan mulut tetap tersenyum mengatakan 'tidak apa'
kita kena yakin dan percaya
segalanya telah tertulis 'di sana'

bukan salah dia
bukan salah mereka
bukan salah sesiapa
itu 'hak' yang telah ditentukan olehNya

'Alhamdulillah - ini rezeki Adik, Along dan Ayah,
Mak tengok saja, ya? '


27 ulasan:

  1. pelayan salah hantar ye? kebetulan org tu order makanan yang sama.

    takdir lah ibu..tp hati geram juga

    BalasPadam
  2. kakcik,

    alahai kesiannya kakcik..takapa bila kita redha lagi banyak rezeki Allah beri..n3 sy pun tentang rezeki..jemputlah

    BalasPadam
  3. rezeki walaupun dah di depan mata tetapi bukan hak kita tetap menjadi milik org lain jugak...sudah bukan rezeki kitaaa...

    BalasPadam
  4. rezeki anak2.... tak pe kak...

    BalasPadam
  5. betullah kak... walaupun dah depan mata... dah tertulis bukan rezeki kita tetap takakn dapat. tapi walaupun jauh beribu batu, kalau dah tertulis itu rezeki kita... walau cmne cara sekalipun akan sampai gak kat kita... :)

    BalasPadam
  6. dia lupa apa yg kaka order eh? Kalau saya jamah je apa yg ada di atas meja, walau hati frust juga...huhu

    BalasPadam
  7. awat jadi macam tu, tersalah tempat kot

    BalasPadam
  8. penah jugak jadi kat saya. sabar je lah~

    BalasPadam
  9. mmm... mak selalu mengalah kan..

    BalasPadam
  10. knape xmkn skali??puasa?mknn xsampai?skt perut?

    BalasPadam
  11. kak cik...
    biasalah dah nama rezeki..kdg2 dah hampir masuk mulut pun boleh jatuh..yg lagi best..baru nk suap tetiba anak tanya,..ibu tk ke...

    BalasPadam
  12. Kawan2...

    kesnya bukan salah hantar atau adik makan makanan mak dia. Kesnya dua kursus dalam satu masa untuk dua kumpulan yang berlainan. Kumpulan A telah tersilap makan makanan yang disediakan untuk kumpulan B. Itu sahaja. Dah tersurat rezeki mereka, kan? :)

    BalasPadam
  13. assalam..

    bukan rezeki yg itu utk kita krn ada rezeki lain yg tersedia ;)

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah, tak ramai orang yang sesabar itu

    BalasPadam
  15. Redha kan jer. Rezeki tetap ada yang menjamahnya, kan?

    BalasPadam
  16. yang dah masuk mulut pun boleh terkeluar... itu memang rezeki mereka

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum Yong, kekadang dah masuk perut kita, pastu ntah apa silap, kena keracunan ke, muntah2...keluar semua yg dimakan. Takde rezki gak tu!

    BalasPadam
  18. Bak kata orang Perak - sabo aje ler, yong!

    BalasPadam
  19. insyaAllah... rezki kita pun ada sebenarnya..cuma lmbt atau cepat...berdoa,moga cepat smpai kat kita,ameen ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.