Kawan-kawan kakcik

Isnin, 11 April 2011

Semakin dimamah usia...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
semakin kurasa diriku tidak berguna
menjadi beban sesama manusia
tiada apa yang dapat dibangga
kecuali menanti masa kembali ke sana...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

27 ulasan:

  1. kemabli ke sana sudahlah pasti senang cerita di sebut mati
    apa bekalan digalang ganti
    ujian inilah - pada ayahanda kamu berbakti...

    biar di dunia tidak berharga
    bakti pun bukan untuk dibangga
    biar seindah semerah saga
    hanya dengan rahmatnya kita kan syurga

    usahlah kakcik berhati walang
    merasakan ujian berat tak terbilang
    di luar sana-ramai lagi yang malang
    sesat di hujung tak junmpa jalan pulang...

    kakcik boleh....

    BalasPadam
  2. ala...leceh ar...
    salahlah pulak...
    second pantun tu kitakan ke syurga
    kannya kitakan syurga....
    sorry eh kakcik...dh minum lom?

    jangan sampai kakcik pun tak sehat ya, nanti saper nak jaga saper....

    BalasPadam
  3. Semakin kita tua semakin banyak benda yang kita pikirkan. Rasanya masa semakin singkat dan perkara yang mahu diselesaikan masih banyak.

    Semuga kita tidak membebankan orang.

    BalasPadam
  4. Q...

    tiba2 kakcik rasa syahdu membaca nukilanmu sambil mataku berkaca dan jiwaku sendu....

    kakcik belum minum ni.. entahlah, macam2 rasa bersilih ganti di dalam dada....

    BalasPadam
  5. kakpah...

    diusia yang masih bersisa, kakcik rasa kakcik masih lagi terleka... entah bila agaknya hendak betul2 'sear diri'... :(

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum kakcik...

    Takper kita tidak dipandang manusia asalkan kita tetap dalam pandangan dan kasih sayang Allah Taala

    BalasPadam
  7. relax kakcik...
    cer tengok cermin dan cakap :
    "nasib baik muka aku tak macam nenek kat dlm cermin tu.."
    sambil kakcik berdandan rapi...pastu pi minum kopi makan roti tenangkan hati sambil berkata-kata lagi :
    "Terimakasih Allah...Kau pilih aku melalui saat manis ini. Biarpun pahit bagiku asalkan jangan Kau berpaling dariku walau sekerdip mata. Terimakasih membangunkanku dalam keadaan sehat hari ini, terimakasih dengan apa yang aku ada pada hari ini...."

    eh, kakcik kat rumah ker kat ofis ni?...

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    Terima kasih atas kata2 perangsang dari Ustaz itu. Sesungguhnya Allah Mahs Pengasih, semoga Dia sentiasa merahmati kita semua.

    BalasPadam
  9. selamat pagi kakcik...
    kite semua akan mengalami perasaan mcm tu...saye pun skrg ni pun ade jugak merasa makin hampir akan saat mcm tu...

    lagi la sekarang tengok n jaga, mak sye yg tak sihat dan bertambah uzur sejak usia meningkat...kadang2 terpaksa uruskan keperluan hariannye...seperti mandi...makan...tidurnye..

    adakah saye jugak akan macam tu jugakkk???sentiasa berdoa agar saye dikurniakan kesihatan yg baik dan yg paling penting diberkati Allah dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  10. Q sayang...

    kakcik tiba di pejabat lebihkurang jam 6.15 pagi tadi. Solat Subuh pun di pejabat. Rasanya lebih kusyuk begitu. Saat ini, hati kakcik memang sangat 'ngilu'....

    BalasPadam
  11. Selamat pagi dan sejahtera atasmu adikku Ain...

    Paling penting bagi kakcik, semoga hati ini akan menjadi selembut sutera dan melimpah rasa belas kasihnya kepada sesiapa sahaja. Andai badan sahaja yang sihat, tapi hati dan jiwa sakit - hidup ini tetap akan suram jadinya....

    BalasPadam
  12. suka dgn komen2 kat atas..... linn pun selalu rasa camni....

    BalasPadam
  13. Linn...

    di saat begini, kata2 dorongan dari kawan2 bagaikan penawar yang meresap ke jiwa...

    BalasPadam
  14. rasanya... bukan sorang dua pernah merasai begitu.. lebih2 lagi dikala sakit terlantar....

    sy juga salah sorg yg sering terasa begitu...

    BalasPadam
  15. mama maman...

    seboleh2nya, kita memang tidak ingin menyusahkan orang lain, kan?

    BalasPadam
  16. saat macam ni - memang kerap di rasa
    esp bila kita sendiri tak sihat..

    kekadang sampai menitis air mata...

    BalasPadam
  17. kak....assalam...

    ceria2 selalu :)
    bilala dpt jumpa akak ni

    BalasPadam
  18. alah kakcik jgn cakap tak berguna pulak..
    insyaAllah, makin tua makin berharga jadinya..

    BalasPadam
  19. Kalaulah terbaca benda ini oleh SB mesti dia bertambah walang. Kehadiran insan disayang masih diperlukan.....

    BalasPadam
  20. kelapa lagi tua lagi banyak minyak~~HE~~

    BalasPadam
  21. biasalah kak cik..

    bila kita bertambah tua.. kita semakin sentimental..
    hehehe..

    kena sentiasa ingat di 'sana'
    semoga dipermudahkan 'perjalanan' kita hendaknya..

    BalasPadam
  22. sya sokong kenyataan kakcik tu
    sbb mak dan ayah sya nampak gaya begitulah
    kadang rasa macam tak 'terbaca' mood mereka yg tak menentu tu.

    BalasPadam
  23. iye la....
    makin banyak umo kita
    makin dekat pada pencipta...

    BalasPadam
  24. semakin brumur makin brharga......

    BalasPadam
  25. hari hari kena top up bekalan untuk ke sana..sebab untuk ke sana tak kira umur..

    BalasPadam
  26. kalau dah tiba masanya.. tengah sihat pun akan di panggil. Takut tak sempat nak mintak mahap.. sedangkan ramai yang sakit hati..

    nak buat baik dgn semua orang...

    BalasPadam
  27. assalamualaikum kakcik

    kuatkan semangat itu...
    jaga kesihatan selalu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com