Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Jun 2011

Apa yang dibeli oleh suamiku?...

Orang lain (termasuk aku) sibuk ke Pasar Ikan Masin dan Pasar Kraftangan (lebih dikenali sebagai Pasar Filifina), aku 'kehilangan' kelibat suamiku.  Rupa-rupanya beliau ke pasar basah.  Hmmm... pasti dia tak mahu aku mengikutinya kerana nanti aku banyak menyekat keinginannya untuk membeli!


Tengok-tengok tapi tak beli kerana tidak mendapat harga yang dihajati

Akhirnya beli di sini.  Ramai-ramai membeli, potongan harga pun diberi.

Gambar-gambar ini bukan di Pasar Kraftangan, tapi di rumah ibu seorang urusetia dari Sabah yang menjalankan perniagaan menjual perhiasan dan minyak wangi  (tidak sampai RM50.00 aku belanjakan di sini) :





Sampai ke rumah di Cheras, barulah aku melihat hasil belian suamiku ini :

Kata suamiku tenggiri ini sangat murah berbanding dengan harga di Kuala Lumpur - hanya RM14.00/kg. Ikan kembung itu pula hanya RM3.50/kg.

Udang harimau (entah berapa kilo) @ RM20.00/kg.

Sotong - tak tahu nak masak apa dah!


46 ulasan:

  1. rumah tu dah macam kedai kak!
    heheheh

    banyaknya udang + sotong
    tapi kat sana memang murah2 harganya
    dan fresh kan?

    BalasPadam
  2. miloais...

    sampai sekarang, yang habis hanya udang dan ikan kembung. Ikan tengfgiri besar gedabak dan sotong tu belum dikhatamkan lagi. :)

    Tentang harga, sebenarnya kakcik tak arif sebab En Suami yang selalu ke pasar. Dia kata murah, murahlah tu kot. :)

    BalasPadam
  3. huhuhu...menu sedap nampaknya untuk malam ini

    BalasPadam
  4. eelobor...

    silap2 menu paso malam je! :)

    BalasPadam
  5. hehehehe.dia dah mcm org dapur kak

    BalasPadam
  6. Monalea...

    kakcik memang 'gagal' kalau bab masuk pasar!

    BalasPadam
  7. Cheqna...

    mama tengah fikir - nak diapakan dengan sotong tu! :)

    BalasPadam
  8. teringat kenangan zaman bujang2 dl..1st posting sy kat Sabah.penah la sekali dua ke pasar filipin tuh..

    BalasPadam
  9. geramnya tenguk rantai tangan kristal tu..mst murahkan kakcik...mula2 td ingatkan kakcik yg borong semua heheeh..

    bab yg basah tu yg tak tahan tguk..murah bebenau...

    BalasPadam
  10. kakcik tak minat sambal sotong ker?

    BalasPadam
  11. kakcik beli barang basah tu, bawak balik ke KL, ok lagi tak. Maksudnya ikan2 tu masih segar lagi ke?

    BalasPadam
  12. Banyak stok lauk kakcik..tak payah pergi supermarket atau pasar basah untuk seminggu ni...

    BalasPadam
  13. Buat kari tenggiri best gak kakcik..
    sotong=sambal, singan, goreng kunyit, paprik dll ketupat sotong pun sedap hehe

    BalasPadam
  14. orang2 kat sana agak agaknya tinggi uric acid...ekekeke

    BalasPadam
  15. Hamizah...

    sekarang kakcik rasa, orang yang sesekali datang (atau pertama kali datang) sahaja yang akan ke Pasar Filipina tu sebab sewaktu kakcik singgah, tak ramai orang kat situ.

    BalasPadam
  16. berbaloi juga abang akak menghilangkan diri sekejap yer.. cukup stok utk seminggu tu..

    BalasPadam
  17. Ida...

    kakcik ni jenis wanita yang tak begitu suka dengan perhiasan termasuk emas. Tambahan pula, kakcik tiada anak perempuan! :)

    BalasPadam
  18. Q...

    anak-anak kakcik tu, kalau sotong dia orang suka dimasak goreng dengan tepung je. :)

    BalasPadam
  19. AzMask...

    suami kakcik siap beli bekas polistrin yang boleh letak ais tu - Alhamdulillah, masih berais bila sampai di rumah (tapi kena bawa dengan tangan ke atas kapalterbang - tak boleh masuk kargo).

    BalasPadam
  20. Siti...

    lebih dari seminggu tak payah ke pasar basah. Bukan ramai sangat kat rumah kakcik tu. :)

    BalasPadam
  21. Qema...

    dah puas kakcik mengkari, melemak dan menggoreng tenggiri tu. Lepas ni, kakcik nak merendangkannya pulak (hancurlah jawabnya!). :)

    BalasPadam
  22. Dr DZ...

    boleh buat kajian tu. :)

    BalasPadam
  23. Kakcik tak suka sotong ye? Kalau kakak dah goreng tepung ke buat sambal tumis.

    BalasPadam
  24. Hanis...

    sampaikan waktu semua orang pergi makan, dia boleh balik ke hotel dengan teksi sebab menguruskan belian dia tu. :)

    BalasPadam
  25. Kakzakie...

    kurang suka sebab bila dimasak jadi liat. Kena masak tidak terlalu lama, kan?

    BalasPadam
  26. Cik Ceria...

    nak menyiang dan membersihkannya pun sampai lenguh pinggang. :)

    BalasPadam
  27. saya antu udang kak!!
    sedapnya tgk udang tu..huhuhu

    BalasPadam
  28. kenduri seafood la kakcik pasni :)

    BalasPadam
  29. Murrrrrah...!!! sangat rega tu Kakcik...

    Semua tu dlm menu saya tiap minggu so mari belek harga di Pasar Tani Stadium Malawati, Shah Alam (Hari Ahad) :-
    Tenggiri 1 ekor RM26.00/kg.
    Tenggiri Potong (ekor & badan) RM26.00/kg.
    Tenggiri Kepala RM18.00/kg.
    Udang RM18 - 19.00/kg (biasanya RM19.00 - Naik rega selalu! Turun harrrraaammm mandang! Hujan aje yang turun Yong!).
    Sotong RM17 - 18.00/kg).
    Kembong & Mabong RM12.00/kg.

    Buntu nak msk apa Yong? Sotong tu msk Papprik (resepi minta kat Azieazah - terror K.Azie tu theheheheee..). Kepala Tenggiri tu msk asam pedas buh bunga kantan sama daun kari, perrghh... Tang badan Tenggiri tu garam kunyit goreng biasa aje, lps tu colek dgn sambal kicap belasah-aje-asal-jadi.

    Errr... Kakcik, kalu buat semua di atas tu ari Ahad ni kan, jgn lupa jemput saya dtg tau...

    Lagi satu kalu nak senang kan, semua di atas tu bikin Tom Yam merah aje le Yongggg...

    BalasPadam
  30. MLD...

    antu udang? mesti udang pun takut dengan dengan MLD! :)

    BalasPadam
  31. MDT...

    kakcik masak sikit2. Kalau berkumpul ramai2, baru boleh masak banyak. :)

    BalasPadam
  32. Liza...

    murah, ya? Alhamdulillah. Kalau tidak buat penat bawak dari jauh! :)

    Kadang2 kakcik masak ikut permintaan anak2. Best juga buat tomyam. Masam2 pedas. Tapiiii - tadi kakcik buat tenggiri masak tempoyak!

    BalasPadam
  33. ingatkan akak buat business tadi dah nampak macam orang nak nego ja , udang tu kak memang buat amy jeles sangat.. sedapnya la dah lame x masak udang esok nak gi cari la hehe..

    BalasPadam
  34. segar2 seafoodnya..sedap walau hanya tgk

    BalasPadam
  35. wahh kak...sotong tu den minat kalau goreng kunyit...ahakz...terliur dah ni...

    BalasPadam
  36. Amy...

    udang tu dah habis pun - buat sambal tumis, buat goreng tepung dan juga buat tumis dengan sayur. :)

    BalasPadam
  37. Eri...

    kalau orang pandai masak, mesti lagi sedap jadinya. :)

    BalasPadam
  38. jeBateja...

    tadi kakcik dah buat sotong goreng kunyit sekor-sekor. :)

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum Kakcik, tahun lepas akak ngajar kat KK. Beli seafood sampai tak hengat. Bila check kolestrol seminggu kemudian - terus "HIGH"!!!

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    kalau ada penyakit gout memang 'ghedat' le, kan? ;-)

    BalasPadam
  41. ikan tenggiri tu segar, kalau RM14 sekilo tu kira murah kak chik.

    BalasPadam
  42. Cik Ina...

    kepala ikan tu masih ada lagi... kakcik ingat nak buat kari kepala ikan tenggirilah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com