Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 12 November 2010

Kejar apa tu???

Dah lambat, ya?  Jalan ni sesak la pulak...

Apa sajalah yang terjadi di depan sana???

Bersusun-susun kenderaan - kenapa ni???

Trak-trak Polis ni mesti nak ke Kedah/Perlis untuk membantu mangsa-mangsa banjir

Tak boleh jadi ni... kena lalu lorong kecemasan...  (Pedulikanlah orang lain yang sanggup beratur tu...)

Oh! ada kemalangan agaknya...

Kesiannya...
Kenapalah bila ada kesesakan (tentulah ada sebabnya terjadi kesesakan itu), ada pemandu yang tak tahu hendak bersabar?  Sesetengahnya (boleh kata kebanyakannya) yang memandu laju di lorong kecemasan itu adalah pemandu-pemandu yang memandu kereta-kereta mewah.  Bawa bos ke?  Bos nak cepat ke destinasi ke?  Tapi .. tak nampak macam bawa bos pun. Nampak macam bawa keluarga kat dalam kereta tu. Ada kanak-kanak lagi.  Tak bimbang ke, kalau sedang sedap-sedap memandu dengan laju dan bangga di lorong kecemasan tu, tiba-tiba terjadi sesuatu yang tak terduga, ke lain pula destinasinya nanti!


28 ulasan:

  1. kotak2 apa tu kak??
    kalau durian.. sah dah licin...

    BalasPadam
  2. salam
    tu salah satu penyebab xcdent...sikap pemandu itu sendiri..yg nak cepat ja..konon dia ja ada urusan penting,konon dia ja yg kejar masa...konon keta dia besar....tak peduli dgn pemandu2 lain..

    BalasPadam
  3. salam kakcik,
    mmg sikap pemandu kita bgt sbb tu byk matikat atas jln raya..

    BalasPadam
  4. Pernah nampak skali....tgh diorg syok2 berdesup kat lorong kecemasan tu alih2 ada polis tggu kat depan hahaha....kan dah kena

    BalasPadam
  5. Salam Pn. Dr...

    kotak2 minuman ringan (kalau kakcik tak silap). Mungkin untuk dibawa ke Utara. :)

    BalasPadam
  6. Salam Kamsiah...

    memang sakit hati dan mata melihatnya. Fikirkan diri sendiri sahaja. Tak boleh nak bersabar sikit. :(

    BalasPadam
  7. Salam Mizah...

    buatnya tiba-tiba tengah laju-laju tak sempat nak brek bertembung dengan apa-apa yang ada kat depan, bukankah menyusahkan? :(

    BalasPadam
  8. Salam Mimi...

    eloklah kalau disaman dengan maksimum, kan? Lain kali bolehlah beringat. Kalau tahu nak cepat - rancanglah perjalanan, keluar awal. Fikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku... hmmm.... :(

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik

    Orang2 bandar skrg ni dah lupakan pepatah...biar lambat asal selamat. Dia org lebih suka amalkan ... siapa cepat dia dapat... kalau dpt yg baik takpe lah...

    BalasPadam
  10. Yg peliknya..
    orang macam tuh
    mesti terlepas saman !


    salam Jumaat yang berkat kakcik ..

    BalasPadam
  11. Salam KZ...

    bila melakukan tindakan tidak mengikut akal yang waras tapi hanya bertunjangkan nafsu yang buas, macam tu lah jadinya... Itu belum lagi kalau terjadi kemalangan yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah... :(

    BalasPadam
  12. Salam LiNda yang manis...

    Semoga LiNda tetap ceria dan bertenaga :)

    Tapi .. orang kata 'jerat tak lupakan pelanduk'. Mungkin mereka lepas hari ini, esok lusa tak tahu apa yang akan terjadi, kan? :)

    BalasPadam
  13. Teringat pada kejadian kemalangan pada musim cuti raya hari tu.

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik.

    yg selalu buat cam tu selalunya muka jenis tak tau malu. kulit muka cam biawak, tebal seinci. cakap ler apa pun kat dorang ni, x der kesan kat dorang. selalunya kalau dorang nk potong 'Q' dekat keta wa jgn harap dapat lepas ... he33

    First time bagi komen kat cni. salam kenal :)

    BalasPadam
  15. Kalau terbalik kat kawasan yang dekat dengan perkampungan, berebut org datang kutip barang. ekekekekek

    BalasPadam
  16. Salam Salmi...

    pemandu2 kat Malaysia ni, RAMAI yang mudah lupa agaknya... Seolah2 kemalangan itu hanya akan terjadi kepada orang lain sahaja... :(

    BalasPadam
  17. Salam kenal Wachak...

    terima kasih kerana sudi datang dan tinggal komen di blog kakcik.

    Tak tahu nak kata apa... memang agaknya 'mereka itu' jenis yang tak tahu malu. Kalau kita pandang, dia boleh pandang balik dengan muka sombong. :(

    BalasPadam
  18. Salam Vic...

    kadang2 orang ramai berebut datang bukan hanya untuk menolong, tapi untuk lihat apa 'rezeki' yang boleh dibawa pergi... :(

    BalasPadam
  19. salam kak.

    nak gi mana tu..

    memang sikap pemandu malaysia macam ni..susah nak di ubah!

    BalasPadam
  20. salam kakcik..

    yg laju bawak menonong..
    nak laju jom kita sewa ambulan
    ning nong ning nooongg....

    salam ceria kakcik!

    BalasPadam
  21. Salam Ati...

    gambar2 tu kakcik ambil di Lebuhraya utara Selatan berhampiran Trolak Selatan dalam perjalanan kakcik ke Pulau Pinang, Sabtu lepas. :)

    Ramai yang suka bersikap SUDAH TERANTUK BARU TERNGADAH, kan? :(

    BalasPadam
  22. Salam Q...

    naik ambulan pun seram gak!

    Kakcik tak ingat kat mana kakcik baca pasal pemandu ambulan yang sengaja brek mengejut untuk menutup pintu ambulan yang dibawanya!

    Salam ceria buat Q juga. :)

    BalasPadam
  23. mmg gtu kak cik..salu je potong Q masa jem..jln selorong jd 2 lorong..pahtu sumbat kat depan...jemmmm kepala otak sme kan..

    seb baik saya dok kuantan loni..dulu stat saya belajar hingga thun 2004 dok shah alam...jemmmmm aje..tua atas jale deh..

    BalasPadam
  24. Salam SN...

    Kalau tak menyusahkan orang lain tak mengapa lagi... tapi, selalunya bila dah potong Q...mulalah nak menyelit2 atau menghimpit2.. :(

    BalasPadam
  25. tapi time2 jem cemni best usha2 org. ngeeeee

    BalasPadam
  26. salam kakcik syg..
    lamanya ida tk singgah sini..sgt sibuk kebelakangan ini..rumah pun nmpk dah baru ni...cun.

    biasalah pemandu kt negara kita ni..tak sabar dan tk berapa nk ikut peraturan..bila buat mcmtu sbnrnya lebih mengundang kesesakan jlnraya..

    BalasPadam
  27. gambo yang beceghite yak kakcik...best jugak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com