Kawan-kawan kakcik

Khamis, 11 November 2010

Hasutan demi hasutan...

Untuk renungan bersama (diambil dari SINI)


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... ..
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .....


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. .....
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ...


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ...... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2


26 ulasan:

  1. Iblis memang takkan pernah berhenti..
    itu memang janjinya.

    BalasPadam
  2. Salam Kak Cik ..

    memandang kan kak cik post dalam blog..jadi minta izin copy paste ye.. nak post kat blog kita pula...

    BalasPadam
  3. Salam Vic...

    terpulang kepada kita untuk menangani dan bagaimana hendak menepis serangannya, kan?

    BalasPadam
  4. Salam Ila...

    silalah... kakcik pun ambil dari link tu... :)

    BalasPadam
  5. untuk part subuh tu acu akui
    "selalu" berdepan dengan masalah tu..tapi Alhamdulillah lama2 acu berjaya atasi..

    BalasPadam
  6. Salam Acu...

    Isyak pun selalu jadi berat bila fikirkan yang 'waktu Isyak itu panjang', kan? :(

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik...

    setiap saat kita dihasut,tak reti penat ke syaitan, iblis ni..

    BalasPadam
  8. salam..terima kasih atas perkongsian ini..semoga kita ambil iktibar

    BalasPadam
  9. Salam Situi...

    iblis telah berjanji untuk menghasut dan menyesatkan anak cucu Adam hingga ke hujung nyawa... Jadi kita kena siapkan 'perisai dan pedang' untuk memeranginya...

    BalasPadam
  10. Salam sahrom...

    sama2lah kita renung dan fikirkan... jangan sampai kita ditewaskan.

    BalasPadam
  11. Salam Amy...

    kita kongsikan sama2... :)

    psttt... dah top up kan h/p bangla tu??? (^_*)

    BalasPadam
  12. kakcik...

    kadang2....
    selalu jugaklah...
    ayat-ayat dari mulut syaitan tu....
    terlafaz dari mulut seorang manusia jugak...(saya ler tur)...

    makin nak cuba jadi baik
    makin terbalik ek?

    BalasPadam
  13. Salam Mizah...

    manusia yang waras tak akan mengikut syaitan.. :)

    BalasPadam
  14. Salam Q...

    kakcik pun kadang2 terikut juga :(

    Astaghfirullahhil'azim...

    BalasPadam
  15. bila direnungkan banyak betul godaan setan setiap hari..

    BalasPadam
  16. semua tu berada dalam diri kita, yang tak baik...

    BalasPadam
  17. Salam Chik Na...

    memang setiap detik dan ketika kita digodanya... Semoga kita sentiasa dapat mempertahankan diri. InsyaAllah.

    BalasPadam
  18. Salam Mohamadkholid...

    'peperangan' dalam diri yang tak terkawal kadang2 boleh membuatkan manusia menjadi sewel...

    BalasPadam
  19. selalunya syitan mesti mendapat sokongan penuh si anak adam

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik;

    Saya nak jadi Setan jelah.. tak payah laaaa... nak sibuk2... umnoapco kan ada... biarlah diorang yang settlekan perkara ni... hahaha..

    BalasPadam
  21. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    Sebenarnya syaitan itu musuh anak Adam yang nyata ....

    BalasPadam
  22. Salam Isa...

    wah... ayat 'makan dalam' tuuu... ;-)

    BalasPadam
  23. alangkah seksanya apabila syaitan sudah melarut dlm jiwa...

    BalasPadam
  24. Salam Yop...

    menepis godaan dan gangguannya memang bukan suatu yang mudah, tambah pula jika Agama dan suruhan/larangan Ilahi dicamapak ke tepi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com