Kawan-kawan kakcik

Selasa, 2 November 2010

Sepetang di rumah teman...

1/11/2010 -  Selepas suami selesai bertugas, kami menerima jemputan dari sepasang suami isteri untuk bertandang ke rumah mereka di pinggir bandar Alor Star.  Untuk masuk ke halam rumah mereka, kami perlu melalui jalan sempit di antara sawah padi.  Jujurnya, aku memang merasa sangat 'seriau' melalui jalan tersebut.  Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah perjalan kami pergi dan balik dilindungi Allah dari sebarang bencana.

Teman ini memelihara berbagai jenis ternakan seperti lembu, burung unta, ayam, arnab dan beberapa jenis haiwan lagi.  Sudah tentu BS sangat teruja melihat semua jenis haiwan tersebut.  Kedudukan rumah ini juga sangat tenang, cantik dan mendamaikan.  Di hadapannya, sawah padi milik tuan rumah yang saujana mata memandang dan di belakang terdapat sungai yang mengalir lesu.








24 ulasan:

  1. Salam kakcik :)

    Umah tepi sawah mmg syok...dulu masa program anak angkat kat perlis umah keluarga angkat btl2 tepi sawah...seronok btl

    BalasPadam
  2. KAKCIK, saya teringat kampung saya yg penuh dgn sawah padi. Lama tul tak tengok, tak jalan di batas bendang..

    oh bestttt. Untung KAKCIK dapat sampai situ.

    BalasPadam
  3. salam mama
    amboi......
    beshnya..
    mama sihat???

    BalasPadam
  4. Salam Kak Cik,

    Wah...bestnya kak..

    Memang teringin sangat nak ke rumah yang macam tu..

    Lebih-lebih lagi kalau masa padi menguning..

    *dari kecik teringin nak tengok..

    BalasPadam
  5. Salam Mimi...

    memang teruja melihat suasana itu... :)

    BalasPadam
  6. Salam Azie...

    kakcik tak 'turun' ke sawah (tak macam dua beranak tu) sebab hujan dan kakcik tak bawa pakaian ganti (dua beranak tu, kakcik bawakan pula!) :)

    BalasPadam
  7. Salam Cheqna...

    mama baru balik dari hospital (sakit kepala yang teramat) dan diberi satu suntikan (belum begitu lega ni..)

    BalasPadam
  8. Salam Reen...

    kami dah dapat tawaran untuk menginap di rumah (banglo) tersebut andai datang lagi ke Alor Star dan tak perlu menyewa hotel.. jom la.. :)

    BalasPadam
  9. kakcik... bestnya ada burung unta. erm.. kt situ tk naik air lg ka?

    BalasPadam
  10. Salam Cyana...

    Naik juga - tapi cuma dalam bendang dan sungai.. tak sampai kat laman.. InsyaAllah, Ahad hingga Rabu depan (7-10/11) kakcik ada kat Penang (Evergreen Laurel Hotel), kalau berkesempatan bolehlah kita jumpa kat Tanjung, ya? :)

    BalasPadam
  11. woi...woi...rumah tepi sawah tu..
    Kakcik dah balik...Utara banjir dan angin kuat memang teringat kat kakcik...apakhabarlah kakcik kat sana..
    Dah selamat sampai Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. Best nye..
    Suasana kampung, tepi sawah lagi..
    Siap ada ternakan ala-ala mini zoo..
    Sana tak banjir ke?

    BalasPadam
  13. Salam kakcik...

    Alhamdulillah dah selamat pulang, kakcik sakit kepala? kena minum air secukupnya kakcik...

    Macam tak percaya masih ada tempat sedamai itu....kampung saya dah 'hilang' semua tu...sawahh padi tempat saya berlatih soprano tu dah kering kontang, terbiar tak terurus, sebab anak2 muda dah lari ke bandar..yg tinggal cuma org2 tua yg dah tak larat nak pegang cangkul lagi....

    terasa sayu bila tengok gambar2 tu...jaga diri kakcik, cukupkan rehat dan minum air banyak2 ya. - Q.

    BalasPadam
  14. Ahhh... gua pun rindu jugak suasana bendang, mandi ayaq ban/tali ayaq.

    tahan taut, serkap ikan keli/puyu/sepat/haruan... perghhh rindunya zaman itu...

    kenapa kakcik timbulkan nostalgia ni... kakcik kejam...!!!!

    hahahaha...

    BalasPadam
  15. Salam Salmi...

    sepanjang perjalan berkereta, memang hati agak 'kecut'... hujan lebat dan angin, ada ketikanya sampai tak nampak jalan. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Nak ambil gambar pemandangan memang agak terhad.

    BalasPadam
  16. Salam Jamiel..

    ada tempat yang dilanda banjir.. hujan hampir 24 jam sehari semalam. Alhamdulillah, tempat yang kakcik pergi tu tak naik air sangat. :)

    BalasPadam
  17. Salam Sahrom...

    SP tu Seberang Prai ke Sg. Petani? :)

    BalasPadam
  18. Salam Q...

    memang sakit kepala teramat... Tak tahulah penyebab sebenarnya. Semalam dalam perjalanan balik, singgah makan di Kuala Kangsar, kuah gulainya manis macam kuah pengat! Aduhai...

    INsyAllah, nanti kakcik minum banyak2 semoga reda terus sakit ni. Terima kasih Q.

    Tempat itu memang damai sampai BS sanggup nak tinggal kat sana bila ditawarkan oleh pasangan yang baik hati itu! (Masalahnya, mak ayah dia sanggup ke berjauhan lama2 dengan dia? hehehe...)

    BalasPadam
  19. Salam Isa...

    hohoho... kakcik tak pernah merasai suasana itu di kampung kakcik tau... sampai hati kata kakcik kejam! hehehe.. :)

    BalasPadam
  20. sejuk mata memandang..seronoknya kalau ada rumah kat kawasan ladang..

    BalasPadam
  21. Salam Mizah...

    kakcik dapat 'menumpang' seketika pun rasa sangat teruja... :)

    BalasPadam
  22. Salam kak cik...

    saya sangat sukaaaaaaaaaa.... pemandangan yang sangat best.... terutama kat sawah tu...

    mujur mak mentua ada sawah..ila dapat bawa anak anak merasa ..... tengok macam mana pakcik dia tabur benih....

    cantik rumah kawan kak cik...

    BalasPadam
  23. Salam Ila...

    memang mendamaikan suasana sawah itu... terbayang2 ikan2 yang terdapat dalam sawah (tapi kakcik takut dengan pacat dan lintah)... seronoknya.... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com