Selak-selak majalah baru
melihat cerita-cerita kejayaan kaumku
namun jangan ingat aku cemburu
cuma aku sedikit keliru
kisahnya lebihkurang sama
kisah mereka yang katanya telah berjaya
tapi kenapa asyik menayang kereta
hanya itukah lambang orang kaya-kaya
kufikir-fikirkan semula
hanya itulah cara yang mudah adanya
takkanlah pula buku bank nak ditunjuk sama
nanti ramai yang datang meminta derma
tidak mengapalah kalau berjaya dengan usaha
sesiapa sahaja boleh jadi seperti mereka
cuma jangan sampai menempah tiket ke neraka
membuat untung tanpa mengira dosa pahala...
nota hati : En Ilham masih selesa duduk diam-diam....
melihat cerita-cerita kejayaan kaumku
namun jangan ingat aku cemburu
cuma aku sedikit keliru
kisahnya lebihkurang sama
kisah mereka yang katanya telah berjaya
tapi kenapa asyik menayang kereta
hanya itukah lambang orang kaya-kaya
kufikir-fikirkan semula
hanya itulah cara yang mudah adanya
takkanlah pula buku bank nak ditunjuk sama
nanti ramai yang datang meminta derma
tidak mengapalah kalau berjaya dengan usaha
sesiapa sahaja boleh jadi seperti mereka
cuma jangan sampai menempah tiket ke neraka
membuat untung tanpa mengira dosa pahala...
nota hati : En Ilham masih selesa duduk diam-diam....
yang ada tunjuk ibu jari tangan tanda 'best' tu eh kak??
BalasPadamyang perniagaan banyak level tu eh kak?
:)
yessssssssss...
BalasPadamchop first !!!
salam kak cik..rezeki manusia tak samakan..tapi yg penting macam kak cik katakan...biarlah usaha yg tidak menempah tiket ke neraka..mintak jauhkan
BalasPadamsaya kalau kaya saya tunjuk statement bank.baru real~~he~~
BalasPadamDrSinga...
BalasPadamdah banyak 'yang sewaktu dengannya' sekarang ni...
Dr Singa lagi...
BalasPadamAwal hari ini? Azie pun agak lama tak singgah ni... ;-P
Suri...
BalasPadamkerana duit, ramai yang gelap mata...
bujal...
BalasPadamlepas itu makcik akan datang melangut di kaunter kamu! (tapi mesti kamu tak kerja di situ lagi, kan?) :)
saya pun nak macam bujal, tunjuk yang real punya...
BalasPadamtunjuk kereta watper?
entah-entah orang punya...
kannns...
Assalamualaikum...
BalasPadamTakperlah kak, biarlah kita tak kaya di dunia ni asalkan di akhirat kelak atas anugerah Allah kita kaya dengan kebahagiaan...
Assalamu'alaikum kakcik,
BalasPadamtunjuklah kereta yang ada
rumah besar dan segalanya
tidak salah banyak harta
asalkan hak org lain tidak dilupa
bimbang bila ditimbang dikira
akhirnya tersembam ke api neraka
Na'uzubillah Himinzalik...
assalamualaikum,
BalasPadamdepa tu saje tunjuk
pasai nak elak kena cukai...
Assalamualaikum my lovely sis..kakcikS:)
BalasPadamMoga akak sihat di sana:)
Kdg2..mengingatkan diri juga..sebesar istana Nan mewah kita miliki..namun di sana...sempitnya liang lahad hanya amalan yg menentu keluasannya....
biar la bersederhana...
BalasPadamkalau senang n kaya raya tapi menyusahkan org lain baik tak payah...
salam k.cik sayang...
BalasPadambg gee...kaya harta kn habis..kn hilang... kan susut... kan ditarik at any times...tp kalau kaya budi bahasa, kaya pekerti, kaya ilmu agamanya lbh dipandang tinggi & lbh mulia darjat seseorang itu...
biasa la tu kak cik... bukan lagi di nilai..kaya budi bahasa kah seseorang itu....
BalasPadamtak elok menunjuk2 ni...
BalasPadamnanti tuhan tarik balik rezeki tu...
ha.... nyesal tak sudah!
muga kita sama-sama tak dikaburi dengan perhiasan dunia yang hanya bayangan sementara. yang kekal dan nyata nantikan disana.
BalasPadamsaya pakai keta buruk je, xkisah janji jimat minyak hehe
BalasPadamawat x tunjuk rumah ke kan?muehehehe kang org dtg pi rompak pulakkan
BalasPadamsaya takde kereta..sob..sob...
BalasPadamjangan lupa bayar zakat...
BalasPadamSalam, akak langsung takder keta...so akak tak berjaya dan miskin...hu hu!
BalasPadamYang berbaris beli saham, byr zakat dulu, nanti kena sumpah dek haiwan, kedukut..
BalasPadamassalamualaikom kakcik.. :)
BalasPadamkeghete pon ye..
kipeh duit pon ye..
saket mate nengok..
dengki tu idak sbb bukannye buleh bwk ke akhirat sok ye dak?
Keta besar, kena isi orang, nanti nyamuk dengki. . Gigit dek nyamuk kecik bisa jatuh juga. Kan,
BalasPadamitu je cr mudah nk tunjuk idup mewah..
BalasPadamsbb sbahagian dr mereka hnya duduk umah sewa atau setinggan aje.. jd x best la nk tunjuk umah depa..
hehe..
TK klau bnyk sngt duit kn, TK nk tunjuk dngn cr TK tido atas duit yang d susun jadi katil tinggi paras pinggang..
hehehe..
Q...
BalasPadamkakcik teringat cerita seorang kawan blogger tentang budak2 yang bergambar dengan kereta mewah kawan blogger tersebut dan kemudiannya siap ditayang di facebook konon hasil kejayaan perniagaan... ish!
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadammudah2an begitulah. :)
Wa'alaikummussalam Kakzakie...
BalasPadamsebanyak mana pun harta, ke sana nanti hanya kain kapan bersama amalan juga yang dibawa...
Wa'alaikummussalam Ati...
BalasPadamkalau tunjuk2 lagilah kena kejar dengan LHDN! :)
Wa'alaikummussalam Tinie...
BalasPadamsemoga Tinie juga sihat sejahtera. Tinggalkan harta kepada anak2 pun belum tentu menjamin kebahagiaan mereka dan kita di sana, kan?
Ainnoraini...
BalasPadamberhempas pulas mencari harta sampai tak kenal keluarga, tak boleh juga, kan..kan..kan... :)
Gee sayang...
BalasPadamilmu yang kita ajar dan diamalkan oleh orang yang menerima ajaran itu juga akan menjadi saham kita di sana nanti (harapnya janganlah ajaran sesat pula yang diajar....) ;-)
Ila...
BalasPadambudi bahasa bukanlah lagi sesuatu yang 'terpandang'... :(
milo...
BalasPadamberingatlah semasa ada, kan? :)
nur...
BalasPadamnanti ada yang menjawab 'bila lagi hendak merasa?', tapi hendaknya biarlah berpada-pada...
qema...
BalasPadamasalkan boleh sampai dan tidak juga menjadi bebanan, memadailah...
Mimi...
BalasPadamtakut nanti ada yang nak datang bertandang, kot! :)
MDT...
BalasPadamkakacik pun - cuma tumpang kereta suami dan anak je! :)
AzMask...
BalasPadamha! betul tu... jangan buat2 lupa, kan? :)
W/salam Yong Helli...
BalasPadammike ada dreba! :)
zeq...
BalasPadamramai sungguh orang berbaris untuk dapatkan saham tu, ya? (kakcik tak ada satu pun..)
Wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadamdeme idok nyimpan duit dalam beng ke gamoknye ya? :)
Zeq...
BalasPadamkete beso bukan semua orang boleh numpang! ;-)
TK...
BalasPadamwah! kalau dah duit boleh susun buat katil...bukan setakat LHDN je cari nanti tau! ;-)
Assalamualaikum Kakcik Seroja,
BalasPadamMungkin itu yang orang nak pandang, jadi itulah yang ditunjuk.
Takut-takut indah khabar dari rupa.
Wa'alaikummussalam KK....
BalasPadamsedihnya bila halal haram cara mendapatkan wang itu ditolak ke tepi...
hehehe, selalunya MLM yang dok tayang kereta2 mewah. tapi orang yang tayang kat kita tuh (orang bawahan) cuma naik motor jer & cakap meletup2 macam dia jer yang dapat kereta2 mewah tuh. huhuhuhu, sori lari tajuk sket. tapi ada gak kaitan kereta mewah ngan kekayaan kan? huhuhuh
BalasPadamangah tak ada kereta tapi ada rumah...hehehee
BalasPadameelobor...
BalasPadammasing2 ada impian... mungkin dengan bergambar begitu, menyuntik semangat agar impian jadi kenyataan! ;-)
Angah...
BalasPadamInsyaAllah, tak lama lagi adalah tu. :)
Kak Cik, teringat saya kepada kawan guru sama sekolah. Habis sekolah, bisnes sampai dua pagi. Pengasuh merungut kerana terpaksa menjaga anaknya sehingga dinihari ( dan selalu tak berambil ) sehingga Ahad pun hantar anak dan ambil anak hampir Subuh, anak bila demam, tak mau kat dia, nak 'mak' pengasuh...tau pulak dia merungut bila anak tak mau dekat dengan dia...
BalasPadamnanti kalau tak tunjuk kereta mewah orang tak percaya pulak. Kita ni mudah diperdaya ..
BalasPadamorang meniaga, gitu la ghopanya. kalau idok ditayang kereta mewah tu, idokla tertarik orang nak tahu dengan lebih lanjut pasal barangnya. kot la cek tu, kottt, hehehe
BalasPadamkak cik biar rumah kecik tapi kereta besar tak apa, lagipun kereta boleh dibawa ke mana2...makin besar kereta makin org kata kaya...
BalasPadamyg pasti kaya amalan berkat akhirat.
mendalam maknanya tu..
BalasPadammoga kita sama2 beringat..
tapi, kita tak de business lgi,berangan nak kaya ikut saluran yg betul....
tapi belum kaya lagi....doakan ye kak cik..huhu..
Cikgu Nurin...
BalasPadamagaknya kekayaan yang dikumpulkannya itu untuk siapa, ya? ;-)
Kakpah...
BalasPadamkalau dapat betul2, ok gak kan? :)
Dinas...
BalasPadammunkalo oghang yang 'celik', dah tahu taktik deme ghope itu, idok siyo nak dekat ghasenye... :)
Jun...
BalasPadamminyak mahal sekarang, lagi besar kereta - lagi banyak belanja! :)
Sal...
BalasPadamkalau jalanynya betul, kakcimdoakan impian Sal akan jadi kenyataan. :)
kakakku kakcik tersayang..
BalasPadambiar saya cerita ttg sayalah..
dalam masa lebih kurang 13 tahun bekerja, saya sudahpun bertukar kereta sebanyak 9 kali.. hebat? TIDAK !! Itu lambang kebodohan seorang yg tidak pandai beringat dan merancang.. Hari ini saya kenang semula dan saya berasa amat malu dan bodoh..saya belajar menyimpan dan terus menyimpan secara tetap melalui potongan gaji.. saya tak pernah ambil peduli pun sudah berapa banyak yg terkumpul kerana saya anggap seolah2 saya membayar hutang.. mungkin pencen nanti baru saya check..
siapa kata yg berkereta besar itu tanda kejayaan ? saya boleh buktikan bahawa kebanyakannya hanyalah 'wayang'.. saya setuju dgn bujalX dan kak Queenie..
saya selalu komen panjang2 kat sini.. takpe ke kakcik hihihi..
BalasPadam1. tayang kereta
BalasPadam2. tayang not rm50 beripu2 keping
haiyaaa... *tepuk dahi
alangkah mudahnya hidup diorg kan
eh..
BalasPadamencik ilham anak buah saya tu...
errr...
baru derejah satu! hihi
selamat pagi kakcik..
BalasPadamblog inilah buatkan ayu kembali nak berblog semula..
rindu dgn kakcik dan rakan2
PS; kakcik, usah di fikir ttg kekayaan yang sementara tu...apa yang ada untuk kita...kita tambahkan utk kesenangan keluarga jer...kan?
Adikku Samad...
BalasPadamDik Mad bertukar kereta bukan kerana ingin menunjukkan kakayaan atau kejayaan rasanya, tapi lebih kepada rasa ingin mencari kepuasan. Dan pastinya bukan dengan tujuan untuk 'manayang-nayang' dalam mana2 media, kan? Syukurlah akhirnya Dik Mad sedar dari kesilapan itu.
Kakcik tak kisah pun Dik MAd atau sesiapa nak buat/taip 'ulasan selari' yang sepanjang mana pun, kakcik tetap akan baca dan kakcik suka kerana maknanya blog ini tetap ada yang sudi membaca. :)
Dr. h4ni3...
BalasPadamitu luit aaaa... wa cakap lu... nampak macam bau kilang lagi ala looo... sesetengah aaa... ala getah kasi ikat...tada takot kena samun ka itu olang???
En Ilham tu mesti comel, kan? :)
Selamat pagi Ayu sayang...
BalasPadamselamat berblog kembali. :)
Sebanyak mana pun harta, tidak akan dapat kita bawa ke sana... betul tak? :)
semoga jadi ingatan utk kita juga....hidup xselalunya senang....
BalasPadammakcik tahu perniagaan apa. memang dorang tunjuk orang berjaya, mesti trademark kereta menjalar.ntah apa-apa.
BalasPadamkereta tu lambang hutang..he..he..
BalasPadamNzA...
BalasPadamberingatlah masa berada... :)
Cik Ina...
BalasPadambila dikatakan perniagaan itu tidak sah di sisi syarak, pandai pulak mereka melenting!
IM...
BalasPadambila hutang habis, kereta dah boleh jadi besi buruk!
Salam Kakcik
BalasPadamSorry dh lama x tinggal jejak.
Anak sedare saya dan kwn2nya siap melawak..amik gambar tunjuk duit mcm kipas dan tag kwn2..padahal tu duit kelas diaorg. Budak2 pun dah tahu makna kaya yg sebenarnya. Bkn hny pd material saje.
Kalau saya kaya, xnk tunjuk kaya. Nnt anak saya kne culik. Takut.. hehe
kalau dapat duit banyak hasil dari yg haram berjawablah kat sana kelak..tp ms tgh mewah mana nk ingat mati pun...
BalasPadamsyukur Allah masih mengurniakan rezeki untuk anak2
kita cuma mahukan hati sentiasa gembira dan ceria.
BalasPadamkekayaan bukan dilambangkan dengan benda... kalau tidur tak lena sukar juga hidup ni kakcik.
W/salam Sufia...
BalasPadambila nak mula buat catatan kat blog? Mesti ada cerita yang boleh dikongsikan, kan? :)
Kaya dengan harta tapi hati sentiasa curiga, susah juga...
Ida...
BalasPadambila dah banyak harta, nak ingat mati pun takut kalau tidak bertaqwa...
AM...
BalasPadamkebahagiaan itu yang lebih penting, kan? :)
Salam kakcik
BalasPadamKalimat yang masih dipakai sehingga hari ini. Bior pape asekan bergaye
W/salam AB...
BalasPadamish.. tak naklah sampai macam tu... :)
sy suka yg ini.. :)
BalasPadammimi...
BalasPadamterima kasih kerana suka... :)