Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 November 2010

Corat Coret

Corat coret 1

Melawat Akuarium yang dalam proses baikpulih... tengoklah ikan di kolam dan sebuah akuarium.  Hari pun hujan, jadi tiadalah banyak tempat dapat dilawati.


Corat coret 2

Sementara menemankan BS bermandi manda di kolam, aku didatangi oleh seorang 'kakak'.  Beliau menemani anaknya yang seusia BS tetapi saiznya hanya separuh badan BS! Kakak ini sungguh peramah.  Menurutnya beliau mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya lelaki.  Serta merta aku teringat kepada Puan Q.  Anak-anak kakak ini (menurutnya) semuanya bijak dalam pelajaran termasuklah sibongsu yang sedang mandi itu.  Kesiannya, sibongsu hanya boleh bercakap ketika usianya 6 tahun.  Ujian Allah itu ada hikmahnya.  Ketika berusia 6 tahun dan baru boleh bercakap, sibongsu telah boleh membaca surah Yaasin selepas seminggu belajar.  Syukurlah.

Corat coret 3

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, singgah di sebuah hentian Rehat dan Rawat (R & R).  Belikan nasi dan suap BS makan.  Aku minta dia beli air mineral dalam botol.  Selepas membeli, dia meletakkan botol air itu atas meja dan enggan menyentuh lagi.  Katanya, 'geli Adik.  Orang yang jual tu hembus hingus, kalau mak tengok pun mesti mak geli'.  Aku kata kalau dah tahu macam tu, tak payahlah beli air tu.  Dia jawab orang tu tak pegang pun botol air tu, tapi dia geli.  Aduhai.  Sudahnya dia beli aiskrim yang berharga RM4.00 secawan. Hmmm....

Opssss...... dah nak balik.  Sambung lain kalilah....



20 ulasan:

  1. Salam kakcik ..

    corat coret no3 memang besh .. dpt aiskerem 4 hengget ! sedap wooo

    BalasPadam
  2. kalau yg meniaga makanan tp selamba isap rokok pun sya x beli..nmpk sgt x bersih..huhu!

    BalasPadam
  3. Salam LiNda...

    ha.. itulah.. air harga sehengget dia xmo...bertuah betul... :)

    BalasPadam
  4. Bestnye jalan2 tengok ikan..
    Masa balik lagi best, dapat aiskrim mahal lagi kan..

    BalasPadam
  5. Salam MDT...

    kakcik pun akan terbantut selera tengok orang jual makanan sambil hisap rokok. Pernah di depan mata, tukang buat roti canai selamba hisap rokok, kemudian tebar roti tanpa basuh tangan (rokok yang masih meyala diletak sebentar kat tepi)! :(

    BalasPadam
  6. Salam Jamiel...

    masa kakcik sebaya dia dulu, jangan kata eskrem 4 hengget, nak makan aiskrim kon yang harga 50sen pun payah!..

    BalasPadam
  7. baca pasal BS ni teringat kat adik bongsu saya. huuu~

    BalasPadam
  8. Salam gB...

    BS pun anak bongsu.. tu yang 'lebih' sikit tu... :)

    BalasPadam
  9. bijak BS, air dalam botol geli tapi eskrim tak pulak... demand yang tak sengaja

    BalasPadam
  10. setiap yg berlaku tu mmg btl ada hikmahnya kan kak

    BalasPadam
  11. Salam kakcik..

    Eh...ntah2 kakak tu saya tak? ehehe..

    BS tu lagi bijak eh? pandai trick dia nak dpt eskrim 4 hengget tuh...
    rajin kakcik suap BS eh, suka saya baca....ayah dia tak suap sekali ker? Owh ok ok...ayah dia suap banyak kali hahaa....gurau eh kakcik.

    BalasPadam
  12. mana2 yang tertinggal itu dikira halal lah yerr

    BalasPadam
  13. Salam ibuintan...

    eskrem tu kat gerai lain, kalau gerai yang sama - confirm dia takkan nak! :)

    BalasPadam
  14. Salam Mimi...

    cuma kadangkala kita 'kurang sabar' menantikan hikmah itu...

    BalasPadam
  15. Salam Q...

    kakcik pasti kakak itu bukan Q kerana dia Melayu! hehehe... lagipun Q kat masa tu ada kat dapur... :)

    Ayahnya memang selalu disuap dan menyuap pun... hihihi... (kakcik pun gurau je..)

    BalasPadam
  16. kihkihkihkih....
    saya rasa...
    trick nak eskrim tuuuu....

    BalasPadam
  17. Salam Pn Dr...

    mesti sebelum tu mak dia tak perasan yang dia dah jeling2 kaunter eskrem tu, kan? :)

    BalasPadam
  18. eeeee...geli la pulak baca corat coret terakhir tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com