Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 29 April 2011

Masjid...


tersergam besar dan indah
namun tidak semua sudi  singgah
malah ada yang mengerling sambil berludah
tanpa sedikit rasa bersalah

entah di mana salah dan silap
pagar berkunci walau telah siap
persekitaran pula dibiarkan malap
bagai hanya sesuai untuk menumpang lelap

bagaimanakah agaknya hendak dibuat
agar ianya sentiasa dipandang hebat
menggamit datang setiap yang  melihat
bukan sekadar sebagai tempat melepas hajat


nota hati :  Jumaat hingga Ahad blog ini akan sunyi walaupun tidak berkunci.  Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini walaupun dalam senyap dan sepi.


37 ulasan:

  1. Banyak yg terjadi begini kerana takut barangan di dalam kena curi lalu dikunci. Tapi utk umat yg lalu utk singgah solat menghadapi masalah....

    BalasPadam
  2. selamat bercuti kakcik..

    akhir zaman, manusia makin galak membina masjid..tapi pengimarahannya tiada

    BalasPadam
  3. bab masjid berkunci ni... dah lama
    sbb nya - takut barang2 dalam masjid tu hilang....

    tapi bila dah kunci - susah le plak
    orang nak tumpang solat...

    kakcik - selamat bercuti
    moga sihat sokmo ye...
    ke Kuching lagi kah???
    kirim salam kat kucing2 kat sana ye.... :D

    BalasPadam
  4. Kakzakie...

    kalau namanya pencuri, dikunci pun akan dikopaknya juga! :(

    BalasPadam
  5. Dr DZ...

    itulah hakikatnya. Masjid makin cantik dan besar - tapi ruangnya banyak yang 'kosong'. :(

    BalasPadam
  6. milo...

    iya. Kakcik akan ke sana lagi. Ada nak pesan apa2 tak? :)

    BalasPadam
  7. bukan saja masjid surau pun sama..x leh nak masuk klu lepas waktu solat...alasan takut brg kena curi.

    rumah mak zue depan surau..selalu aje org yg nak tumpang sembahyg pinjam telekung mak zue sbb x leh masuk dlm dia org sembhyg di verandah aje. ni semua peraturan ajk2 surau.

    kakcik...selamat bercuti. :)

    BalasPadam
  8. zue...

    surau kat tempat tinggal kakcik sudah banyak kali kecurian barang2 di dalamnya. Berkunci pun, kena umpil - memang jenis tak takut dosa orang yang melakukannya itu. :(

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum my dear sis..:)

    Yang lebih malang...ada juga mereka yang buat maksiat di dalam masjid...!!
    Betapa dosa itu dipandang enteng..:(

    BalasPadam
  10. dunia akhir zaman kakcik..tapi saya suka kalau balik kelantan, masjid selalu penuh

    BalasPadam
  11. kakcik... kirim kek lapis sarawak!!
    hehe

    selamat jenjalan! :D

    BalasPadam
  12. sebab tu susah betul nak cari calon suami sekarang ni kakcik~

    BalasPadam
  13. Kadang2 sedih...

    Sekadar perkongsian pengalaman.. sini (church) setiap minggu ada buat kelas seperti kelas Bahasa Inggeris untuk dewasa dan kanak2.. walaupun NZ ni bahasa pertuturannya Inggeris, namun utk menarik org luar mereka mengadakan kelas ini... saya pernah dijemput, dan bila saya kata saya Muslim mereka kata ini tidak ada kena mengena dengan agama..

    hmmm...fikir-fikirkanlah

    BalasPadam
  14. assalamualaikum ibu..

    sayang sekali masjid tersergam indah itu tidak dapat kita guna..

    selalu juga terkena macam tu kalau travel kemana2..

    kadang2 pintu pagar terbuka tapi tak boleh masuk ke dalam masjid..solat di tepi dengan lantai basah saja..

    namun hati tetap bahagia.

    yang saya kurang gemar bila ada masjid tidak dijaga dengan rapi hingga rumah Allah itu kotor..

    sedih melihat..

    BalasPadam
  15. kakakcik..
    ayu pernah terkena.. tapi rasanya ada penjaga kunci yang duduk di kawasan berhampiran..
    kena ringan mulut kot,,

    BalasPadam
  16. kakakku kakcik..
    bagi org yg selalu merayau mcm saya ni, cukup pantang tengok masjid berkunci.. alasan kecurian susah sy terima.. hakikatnya, jika pencuri mmg berniat utk mencuri, tetap juga dia masuk..cuma mungkin makan masa sedikit.. semakin ramai yg datang numpang bersolat, makin tinggi maqam sesebuah masjid..makin subur roh iman di dalamnya.. itu bukankah lebih penting ? namun saya yakini itu..

    ke mana kakcik ? tentu kami akan merindui kakcik huhuhu..

    BalasPadam
  17. assalamualaikom!
    lame x dpt nk jengok ghomah kakcik tup2 nk teghobang lg ye.. slamat bercoti kak.. :)

    BalasPadam
  18. Salam KAKCIK,
    pegi mana pun, ubat jangan lupa bawak yerrr...

    Moga selamat dalam perjalanan.

    BalasPadam
  19. kalau takut orang masuk, baik jangan buat masjid. Buat masjid ni sebab nak suruh orang masuklah.
    Yang manusia ni pun satu hal. Sentiasa buat perangai tak ingatkan peringatan untuk mati. alahai....

    BalasPadam
  20. masjid takyah la kunci~~~kalau ble mampu letak barang2 mahal dalam masjid tu apa la sangat kalau gaji guard untuk jaga~haih~~

    *makcik gi cuti lagikah? takke care makcik~~

    BalasPadam
  21. salam kakcik..

    tempat suci tu..
    tempat kita bernikah tu :)

    jangan lupa call ati ye kakcik
    kita tungguuuuu


    ^_____________^

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum Kakcik,

    Pernah juga dalam perjalanan ke sesuatu daerah, singgah di masjid kerana nak sholat, masjid berkunci.

    Nasib baik tempat wudhuk tak di kunci, jadi terpaksalah sholat di kawasan luar dewan sholat sahaja.

    Apa nak buat, ia menjadi susah kerana perbuatan orang kita juga.

    BalasPadam
  23. selamat berhujung minggu kakcik :)

    minggu ni nak balik jengok anak2 tercinta.. :)

    BalasPadam
  24. masjidnya sangat cntik dan besar..
    klu digunakan sepenuhnya..tentu bermanfaat

    BalasPadam
  25. assalam..

    sy nk sgt solat kat masjid.. tp apakan daya :(

    BalasPadam
  26. Semakin akhir zaman, semakin cantik masjid2, semakin kurang pengunjungnya...

    BalasPadam
  27. selamat bercuti kak cik !


    semoga selamat semuanya.

    BalasPadam
  28. salam kakcik..

    rumah Allah , dikunci salah nk dibiar terlopong pun salah , semuanya jd serba salah...

    selamat bercuti... jumpa lagi

    BalasPadam
  29. Salam..

    mahu ke mana pulak? tak berkunci kan blog ini?

    akan saya singgah lagi ..

    :)

    BalasPadam
  30. paling sedih bila ada yg tergamak letak bayi kt depan pintu masjid..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com