Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 November 2010

Tolong garukan belakangku...

rupanya tanganku tak cukup panjang
kiranya kukuku tak cukup tajam
namun - aduh! gatalnya tidak terucap

tolonglah tolonglah
garukan belakangku ini
dinding itu terlalu kasar
nanti calar belakangku yang gebu

tolonglah tolonglah
tiada siapa lagi yang dapat membantu
hanya kamu yang dapat kuharap
sebelum gatal ini menjadi kurap
sebelum aku terlompat-lompat

maafkan maafkanlah
andai selama ini kau kupandang sepi
hanya kerana tanganmu yang kematu
hanya kerana kulitmu yang tidak gebu

maafkan maafkanlah
kini aku amat memerlukan bantuanmu
baru kusedar kiranya
belakangku sendiri
tidak tercapai oleh tanganku....



30 ulasan:

  1. ada maksud tersirat ni kan kakcik...antara kita mmg saling memerlukan..saya agak aje..hehe

    BalasPadam
  2. salam..kebetulan..entri saya hari ini juga mengenai tolong..tolong menolong amalan mulia

    BalasPadam
  3. Salam SN...

    memang pandailah cikgu ni... :)

    BalasPadam
  4. Salam Sahrom...

    tiada ruginya amalan tolong menolong, kan? (walaupun menolong anjing yang tersepit!) :)

    BalasPadam
  5. Salam Kak Cik,

    hari ni ok pulak kak..

    gunakan cara Angah..

    'dinding oh dinding'

    hehehe...

    BalasPadam
  6. Salam Reen...

    garu kat dinding takut luka pulak nanti! :)

    BalasPadam
  7. Seperti cubit peha kiri
    peha kanan terasa sakitnya kan kakcik :)


    moga kakcik sekeluarga sihat hendaknya ..

    BalasPadam
  8. Salam LiNda yang manis...

    Sdemoga LiNda dan keluarga juga sentiasa sihat dan ceria... :)

    'tidak akan kemas genggaman sekiranya satu jari tiada...'

    BalasPadam
  9. Salam KakCik

    Garfu dapat menolong menggaru bagian2 yang tak tercapai dek kuku/tangan..

    Mungkin amalan tak elok tapi bila terpaksa, pandai2lah 'make do' dengan apa yang kita ada.

    *tamsilan kononnya tu*. Kita tak reti tulis ala madah. Seadanya aje :-)

    BalasPadam
  10. kita saling memerlukan..

    betul ke idak ni kakcik?

    BalasPadam
  11. Salam CS...

    walaupun menggunakan garfu.. maknanya kita tetap mengharapkan bantuan, kan? :)

    (weh.... mana kakcik punya kek pisang ni? hehehe... macamlah ada buat tempahan pulak!)

    BalasPadam
  12. Salam Kakzaa...

    betulllllllll..... kita takkan boleh berdiri andai tiada landasan untuk dipijak, kan? :)

    BalasPadam
  13. KakCik
    Kita koner balik kesini...
    Betul... kita nih lemah, mmg tak boleh 'berdiri dengan sendiri'.

    *berbisik* ingat nak buat bingka pithang pulak. Jemu gak makan kek aje, kan? hehe.

    BalasPadam
  14. CS...

    bingka pisang??? nakkkkk.... apa rasanya, ek? Selalu makan bingka ubi je.. :) (nak alamat untuk pengeposan tak? hehehe...)

    BalasPadam
  15. slm kakcik :)
    bukak je blog ni dh ghase gatey kt blakang apekehey? gatey menghonyam ni.. kakcik tlg garuk plis?

    BalasPadam
  16. Salam AzeedA...

    meh sini...kakcik gaghu dengan sikat... :)

    BalasPadam
  17. (sebenarnya saya tgh sibuk ni kakcik, saja nak release tension jap)

    seperti aku di sini
    tak mampu lihat telinga sendiri
    walau berpusing berkali-kali
    pusing lagi sampai ligat
    sampai tersimpul urat belikat

    ah, aku perlukan cermin itu
    baru lah telinga dapatku tahu
    besar, leper atau kematu
    kekadang dipanggil orang aku wat taktau....
    nak dikata pekak kang aku gerutu...

    nasib baik ada cermin
    tak kalu dalam air jer aku perati
    main bayang2 sendiri
    macam citer masam2 manis P. Ramlee

    tu pun kira ok ada air
    tak kalu aku tunggu cahaya dlm gelap..
    main ler ngan bayangan kelam
    semua telinga kelihatan hitam...

    Eish, dah lar! tak habis2... kerja nimbun lagi nih!. dah ler tak tidur berejam2....kang sambung balik eh? - Q.

    BalasPadam
  18. Salam Q...

    kakcik suka... suka sangat dengan gurindam Q ini...

    Siapalah kita,kan? sedangkan hidung sendiri (kecuali hidung mancung) pun tak terlihat dek mata, apatah lagi telinga!

    Teruskan urusanmu Q.. kakcik tetap menunggu tanpa jemu. :)

    BalasPadam
  19. Beli aje pengaru buluh yang ada jari tu :)

    BalasPadam
  20. salam kakcik....

    tersirat dan tersurat betul n3 kakcik hr ni....


    yang tersurat...saya paling xsuka bila nak garu belakang tak sampai tapi gatal bebeno hihihi

    BalasPadam
  21. Salam AAP...

    lepas tu tak sedar belakang dah bercalar dan berdarah, kan? :)

    BalasPadam
  22. Salam Mimi...

    dah terlampau gatal sampai terlompat2... hehehe... ;-)

    BalasPadam
  23. assalamualaikum~~

    kakcik~~saya lepak sini jap ye~~

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam Bujal X...

    silalah.. :)

    BalasPadam
  25. ade maksud yg tersirat & tersurat..terutama dalam bab2 kehidupan seharian..

    selagi hidup bermasyarakat, selagi itu kita disuruh bertegur sapa..kenal jiran2 dan jgn menyombong yg akhirnya merugikan diri sendiri

    nnti bila dah susah, sendiri jugak yg rasakan..

    BalasPadam
  26. teman kalo kate2 besulam makne2 tersighat ni.. abih ati teman.. bekenan yaamat.. tahniah kakcik..baguih n3 ni

    BalasPadam
  27. Salam MDT...

    betul... kita tak mungkin dapat hidup bersendirian tanpa memerlukan kebergantungan kepada insan lain (insan itu tidak semestinya manusia)... :)

    BalasPadam
  28. Salam Yop Samad...

    teman ni memang ghope itu.. gemo bemain dengan kata2... (entoh2 teman sendighi tak paham... hehehe..)

    Tapi... idop ini tak mane seghonuknye mengkalo idok bekawan, ye dok? :)

    BalasPadam
  29. SALAM,
    KAKCIK TAK KAN JADI MACAM IKAN ! KALAU JADI IKAN PUN, JADI IKAN EMAS. ORANG TAK GORENG, ORANG TAK SIMPAN DALAM PETI AIS.

    BalasPadam
  30. Salam Dato'...

    mungkin saja saya seperti ikan - yang diperosokkan jauh2 ke dalam peti dingin beku! Tapi.. saya redho. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com