Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 10 Jun 2011

Assalamu'alaikum Pak...

Semoga roh Pak aman dan sedang berbahagia di sana.

Hari ini genap sebulan Pak meninggalkan kami - meninggalkan segalanya.  Namun macamana sekali pun, walau orang tahu masa tak akan berulang semula, hati orang ini masih lagi ada rasa terkilan, rasa sebu dan sebal serta segala rasa yang tidak enak.  Setiap kali mengingatkan segala itu, airmata orang tak akan dapat ditahan untuk keluar.

Pak, orang tahu bahawa orang ini bukan anak yang baik.  Orang selalu sakitkan hati Pak.  Orang tak jaga Pak dengan baik.  Orang selalu ikut kata hati yang hanya tahu marah.  Orang harap Pak telah pun mengampunkan segala dosa orang terhadap Pak, walaupun orang mungkin tidak layak untuk dimaafkan.

Pak, orang tahu Pak kecil hati pada orang dengan adik-adik.  Pak kata kami 'tidak berusaha'.  Sebenarnya Pak, kami telah lakukan segala yang kami terdaya di luar pengetahuan Pak.  Allah mengetahuinya.  Tapi tak mengapalah, segalanya telah pun berakhir.

Pak, walaupun anak-anak Pak bukan orang senang, seboleh mungkin kami cuba buat yang terbaik untuk Pak.  Kami masukkan Pak ke hospital bukan untuk lepas tangan tapi kami mahu Pak pulih semula.  Kami tidak terkilan dengan apa yang telah kami lakukan itu.  Takdirnya, memang Pak akan 'pergi' di rumah orang.

Pak, orang dah tak boleh nak tulis apa-apa lagi.  Rasa terkilan di hati ini, hanya Allah jua yang mengetahuinya. Airmata yang mencurah ini pun tiada apa-apa lagi ertinya.  Orang doakan sejahteralah Pak di sana. 

Walaupun orang ini anak yang kasar dan degil, tapi orang sayangkan Pak...

40 ulasan:

  1. Salam Kak Cik.

    cara, gaya hidup, status, darjat tidak menjamin kita bahagia. Ianya juga tidak menentukan kasih sayang dan perhatian yg berkurang pula terhadap orang tersayang.

    Sangat subjektif kasihsayang itu...

    Semoga PAK aman dan sejahtera di “sana“.

    Sabar Kakcik.

    *entri ini mengingatkan saya kepada arwah PAK saya juga, yang tidak sempat saya pandang kali terakhir.

    BalasPadam
  2. Azie...

    sangat besar rasa terkilan di hati ini (nangis lagi)....

    BalasPadam
  3. en_me...

    sedih yang tak terucap. :(

    BalasPadam
  4. apa yg terbuku dihati...klu diluah kan lega rasanya....!








    semoga roh PAK aman disana,amin....!

    BalasPadam
  5. kaklong...

    kadang2 luahan itu juga akan menjadi satu igauan... :(

    BalasPadam
  6. Sedih entry ni..moga Pak di kalangan2 orang yang beriman..
    Alfatihah

    BalasPadam
  7. Pn Nani...

    lagilah sedih hati ini yang bagai tersiat-siat...

    BalasPadam
  8. Perempuan & airmata tak dapat dipisahkan kakcik. Allah tahu atas usaha dan daya yg telah kakcik lakukan.

    Moga pak berada dgn aman di "sana".

    Sayu pulak kakak rasakan....

    BalasPadam
  9. entri kakcik ni memang sedih. Buat Yus rasa sayu membacanya...

    Kakcik dah buat setakat mampu untuk "Pak". Moga rohnya aman di sana...

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum...

    Biarlah kesedihan itu sering diiringi dengan doa moga Pak terampun dosanya serta tenang di sana..

    BalasPadam
  11. saya dah kehilangan 17 tahun tapi kenangan bersama arwah tidak pernah luput.

    BalasPadam
  12. orang tua susah nak bawak gi hospital~~memang camtu kah?

    BalasPadam
  13. Kakzakie...

    setiap detik mengenangkan apa yang telah terjadi, hati kakcik pastinya rasa hancur berkecai...

    BalasPadam
  14. ~ yus ~...

    rasa terkilan itu mungkin tidak akan terhakis sampai bila2...

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    memang itulah doa kakcik terhadap kedua ibubapa kakcik, semoga Allah Yang Maha Pengampun mengampunkan segala dosa mereka dan dosa kakcik juga...

    BalasPadam
  16. eelobor...

    siapapun ayah kita, tanpanya tidak adalah kita di muka bumi ini dengan izin Allah...

    BalasPadam
  17. bujal...

    ada juga orang tua yang suka ke hospital...

    BalasPadam
  18. berbuat baiklah kepada mereka yang masih mempunyai pak lagi.

    pak memang lain dari ibu dan sukar difahami oleh anak-anak.

    BalasPadam
  19. AM...

    takkan sama cara pak menunjukkan kasihnya - pasti berbeza dengan cara mak...

    BalasPadam
  20. Salam..sabar k.cik ye,

    sy pun pernah mengalami benda yg sama, arwah ayah pd akhir usianye dan arwah mak ketika fasa kerungsingannye. Kte bkn sempurna kak, bkn k.cik sorg yg akan rasa mcm tu. semua org pun akan rasa mcm tu. Sbb tu org boleh kata, mak ayah nak jg anak 10 boleh, tp 10 anak belum tentu boleh jg mak ayah bila tua nnt. Kite dah cuba yg terbaik, dn terpaksa berusaha bersungguh2 utk mengikhlaskan tanpa rungutan. Mmg susah kakcik. Sama2la kite berdoa, jgnla kite pun di situasi yg sama kerana kasihan anak2 kte diduga.

    BalasPadam
  21. salam akak...

    org pon sedih...

    xpela..kita doakan pak bahagia di sana..

    org syg akak..:)

    BalasPadam
  22. Fisz...

    kakcik juga berdoa dan sangat berharap agar kakcik tidak akan menyusahkan anak2 kakcik suatu hari nanti sehingga membuat mereka berdosa tanpa sengaja. Apa2pun, awal2 lagi kakcik dah maafkan segala salah silap anak2 kakcik kerana tahu kakcik juga bukan ibu yang sempurna buat mereka.

    BalasPadam
  23. Cik Ceria...

    kakcik pun sayang kat Cik Ceria.

    Malas nak sebut pasal sedih sebab airmata ini bagai tak tahu hendak berhenti keluar bila hati tersentuh....

    BalasPadam
  24. (selepas retry more than 10x!)...

    padamkan rasa terkilanmu kakcik
    dengan zikir dan doa
    Allah tahu usahamu bukannya kecik
    tetapkan iman moga Pak damai di sana

    sekarang dah masuk Rejab kan kakcik..
    perbanyakkan amal kita...sama-sama berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari masa ke semasa...tiada dari kita yang begitu sempurna, semakin nak jadi baik semakin lebat dugaan menggoda...hanya yang tabah dan sering beringat akan mampu menitinya...

    senyum sikit, belum boleh ker?
    ala..boleh-bolehkan la..tapi tidak memaksa heh3...

    BalasPadam
  25. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Sabar ye kak chik.

    BalasPadam
  26. Q...

    agaknya blogspot masih demam. Kakcik masuk ke blog sendiri pun banyak 'benda' yang kakcik tak nampak. Gambar kawan2 kat atas tu pun entah ke mana hilangnya.

    Sekejap dah 8 Rejab hari ini. Tak lama lagi Syaaban, selepas itu Ramadhan. Ada yang sedang berbahagia tanpa apa2 yang memningkan kepala, ada yang berduka meniti masa - namun hidup ini ke satu arah juga akhirnya...

    Kakcik masih boleh tersenyum walaupun tiada serinya kerana wajah yang dimamah usia ini agak lelah menyimpan rahsia...

    BalasPadam
  27. Cik Ina...

    semoga kekuatan yang Allah berikan itu menjadikan kakcik lebih mensyukuri segala yang datang dariNya.

    Terima kasih untuk doa yang Cik Ina titipkan. :)

    BalasPadam
  28. sayunya bc ni..
    moga dia aman di sana..

    BalasPadam
  29. n3 "Pak" ini mengingatkan kakchik pada arwah ayah .. sedih. moga mereka dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  30. sedih sangat iols rasa...

    sabar ye kakcik...

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  31. Sedar tak sedar, dah sebulan ayah Kakcik meninggal kan....maaf bertanya Kakcik, adik kakcik dah contact kakcik ke belum?

    BalasPadam
  32. Ella...

    semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan menempatkan roh mereka di kalangan roh para solehin. Amin.

    BalasPadam
  33. Miloais...

    bak kata pepatah 'berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung'...

    BalasPadam
  34. Dr DZ...

    masa pantas berlalu dan kita pun akan semakin hampir 'ke situ'...

    Tentang itu - TIADA! :(

    BalasPadam
  35. salam..

    kak cik rasa terkilan itu lah yang paling sukar di ubati...

    sabar la kak cik...

    BalasPadam
  36. Ila...

    perlahan-lahan kakcik cuba mengikis rasa itu walaupun kakcik pasti ianya sukar untuk kakcik lakukan.

    BalasPadam
  37. moga kakcik tabah dengan semua dugaan ni

    BalasPadam
  38. Zul...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Makcvik tak boleh nak follow blog Zul buat masa ini kerana ruangan itu tak keluar. Blogspot tengah demam denggi agaknya. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com