Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 November 2010

Konon berkatalah sang ikan...

saat kau masukkan aku
ke dalam peti dingin beku
telah pun ku tahu
aku akan keras dan kaku

nanti-nanti kalau kau tidak lupa
kau keluarkan aku segera
lalu kau gulai bersama santan dan lada
mungkin manisku masih dapat kau rasa

esok-esok andainya kau terleka
kau tolak aku jauh ke dalam sana
dan aku pun terpinga-pinga
menanti dikeluarkan entah di saat mana

hari berganti minggu
tiba-tiba kau teringatkan daku
kau keluarkan saat tubuhku membeku
lalu kau rebus di atas tungku

kau mula mencicip-cicip
sambil mulutmu berdecip-decip
serasa ingin kau memaki-maki
kerana isiku tiada rasa lagi

cubalah kau renung kembali
mengapa aku jadi begini
akukah yang memilih untuk membeku di peti
atau kau yang kejam tanpa simpati.......


24 ulasan:

  1. salam kakcik..sungguh puitis..bila sy baca puisi ini terus saya melayang minda pada blog cikgu ahmad humairi..sy begitu merindui puisi dia..benarkah dia nak benti blog?? saya rasa mcm satu kehilangan seorang blogger hebat mcm cikgu ahmad humairi...

    BalasPadam
  2. Salam Sahrom...

    itu yang kakcik pelik tu... kenapa tiba2 je dia berhenti berblog? Adakah beliau berangkat ke Tanah Suci? Bagaimanapun, kita doakan segala yang terbaik buatnya. :)

    BalasPadam
  3. sajak ikan... hmm, lepas ni buat sajak ayam kampung pulak kak (liat tapi mahal) hehe.

    BalasPadam
  4. ikan oh ikan... wah kak cik sampai macam tue sekali ye kak cik ikan pun jadi berpantun ye.... hehheee

    BalasPadam
  5. Salam KOG...

    nanti nak fikir fasal ayam la pulak... pastu pasal kucing.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  6. Salam Angah...

    kadang2 idea tu datang sesedap rasa je... :)

    BalasPadam
  7. Kalu lah boleh mendengar segala kata-kata ikan tu, tak termakan dek kita dibuatnya....

    BalasPadam
  8. Salam Azie...

    siap raung tangis lagi, kan? ;-)

    BalasPadam
  9. so moralnye lpeh beli toksah simpan lame2 ye puan2 ehhehe.. :)

    BalasPadam
  10. Salam AzeedA...

    kalo dah lama, nanti dia 'medak'.. hehehe.. :)

    BalasPadam
  11. ikan oh ikan
    mmg sedap di mkn
    di gulai dgn santan
    di sambal dgn kantan...

    salam kakcik
    manje suke makan ikan
    buat asam pedas ...(^__^)

    BalasPadam
  12. sekor ikan lagi menyambung bicara...

    ku sangka kau bahagia di situ
    berhawa dingin bilikmu tentu
    nasibku pula dihentam ditaram
    pedih perih berlumur garam

    nak diapakan aku ini
    dijemur dibawah terik mentari
    habis kering garing berdenting
    ku diangkat dihempas dibanting

    hairan, dudukku kini jelas ketara
    politik apakah punya angkara
    kalu dulu aku santapan simiskin
    kini istana, hotel pun mungkin

    bila dicampur dengan kangkung
    atau nasi goreng kampung
    nilai ku tetiba melambung
    tak menentu, terapung-apung

    kalau tidak cukup duit
    jangan padaku hendak mengenyit
    itulah beza engkau dan aku
    simasin dan sibeku.....

    ini semua manusia punya hal
    haloba memaksa simpati dibatal
    oklah kakcik...mataku terasa semakin tebal
    nak masuk ke bilik mencari bantal..
    keh3....ngantux da....nk qadha jap jer....

    BalasPadam
  13. mmmm....dulu fa selalu buang ikan2 yg dah terlampau lama. Sekalang kena jimat oooo..haleger balang sumer sulah naiikkk maaaa...hehe

    BalasPadam
  14. puitis. tapi kelakar.

    baik buat ikan kering je kan ikan tu? ngeeee

    BalasPadam
  15. Saya jarang simpan ikan ..beli terus masak..sebab kedai lauk pauk depan umah je...
    w/pun ikan medak tak sedap di gulai tapi puisi ikan kakcik memang sedap...

    BalasPadam
  16. Salam manje...

    semalam kakcik buat masak asam pedas ikan kembung + terung.. :)

    BalasPadam
  17. KakCik

    I lebih suka masak daging/ayam tapi boss suka ikan. Dia suka ikan kecik, chef suka ikan yg siap dipotong keping2 tu sbb chef tak sker berinteraksi dengan isi perut ikan (ngader ek?). Anak2 pulak memilih, ada ikan yg katanya hanyir..

    Chef

    BalasPadam
  18. Salam Q...

    memang kakcik nantikan komen darimu
    kerana kutahu kemampuanmu
    rupanya kita ini sama senasib
    diperkotak katik mainan politik!

    Selamat beradu Q... mimpikan yang indah2 di hari kelahiranmu... :)

    BalasPadam
  19. Salam Fa...

    wooo.. kena jimat banyiak oooo... itu halege minyak sula naik walopun 5 sen, nanti semua balang ikut naik halege - termasuk balang kuih maaa... hahaha... :)

    BalasPadam
  20. Salam Salmi...

    andai ada yang mengerti - puisi itu adalah bayangan kepada apa yang mungkin terjadi pada diri ini! :)

    ikan medak boleh buat pekasam, kot..

    BalasPadam
  21. Salam gB...

    seperti puisi Queenie.. dibuat ikan kering dan dimasak serta dihias cantik - akhirnya menjadi hidangan yang amat berharga! :)

    BalasPadam
  22. Salam CS...

    kalau ikut anak-anak, memang ayam yang jadi pilihan. Daging boleh tolak ke tepi. Ikan pula, mereka lebih rela makan ikan sardin dalam tin tu dari ikan basah yang digulai.. Tapi, BS sangat suka ikan pari bakar (sebab katanya ikan pari tak banyak tulang).. :)

    BalasPadam
  23. hahaha..
    gelak sebab kena kat batang hidung sayalah kak...


    bila nak clearkan peti sejuk tu baru lah nampak ikan itulah, inilah...

    BalasPadam
  24. Salam Reen...

    yang dah keras sampai boleh buat senjata pun ada agaknya, ya? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com