Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 April 2011

Serba tidak kena...


sedari pagi mengadap angka
selalunya tidaklah susah mana
tambah sini tolak sana
pasti dapat jawapan yang sama

hari ini entah kenapa
rasa hendak pecah kepala
berkali-kali disemak semula
masih juga berbeza berjuta-juta

sebelum muntah di atas meja
elok rasanya berehat seketika
dari otak ini dipaksa-paksa
baiklah aku melelapkan mata...







30 ulasan:

  1. Eh... kakcik pun macam kakak pagi tadi, debit-credit tak balance. Sakit kepala. Ambik balik details key-in balik satu-satu.... Pening...

    BalasPadam
  2. Yg lebh tolak I YeK..
    I, 3 kali masuk kelas mengira..gagal.

    BalasPadam
  3. beza sejuta lebih tu...!

    kena check balik le tu
    mesti ada silap key-in...

    BalasPadam
  4. Jauh larinya..
    Ada yang salah ni..
    Maybe double click ke..
    Sabar dan terus semak..
    (^-^)

    BalasPadam
  5. Kakcik...

    Dari pandangan seorang JAGA seperti saya ni... ini ialah...nombor. koh koh koh

    BalasPadam
  6. mok aihhh..angkanya memang meruntun akal..huhu..

    rehat dulu kak cik..tidur barang 30 minit..

    BalasPadam
  7. Kakzakie...

    dah berkali2 semak semula, masih tak dapat - rasa nak shut down je pc ni dulu!

    BalasPadam
  8. Zeq...

    kakcik dah bawa kaki naik atas meja untuk kira, tak dapat juga!

    BalasPadam
  9. Neez...

    dah bangun tido pun belum dapat ilham!

    BalasPadam
  10. milo...

    nak semak ni, bukan satu entri je... huhuhu!

    BalasPadam
  11. Jamiel...

    beg dah lama kakcik terima, buat masa ni kamera tak ada - tu yang tak buat cacatan terima kasih tu. Terima kasih ya, cantik warna beg tu - pink. :)

    Tengah fikir kat mana silap ambil angka ni!

    BalasPadam
  12. manje...

    dah rehat, tapi sakit kepala tak hilang. :(

    BalasPadam
  13. SN...

    kakcik dah tidur tadi. Bangun solat, lepas tu rasanya kepala masih berdenyut dan belakang leher rasa tegang. :(

    BalasPadam
  14. Hih! daripada merenung angka
    baik ku makan ulas-ulas nangka
    siap duga siapa sangka
    menambah seri cahaya di muka

    kalau sampai pecah kepala
    semakin disemak semakin menjela
    tu bukan kerja tapi tempah bala
    eloklah berehat sekali sekala

    kalau muntah siapa yang susah
    tak pepasal cleaner disesah
    cleaner kata : ko ingat ko sorang resah?
    aku punya resah ada ko kesah?

    eeeiii..nambah merapu lagi ada ler ni....hek3....
    psst...dari pagi td lom minum...lom senyum..eh?

    BalasPadam
  15. hehhehe..jom kak..kite tdo kasi rehat..heheh

    BalasPadam
  16. Q...

    tengahari telah menjelma
    'tak makan ke?' sapa teman sebelah meja
    memang tekak ini rasa hilang selera
    sebu perut selain sakit kepala

    hendak senyum pun rasa tak kena
    tidak selari bibir dan mata
    renungan kusam tanpa cahaya
    tiada makna senyum dalam berpura-pura

    rasa teringin makan nangka
    tapi takut semputlah pula
    nak makan durian tiada yang membelanja
    balik ke rumah nanti makan biskutlah sahaja...

    BalasPadam
  17. Cik Ceria...

    masalah kakcik belum selesai lagi ni. :(

    BalasPadam
  18. Assalamualaikomm kakcik..
    hehe suke dgn pantun kak Queenie :)
    ngighe bijik kopi ye.. bukanke nombor2 tu dlm excel? ate ngape idok disughoh je PakChomel yg takdek prasaan tu kighekan??

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Adikkum AzeedA...

    entah kat mana dah tersilap ambik data, itule jadinya!

    BalasPadam
  20. samalah kita, bab tak tally ni, kadang-kadang silapnya sikit je, kira berkali -kali tak tally gak. bila dah jumpa solution, buat kita geram.alah sebab ni ke.

    BalasPadam
  21. Cik Ina...

    itulah pasal, kan? Kadang dah naik juling biji mata - kira berkali2, tak juga jumpa...alih2 dapat macam tu je!

    BalasPadam
  22. Aduii..saya mmg alah dengan nombor-nombor.....
    Nombor apa tu Kak Cik?

    BalasPadam
  23. Cikgu Nurin...

    nombor2 itu mewakili RM! ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com