Kawan-kawan kakcik

Rabu, 3 November 2010

Langit Kedah dan Perlis yang menangis...

(Sebenarnya, aku dah tak tahu nak letak tajuk apa)

Perjalanan pada 31/10/2010 bermula jam 8.00 pagi - singgah dulu di kedai makan sebab BS dan ayahnya nak makan roti canai.  Selepas berhenti beberapa kali sama ada di Hentian Sebelah atau Hentian Rehat dan Rawat (R&R), Alhamdulillah kami selamat sampai di Alor Setar.  Selepas 'memunggah' pakaian ke dalam bilik dan menunaikan solat, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar, Perlis.  Hujan sepanjang perjalanan.  Hasrat hati hendak merakamkan gambar sepanjang perjalanan (terutamanya gambar ladang tebu terbesar di Chuping) tidak kesampaian.


Tujuan utama ke Bazar Padang Besar ini adalah untuk membeli seluar Along (susah nak dapat saiz yang sesuai untuk Along ni).  Dapatlah juga beberapa helai.  Selebihnya, melayan BS yang hendak membeli kasut bola dan permainan.  Mak dia cuma membeli sebuah beg bagi menggantikan beg tangan yang sedia ada itu. Dari Padang Besar kami menuju ke Kuala Perlis melalui Kangar.  Teringat pula kepada Cikgu Mamason sewaktu melewati Kangar.  Teringat juga kepada Alimaz Kembara Terasing di Arau. Sampai di Kuala Perlis, terkenang kepada Kuina.


Makan malam di Restoran Lynda Ikan Bakar, Kuala Perlis ditaja oleh seorang teman.  Alhamdulillah.

1/11/2010 - Suami ada tugas di Pejabat Cawangan Alor Setar.  Tinggallah aku melayan BS yang merengek hendak 'jalan-jalan' sedangkan hujan turun tidak berhenti dari semalam.  Dengan meminjam payung uzur dari pihak hotel, kami melangkah ke KFC yang terletak bersebelahan hotel.  BS makan nasi ayam.  Sewaktu makan, dia menunjukkan kepadaku tong sampah di luar bangunan KFC tersebut.  Aku tanya, 'mengapa?'.  Tahu apa dia jawab? 'Mak tak nak ambil gambar ke?  Tadi gambar tong sampah hotel mak ambil'.   Bertuah betul anak yang seorang ni... selamba saja dia sindir maknya!



Lepas makan, beli lagi sebungkus nasi ayam untuk bawa ke bilik.  Berita di televisyen menunjukkan banjir yang melanda Perlis dan Kedah.  Di luar bilik, hujan masih tidak berhenti menitis.  Tengahari, suami balik sebentar untuk membawa kami makan tengahari di luar.  Sebelah malamnya pula, makan malam ditaja oleh seseorang di Restoran Haji Ramli.  (Tiada gambar makan-makan dirakamkan kerana aku dah letih dengan gambar makanan setakat ini!)

2/11/2010 - Suami terpaksa balik ke Kuala Lumpur hari ini (mengikut jadual asal, beliau akan berada di Alor Setar sehingga Rabu) kerana ada urusan penting di pejabat pada hari esok.  Sementara menanti suami menyelesaikan urusannya, aku dan BS 'berlegar-legar' di Souq Albukhary yang menempatkan Pasaraya Giant sebanyak 4 tingkat itu.



Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah jam 5.00 petang, 2/11/2010.  Perjalanan ke Pulau Pinang akan menyusul pula pada 7/11/2010 nanti.





26 ulasan:

  1. selamba je maknya diperli... memang bertuah anak ni.

    BalasPadam
  2. Salam AM...

    itulah anak bertuah namanya1 (^_^)

    BalasPadam
  3. Salam AKT...

    bukan taknak call.. tapi, takdak nombor...:(

    BalasPadam
  4. salam kakcik,

    ain suka tajuk n3 ni....

    alang2 ke padang besar, tak beli kerongsang ke kakcik?

    BalasPadam
  5. salam, hahaha, bisanya kakcik, kena sedas ambik gambar tong sampah hotel, hehe...

    BalasPadam
  6. Salam Ain...

    kakcik ni kalau pakai atau guna sesuatu benda.. sampai dah tak boleh pakai, baru kakcik buang. Macam tu juga dengan kerongsang, ada beberapa kotak (kotak kerongsang la.. bukan kota kasut... hehehe..) pemeberian teman yang masih tersimpan. Itu sebab kakcik 'takut' nak beli yang baru1 :)

    BalasPadam
  7. Salam KOG...

    tulah pasal.. mulanya dia perhatikan saja mak dia ambil gambar tong sampah! :)

    BalasPadam
  8. hahahahahaha BS
    selambe je perli mak ye...
    trg tak banjir lagi n kalau boleh tak nak r banjir2 ni....huhuhuhuhu

    BalasPadam
  9. Salam cheqna...

    janganlah mintak2 banjir ... banyak yang tergendala nanti. Apa2pun,semuanya kuasa Allah, kan? :)

    BalasPadam
  10. mmg tengah menangis skrg langit perliskan..banjeroo..seb baik kakcik terlepas banjero tu..

    apa2pom..kakcik bestlah sb dpt round2 mesia..hehe

    BalasPadam
  11. salam kakcik,
    teringat kali pertama jejak alor setar tahun 95..hujan lebat menyambut kedatangan kami..syahdu sungguh sebab kali pertama berpisah dgn keluarga..huhu!

    BalasPadam
  12. Salam Angah...

    tak sempat nak cari FM la, yang... nanti kakcik cuba cari kat Penang, ya? :)

    BalasPadam
  13. Salam SN...

    syukur Alhamdulillah, kami tak terperangkap dalam banjir. :)

    BalasPadam
  14. Salam MDT...

    bila sejuk, mata pun rasa nak terkatup saja... tapi asyik kena kacau dengan BS... :)

    BalasPadam
  15. kakcik masih di kedah ke dah balik sini?

    BalasPadam
  16. Salam Acu...

    kakcik dah balik semalam. Akan ke Utara semula Ahad nanti. :)

    BalasPadam
  17. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    keselamatan diri, sendiri yang kena jaga...

    BalasPadam
  18. Salam sahrom...

    singgahlah sambil melayangkan minda di sini... :)

    BalasPadam
  19. salam kakcik.. sampai Penang tu mmg 7hb ker? saya mungkin msih disana. nnt sy check ngan mr Bob yer ttg jadual akk yer.

    BalasPadam
  20. Salam Cyana...

    haha.. cek jangan tak cek.. :)

    BalasPadam
  21. owh...kakcik ke sana
    acu pulak balik ke sini ahad nie..
    berselisih di hiway je la nampak nye...

    BalasPadam
  22. ACu naik kereta ke?? nanti kita hai hai bai bai kat highway.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com