Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 November 2010

Lain dirancang, lain yang jadi...

Kononnya hendak ke Alor Setar.  Rakan-rakan yang dihubungi memberitahu bahawa banyak tempat yang tidak boleh dilalui.  Jadi, hasrat asal dibatalkan.  Terus sahaja menuju ke Pulau Pinang.  Mungkin dalam beberapa hari lagi, suami akan menyertai 'rombongan' dari pejabatnya untuk misi membantu mangsa-mangsa banjir di Kedah sepertimana yang mereka lakukan terhadap mangsa-mangsa tsunami dulu.  Semoga di permudahkan oleh Allah Subhanahuwataala urusan mereka nanti.

Jumaat ini (kalau tiada perubahan jadual), aku akan menyertai kursus yang dianjurkan oleh pejabatku sehingga hari Ahad di Jerantut, Pahang.  Itulah, dah nak habis tahun - kursus yang aku ikuti belum pun cukup seminggu.  Selepas pembedahan dulu, cuti sakit hampir dua bulan.  Kemudian, syik bercuti mengikut suami ke sana sini.  Harap-harap lepas ni (mungkin hari ini = 10/11/2010) aku akan mengikuti kursus sehari yang akan melengkapkan jumlah bilangan kursus yang diwajibkan untuk tahun ini.

BS juga yang seronok bersantai di kolam...



40 ulasan:

  1. wah!seronoknya mandi manda..


    hujng tahun makin byklah kursus ye..nak habiskan budget..

    BalasPadam
  2. Koje kerajaan lah erk...BONUS hujung tahun ada tak???

    BalasPadam
  3. salam kakcik

    selamat mengikuti n menyempurnakan kursus ..

    BalasPadam
  4. Salam Mizah...

    mak dia pun suka mandi manda tu.. tapi, tak kuasa nak salin2 pakaian. Jawabnya, jadi penemana sahajalah... :)

    Kursus tu asyik tetangguh atas seba2 yang tidak dapat dielakkan. Nasib baik tempat tu tak kena banjir. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  5. Salam jeBateja...

    Saguhati RM500 tu - oklah dari tiada kan? :)

    BalasPadam
  6. Salam Ummi...

    terima kasih. Lega bila semuanya berakhir nanti. :)

    BalasPadam
  7. selamat berkursus .. tapi jangan sampai kurus ! hehe

    BalasPadam
  8. SALAM KAKCIK,
    SELAMAT BERKURSUS DAN SELAMAT KEMBALI SIHAT

    BalasPadam
  9. Salam Kanda AL...

    ayat terbalik tu! kurus tu tak tahu la bila akan jadi kenyataan! :)

    BalasPadam
  10. Salam Dato'...

    terima kasih untuk kata2 perangsang dari Dato' itu. :)

    BalasPadam
  11. hahaa
    gambar BS bersuka ria tetap ada kaans..

    BalasPadam
  12. Salam LiNda...

    BS juga yang seronok di samping dapat 'mendera' maknya jadi pengawal peribadi dia.. :)

    BalasPadam
  13. kita ni kan boleh merancang jer.. selamat berkursus..

    BalasPadam
  14. bestlah jadi kakcik..berjalan2 aje..byk lak kursus ek...saya pom belum tentu ckup 7 hari yg dorang nak tu..huhu

    **yg best kursus ni..antalah jauh2 sket..bole mkn angin..sambil nyelam..minum air..hehe

    BalasPadam
  15. hamboiii...BS,

    bestnya mandi..

    anak2 saya dah tuntut jugak ni kak..

    BalasPadam
  16. mandi berenag pun boleh hilang boring heee

    BalasPadam
  17. Amboiii bestnya, pi kursus pun kena penuhkan kuota jugak ek.

    Seronoknya kerja..

    Kalu saya la, pegi kursus sampai kurus agaknya. Hahahaha!

    BalasPadam
  18. Seronoknya jadi kakcik ni...,
    Kursus sendiri ...kena pergi, Suami ada kursus pun ikut...berjalan..ei..best, best.

    BalasPadam
  19. busy ye kakcik, patut la dah lama tak jadi komenter pertama!

    BalasPadam
  20. Salam kakcik..
    Itulah 'kelebihan' kita sebagai hamba, tak akan pernah mampu mengatasi rencanaNya, setuju?

    tak kira kemana pun kakcik pergi, moga selamat sepanjang masa...amin.

    BalasPadam
  21. Pak Nidus suka header tu...romantik.

    Kenapa haribulan dah jadi 11/10/2010?

    Pakcik perihatin.....

    BalasPadam
  22. Salam Kakpah...

    hari ini pun kakcik menghadiri kursus sehari - sekarang rehat sekejap untuk makan dan solet. :)

    BalasPadam
  23. Salam SN...

    sepatutnya kakcik cuti lagi hari ni, tapi sebab dah balik awal, kakcik batalkan cuti dan hadir kursus - lengkap dah 7 hari. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  24. Salam Reen...

    yang kakcik risau pasal BS tu - kalau lama2 sangat 'berendam' boleh dapat semput..

    BalasPadam
  25. Salam Meraban...

    silalah - jangan lupa jalan pulang dan kembali lagi, ya? :)

    BalasPadam
  26. Salam Zeq...

    teringat zaman 'kekanak' dulu - seronok berenang dan menyelam di Sg Perak. :)

    BalasPadam
  27. Salam Azie...

    pergi kursus memang tak boleh kurus... makan tanggung 6 kali sehari! aduhaiiii.... :)

    BalasPadam
  28. Salam Salmi...

    seronok tu seronok juga.. tapi penatnya kena juga diambil kira! :)

    BalasPadam
  29. Salam Pak Nidus...

    gambar di atas bukit di Balik Pulau, Pula Pinang - BS tukang ambil. :)

    Format haribulan tu memang macam tu.. stail 'omputeh' gamaknya.. :)

    BalasPadam
  30. Salam KOG...

    hehehe... bila tak jadi pengomen terawal tu, maknanya kakcik tidak bersama pc! ;-)

    BalasPadam
  31. Salam Q...

    terima kasih untuk doa.

    Semestinya kakcik setuju bahawa kita takkan mampu mengatasi rencana yang ditetapkanNya. :)

    BalasPadam
  32. wahhh best.. budak2 kalau dah jumpa air mmg tak hengat donia dah

    BalasPadam
  33. Salam gB...

    comel ke? hehehe.. dagu dah berlapis tu :)

    BalasPadam
  34. Salam Mila..

    memang pun - sehari sampai tiga kali dia berendam1

    BalasPadam
  35. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    nasib tak tertiruk lantai kolam tu! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com