Hari ini, adikku menghantar bapa untuk tinggal denganku buat sementara waktu. Bapa merungut-rungut hendak ke klinik. Konon katanya, dia tidak ada selera makan dan sukar hendak tidur.
Aku tahu sangat bahawa bapaku adalah 'peminat' ubat. Tanpa ubat, dia akan sakit sini sana. Tadi, aku dan adik membawa bapa ke Hospital Al-Islam. Doktor bertanya tentang apakah sakit bapaku. Aku jawab, aku tak tahu. Yang aku tahu, bapa aku hendakkan ubat. Doktor periksalah apa yang patut. Setelah memeriksa dan membuat ujian darah, nyata bapa tiada sakit apa-apa. Aku cakap pada doktor, bagilah apa-apa ubat atau vitamin asalkan bapaku puas hati.
Setelah mendapat ubat, bapa nyata gembira. Terus terbuka selera untuk menjamah makanan kerana doktor dah pesan, kena makan kalau hendak makan ubat. Balik ke rumah, aku buatkan bapa secawan kopi panas dan dua biji telur separuh masak seperti yang dimintanya.
Sementara menyiapkan hidangan di meja makan (mulanya aku membawa makanan tersebut ke sisi katil, tapi bapa kata hendak makan di belakang), aku dan adik yang berada di dapur sangat terperanjat mendengar jeritan bapa. Bila kami berkejar ke depan, kami dapati bapa terlentang di atas permaidani sambil terjerit-jerit. Aduh! menggigil lututku. Rupa-rupanya bapa terjatuh sewaktu mahu mengambil bungkusan ubat di atas kerusi. Tiada apa-apa kecederaan pun.
Setelah diberi ubat (yang sebenarnya vitamin), nyata bapa tidak berpuas hati kerana hanya dua biji yang perlu dimakan sekali sehari. Mahunya, ubat yang banyak dan dimakan berkali-kali sehari. Ya Allah, apa lagi harus aku lakukan? Takkanlah pula aku nak beri dia makan ubatku yang sangat banyak dalam simpanan itu....... :( :( :(
Aunty, sy baru pestaim jumpa citer macam ni. Selalunya saya dengar orang takut makan ubat tapi kali ni berbeza lak.
BalasPadamSalam Kakcik,kalau saya pun pening macam tuhhh..
BalasPadamRasa nya eloklah kakcik belikan dia supplement vit yg banyak di jual di farmasi2..
Salam saya ada cadangan kak cik..
BalasPadamKalau cam tu.. Kak cik belikan ubat makanan tambahan seperti gingko, spirulina.. Minyak ikan... semua ni tak memudaratkan kerana sebagai bahan tambahan untuk usia lanjut...
sebenarnya psikologi je ni...hehehhe takut juga kalau kita pun macam tu nanti...
kakcik kena pandai main psikologi la macam ni. tok saya pun macam tu jugak..terpaksa cari helah untuk kebaikan diorang. kakcik cari gula-gula yang seakan-akan ubat...boleh kot...huhu...
BalasPadamsabar ya kakCikS..
BalasPadamSalam kakcik
BalasPadamSaya setuju seperti saranan kawan-kawan yang lain. Kena pandai saikologi dengan peminat ubat. Semoga Allah permudahkan kakcik.
saya baca dari awal dan berkata dalam hati, di penghujung nanti mesti di tulis kisah dari tempat lain. rupa2nya betul2 berlaku eh? mama saya kat kampung pun berbakul2 ubat yang wajib kena pegi ambik bekalan di HUSM. memang banyak sangat, terpaksa sebab memang kena makan ubatt. begitu juga dengan bapa mertua pun still bertahan dengan ubat2 gak. saya lak, masih muda nie pun dah sakit sana sini gak. risau lak dengan kesihatan srg
BalasPadamaduhh... Kalau IM pun ngaflah jingga dibuatnya. Mujur ibu_suri tak gitu.
BalasPadamKena banyak sabar dan taici dengan bapa kak cik.
begitulah agaknya pengalaman perit adik kak cik!
baru pertama kali baca orang tua suka makan ubat, selalunya tak suka. Susah juga kalau mcm ni ya kakcik.
BalasPadamAyah Kak Cik suka makan ubat?..kena cari sesuatu, vitamin contohnya banyak kat farmasi, orang tua kena layan macam budak kecil..saya pun bergilir gilir dengan adik jaga ayah..tapi dah tak larat dah dia...mmg banyak kena sabar...
BalasPadamSemoga Allah berikan Kak Cik kekuatan dan kesabaran menjaga ayah Kak Cik.
kakcik.... sy sgt susah nk telan ubat. kalo sakit pun sanggup tdw jek, tknk makan ubat. pelik juga ayah kakcik suka makan ubt. rasa baik bg vitamin byk2 kot. hehe
BalasPadamkak cik beli je vitamin memacam jenis, untuk minda ke, tulang ke, kulit ke...
BalasPadamKak cik kenalah cari supplement yang sesuai untuk ayah. Kalau terlebih makan vitamin pun tak elok jugak.
BalasPadamWaduh kakcik..
BalasPadamfenin jugak ya...kena pandai main saikologi nih...mungkin betul gak ckp Marina Monroe tu...saya pun baru kali ni dgr kes camni...
Dulu adik ipar saya pernah citer, ada satu India jumpa dia nak dptkan rawatan...komplen sakit lutut sakit kepala..pastu dia bising2 marahkan doktor lama sbb tak pandai rawat dia, sakit part lain check part lain...komplen dia.
Adik ipar saya faham masalah India ni, dia pun letaklah stethoscope tu kat lutut dan kepala India tu... punyalah sukanya India tu, dia ckp : "hah! ini macamlah baru betul punya doktor! dulu bodoh punya doktor..saya ckp kaki juga sakit tapi dia dada juga kasi check...tara baca punya doktor!!"
merawat org sakit ni nak kena byk2 sabar dan pandai main saikologi kan kakcik kan...
Kak chik , belikan makanan kesihatan contoh spriluna, atau vitamin yang terbaek dari produk Alken. Menjaga orang tua ni perlu tahap kesabaran yang tinggi, makcik dah rasa dah. cam tambah dosa je.apa nak wat kak chik sementara mereka ada, jagalah.
BalasPadamKakpah selalu berkata pada anak2. Mak selalu berdoa sekiranya umur mak panjang mak tidak mahu menyusahkan korang.
BalasPadamDah adat orang tua agaknya kakcik. Mungkin mahukan perhatian anak-anak. Kakcik belikan sajalah supplement yang banyak di farmasi tu.
ayu tinggal dgn FIL dan MIL..
BalasPadammemang mereka juga peminat ubat..
en zalie pun sama...
seorang 1 beg...bukan kecil..tapi besor....(bekas beg MILO, percuma)
PS: hati2 kakcik...moga dijauhkan yang bukan2 pada abah kakcik..pesanan ayu kalau abah mmg suka ubat..belikan produk kesihatan seperti ELKEN atau yang biasa2..
ishhh...parah ni....ada juga yg suka ubat...kalau jebat....tak suka tapi terpaksa...
BalasPadamsabar jelah akak.
BalasPadambapa akak peminat makan ubat, arwah fil saya dulu, tak suka sgt makan ubat, puas paksa, puas pujuk, sampai akhirnya kami hantar g hospital, senang ckit dipantau kat sana....semua tu dah tinggal kenangan
Saya malas telan ubt. Hari2 saya malas
BalasPadamada jugak ye org suke mkn ubat? sy x suke.. hm.. mungkin kak cik patut beli banyak0banyak vitamin kot.. :)
BalasPadamLaaa... blh kata mcm ketagih ubat ni Kakcik. Bersabolah ya Kakcik, bertambah tua Ibu & Bapa, semakin kebudak-budakan sifat mereka kan?
BalasPadamContoh Mak saya udah 70thn umonya, tapi kalu anak2 saya mkn aiskrim, diapun turut sama mkn - begitu juga jajan. Mujor ujian darah baru2 ni kolestrol aje tinggi, diabetis dah ok - berkat mengamalkan Hempedu Bumi & Misai Kucing yg ditanamnya sendiri.
Kakcik, semua tu ujian kecil tanda sayang Allah agar kita mengumpul pahala. Esok lusa apabila yg tersayang 'pergi' meninggalkan kita, pasti kita terasa-rasa...
Meh kita berpantun org tua :-
Keropok, aiskrim, kacang & roti
Semua teringin, mesti mau rasa
Walaupun 'pagar' roboh tinggal gusi
Dikemam-keman, ditelan jua
Theheheheeeeeee....
Ya Allah.. moge disaborkan ati kakakku ini utk menghadapi dugaan2Mu .. amiinnnn!
BalasPadamku mohon agar kakak tabah menjaga ayah kakak ye
BalasPadam:)
memelihara orang tua perlukan kesabaran berganda .. saya faham kerana mertua saya yang berumur lebih kurang 80 tahun, sudah hampir setahun tinggal bersama saya.
BalasPadamAnitafasya...
BalasPadambapa auntie tu, kalau boleh 24 jam dia nak makan ubat!
Salam Pn Nani...
BalasPadamadik kakcik dah pernah cuba belikan dia supplement, tapi dia tak berkenan - dia nak 'ubat dokotor'...
Ros...
BalasPadamkakcik juga bimbang andai satu hari nanti, kakcik juga akan jadi macam tu...
Siti...
BalasPadamitu yang kakcik fikirkan... nak cari sesuatu yang 'seperti ubat tapi bukan ubat'...
Tinie sayang...
BalasPadamwalau tidak banyak kesabaran, tapi kakcik sangat berharap agar kakcik boleh terus sabar...
Ariff...
BalasPadamiya, mudah2an Allah kurniakan kakcik kesabaran kerana kakcik ini sangat baran orangnya...
eelobor...
BalasPadam'ini bukan cobaan, ini betol-betollll...'
Subhanallah walhamdulillah walaillahhaillallah.... Astaghfirullahhilazim....
IM...
BalasPadamadik kakcik itu lebih sabar berbanding dengan kakcik. Inilah dugaan yang Allah beri untuk kami...
~ yus ~...
BalasPadamdah bahagian masing2....
Cikgu Nurin...
BalasPadambapa kakcik suka ke klinik dan bertemu doktor. Dia memang sangat suka dengan ubat, seolah2 tanpa ubat - kita sengaja nak suruh dia sakit! :(
Cyana...
BalasPadamsemalam doktor bagi dua jenis vitamin untuk dimakan sekali sehari - pukul 4 pagi tadi, dia minta 'ubat' ... aduhai...
Sya...
BalasPadamkakcik tak berani nak beli 'suka2', nanti tak sesuai - lain jadinya! :(
AzMask...
BalasPadamnantilah kakcik pakat dengan adik2 - ubat yang bagaimana yang boleh kami beli untuk bapa...
Q...
BalasPadampernah adik kakcik bawa bapa ke klinik dan minta doktor beri suntikan padanya (suntikan vitamin), wah... bukan main sukanya dia - terus rasa segar gitu!...
Kakcik rasa kakcik pula yang dah nak 'mereng'...
Cik Ina...
BalasPadambab tambah dosa tu, jangan cerita - memang rasanya dah senget bahu kiri memikulnya... :(
Kakpah...
BalasPadamkakcik pula selalu cakap denga suami dan kakcik berdoa juga, janganlah waktu tua (sekarang pun bukan muda lagi) kakcik nanti sampai menyusahkan anak2 dan membuatkan mereka berdosa kerana karenah kakcik...
Ayu...
BalasPadamkakcik dan adik2 bawa bapa ke klinik (kalau tengok LAKUNANnya di klinik, orang akan rasa macam dia perlu dimasukkan ke wad) untuk dapatlan ubat kerana itu yang dia mahu...
jeBateja...
BalasPadamkita makan ubat ikut keperluan, buat kerana suka-suka nak makan...
Su...
BalasPadamkalau mampu, memang kakcik masukkan bapa ke wad sahaja (bukan nak lepaskan tanggungjawab) supaya teratur waktu makannya sehingga dia benar-benar pulih. MAsalahnya, bila keluar wad nanti, dia mahukan layanan seperti di hospital (tentunya hospital swasta)...
Zeq...
BalasPadamkalau tiada keperluan buat apa nak telan...
Mimi...
BalasPadambukan tak nak beli, takut pula nanti tak serasi dan bapa akan sakit hati...
Liza...
BalasPadamarwah mak kakcik dulu pun macam tu - dia kata dia tiada selera makan, tapi pantang nampak budak2 makan, mesti dia nak sama...
Ujian ini sebenarnya untuk menambahkan pahala, tapi kakcik rasa kakcik hanya mengumpulkan dosa....
AzeedA...
BalasPadamteman aminkan sahaja doa mike tu. Aminnn...
Intan...
BalasPadamterima kasih untuk doamu dik...
Kanda AL...
BalasPadambapa kakcik dah masuk 83 tahun... Semoga kami adik beradik tetap sabar walaupun kesabaran itu turun naik tahapnya...
*senyum...
BalasPadamsambil terbayang.. mesti comel jer dia berlakon sakit tu :)
memang susah nak jumpa pakcik2 yg suka ubat ni
yg selalu saya jumpa, bila bgtau kena refer ke hospital, mula la bergenangggg ayaq mata :))
Dr h4ni3...
BalasPadammesti biasa jumpakan? Oh! bapa kakcik sangat suka kalau dapat masuk wad tambah2 lagi duduk bilik seorang - macam orang kaya, gitu!
macam macam hal dalam hidup ni ya.
BalasPadamKakcik, beli supplement tapi buh dlm plastic ubat klinik, he he he cuba lah kot2 dia mahu makan..
BalasPadamPn Nani...
BalasPadamnanti saya cuba buat macam tu...
AM...
BalasPadamitulah namnya kehidupan...