Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 Mac 2011

Bersyukurlah dengan rezeki yang ada...

... dan kita belum sampai meminta-minta
namun ada juga yang meminta bukan kerana 'tiada'
tapi hanya sekadar bersuka-suka
simpan yang sedia ada
bergembira dengan yang percuma

ada juga yang memang tiada apa-apa
lalu bersyukur pada yang sudi menderma...

Sarapan pagiku

Makanan tengahariku
Mereka yang sabar menunggu

Berbaris walau hanya meja kosong yang terbentang (lama juga mereka begitu)

Akhirnya tiba juga rezeki yang dinanti

adakah sesiapa yang dapat meneka, benda ini sebenarnya apa?












nota hati : masih terasa pedih dan ngilu kesan rawatan yang dijalani semalam.



50 ulasan:

  1. selamat pagi kakcik.....

    alhamdullilah, setiap rezeki itu pasti yang terdiri dalam golongan yang halal...

    senang hati ayu kakcik bersiaran....semoga kakcik sejahtera dan sihat2 selalu.....

    tabahnya hatimu wahai kakakku.....walau sakit dan bisa dengan peristiwa semalam...
    truskan hari ini dengan senyum dalam kesedihan..
    kerana orang yang terpilih sahaja yang dipilih olehNYA...

    sayang kakak.....

    BalasPadam
  2. PS: gambar tu ala-ala tingkap/langsir ker?? maaf...awal pagi mata blur gitu

    BalasPadam
  3. Selamat pagi Ayu...

    Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memeberi kita kesempatan untuk bersua di maya ini. Mungkin kalau ada catatan selepas ini, ianya adalah catatan 'auto publish' dan kakcik tidak berkesempatan menjawabnya dalam sehari dua ini...

    Semoga Ayu tetap sihat dan ceria selalu. :)

    BalasPadam
  4. Kak chik dah sihat ke ? Kak chik kat hospital lagi ke?

    BalasPadam
  5. Ayu...

    hehehe... nanti kita tengok apa pula jawapan kawan-kawan kita yang lain. :)

    BalasPadam
  6. Cik Ina...

    kakcik dah discaj tapi doktor bagi kakcik cuti samapi hari ini (kakcik tak minta pun). Esok kakcik memeng dah mohon cuti dari pejabat. 'Prosedur' yang kakcik lalui semalam memang masih terasa ngilunya sampai saat ini...

    BalasPadam
  7. as'kum ibu

    wah..nampak begitu menyelerakan menu pagi hari ini.

    saya cuma minum coklet panas dgn sup saja.

    BalasPadam
  8. W/salam Azween...

    itu sarapan pagi ibu di hospital semalam. :)

    BalasPadam
  9. semuga kakcik sehat.

    gambar langsir dari pndangan luar tingkap ye kakcik. langsir hospital?

    BalasPadam
  10. Kak Cik buat rawatan apa ye, kalau boleh saya tau...?sebut hospital ni,saya pulak yg terasa-rasa ngilu..macam serik dok kat hospital...
    Harap Kak Cik sabar dan saya doakan Kak Cik cepat sembuh...:)

    gambar langsir tingkap....

    BalasPadam
  11. Ya Allah....semoga aku terus di beri hidayah dan tergolong dalam golongan orang yang mensyukuri nikmat-Mu.

    Alhamdulillah....syukur dengan rezeki yang telah di kurniakan.

    BalasPadam
  12. Kakpah...

    Alhamdulillah - kakcik sihat. Cuma ngilu je!

    Itu bukan gambar langsir. Nanti-nanti kakcik beritahu, ya? :)

    BalasPadam
  13. Kalau lihat bentuk sarapan macam stail hospital je... Kakcik pergi bertugas keluar atau masuk hospital lagi nie?

    Doa kakak moga kakcik sihat dan boleh manjalankan tugasan seperti biasa.

    BalasPadam
  14. Cikgu Nurin...

    rawatan yang berkaitan dengan wanita. Maklumlah diusia senja ini, kesihatan kena juga diambilkira. Mulanya memang nak buat tak tahu sahaja, takut pula nanti mudaratnya tidak terduga. Terima ksih untuk doa.

    Nanti kakcik beritahu pasal gambar tu... :)

    BalasPadam
  15. Eelobor...

    Alhamdulillah, biarpun tidak mewah sekurang2nya kita masih dikurniakan rezeki, kan? :)

    BalasPadam
  16. Kakzakie...

    kakcik dah keluar dari hospital. Malam nanti baru akan keluar daerah pula. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  17. semoga cepat sembuh kak cik...& semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  18. KakCik di hospital lagi....
    Moga cepat sembuh ya kakCik.

    Ya, syukur dengan nikmatNya yang banyak, yang kekadang kita tidak sedar kita sedang diberi nikmat, kecuali setelah nikmat itu ditarik balik oleh pemberi pinjam nikmat-Nya (sekadar memetik ayat terakhir dari entri semasa saya)

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum Kakcik,

    Pertamanya, maaflah tak tau kakcik tak sihat sebab kak ani sendiri pun dah lama tak masuk rumah sendiri kerana kesihatan juga. Apa pun doa akak semoga kakcik diberi kesihatan yang baik dari Allah.

    Dari pembacaan N3 yang lepas yang akak baca, boleh agak sakit yang kakcik sedang lalui.

    BalasPadam
  20. salam akak..

    alhamdulila atas rejeki dan nikmat yg ada..

    akak,yg bwh sekali tu gambau ape..hehe

    BalasPadam
  21. assalammualaikum kak cik..

    Ila doa kan agar kak cik pulih seperti sediakala..

    jaga pemakananan dan kesihatan ye kak cik....

    BalasPadam
  22. Pida...

    Terima kasih Dik. Semoga Pida juga sihat serta ceria sentiasa. :)

    BalasPadam
  23. Mungkin dapat ku teka procedure yang kakcik lalui.
    Anyway,semoga sihat kembali.take care.

    BalasPadam
  24. ckLah...

    kakcik dah keluar dari hospital. Tiadalah yang membimbangkan sangat, cuma rawatan biasa yang janganlah hendaknya memberi keputusan 'luar biasa'. InsyaAllah, minggu depan akan tahu hasil dari ujian yang dijalankan.

    Ya, seringkali kita sedar akan sesuatu nikmat bila kita kehilangannya...

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    semoga kesihatan Kak Ani semakin baik. Kalau kita tidak diberi sakit, kita tidak tahu indahnya tubuh yang sihat, kan?

    Semoga Allah sentiasa merahmati kita. :)

    BalasPadam
  26. Wa'alaikummussalam Ila...

    terima kasih, dik. Semoga Ila dan keluarga juga dianugerahkanNya dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang berterusan. :)

    BalasPadam
  27. CCC...

    Syukur Alhamdulillah atas limpah kurniaNya.

    Tentang gambau tu - nanti kakcik bagitahu, ya? :)

    BalasPadam
  28. Cikgu...

    hehehe... TST ek? Terima kasih Cikgu. :)

    BalasPadam
  29. kakakku kakcik..
    kebanyakan daripada kita tahu bahawa tangan yag memberi itu lebih mulia drpd tangan yg menerima.. aneh, ramai memilih utk menjadi tangan yang menerima..

    moga kakik segera sembuh.. betullah agakan saya..

    BalasPadam
  30. assalammulaikum kakcikku..
    alahaii ampun kak..kaseh taktau akak admited.. :( sorry kak..akak ok dah ke skang ni? moga kakcik cepat sembuh...

    BalasPadam
  31. teringat kawan IM yang selalu berkata;

    "Ini sahajalah rezeki saya untuk pagi ni, IM"

    BalasPadam
  32. salam,

    semoga apa pun rezeki yang datang kpd kita, mendapat keberkatan dariNYA.

    BalasPadam
  33. Adikku Samad...

    memang betul. Ramai yang lebih suka menerima dari memberi sedangkan memberi tidak akan menjadikan kita miskin.

    Apa agaknya agakan Dik Mad terhadap kakcik, ya? :)

    BalasPadam
  34. Wa'alaikummussalam Kaseh...

    Kakcik tak apa2. Kalau masih boleh berblog dan berbw tu, kiranya kakcik masih ok. Hehehe...

    BalasPadam
  35. IM...

    Alhamdulillah, tetap ada rezeki untuknya. :)

    BalasPadam
  36. MLD...

    salam kembali. Dia tidak pernah lokek, kan? Cuma kita sahaja sering terlupa untuk mensyukurinya.

    BalasPadam
  37. Memang patutu bersyukur. Belum tentu apa yg kita dapat hirup hari ni jaminan esok hari.

    BalasPadam
  38. kakcik cucuk lutut yer?
    hehe.. pandai2 jer buat spekulasi
    semoga cepat pulih seperti sediakala ye kakcik :)

    BalasPadam
  39. bersyukur dengan rezeki yang ada.. anyway semoga cepat sembuh kak..

    BalasPadam
  40. as salam kakcik,

    dimana ni..

    di hospital kah?

    kakcik ke yang sakit...semoga cepat sembuh ye..

    ati teka langsir tingkap

    BalasPadam
  41. kak cik masih kat hospital ke, moga kak cik cepat sembuh ok
    betul tu kak cik, bersyukur dgn apa yg kita ada, byk lagi yg susah nun diluar sana

    BalasPadam
  42. Yan...

    betul. Kadang2 dah hampir sampai ke mulut pun boleh jatuh ke bumi kalau bukan rezeki...

    BalasPadam
  43. Dr H4ni3...

    cucuk lutut? hehehe... ;-)

    BalasPadam
  44. Amy...

    tidak salah kita menambah rezeki yang ada, asalkan tahu berpada2... :)

    BalasPadam
  45. Ati..

    kakcik ada di rumah ni. Bukanlah sakit - cuma ada yang perlu diberi perhatian agar kudis tak jadi barah! :)

    BalasPadam
  46. Su...

    kakcik ok je ni.. ngilu dan pedih tu sesekali terasa. Syukur kerana kita masih berkesempatan mewarnai dunia. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com