Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Oktober 2010

Sudah siuman atau ....????

Sehingga beberapa hari yang lepas, kalau mengikut 'meter' ini - menjelang tengahari telah beratus-ratus orang masuk melawat blogku yang entah apa-apa ini.  Tetapi sejak dua tiga hari kebelakangan ini, aku perasan tiada lagi jumlah sebegitu.  Dalam tempoh 24 jam tidak sampai pun 100 pengunjung yang singgah.  Mungkin 'meter' ini telah siuman semula ataupun sememangnya blog ini tidak  punya 'apa-apa' yang boleh menarik tetamu singgah.  Tak mengapa, yang penting aku ada tempat untuk melepaskan 'segala rasa walau tidak semua' secara terbuka.








28 ulasan:

  1. salam kakcik...
    kenapa kakcik meter tu pun ada juga ke penyakitnya?

    saya setuju,tempat mencurah rasa walaupun tidak semua.... namun lega apa yang di rasa dapat dikongsi bersama... orang terima ke tak terima ke, terpulanglah..

    BalasPadam
  2. salam kak cik..

    tak kira la...meter to siuman ke tak..yang pasti..i tetap follow where ever u go..chewah.....

    tak terlepas any single entry ok..since follow ur blog...ecehwahhhh

    BalasPadam
  3. Kak Cik,

    saya mesti datang sini melainkan hari busy sedunia..

    BalasPadam
  4. Salam kak cik,
    Setujulah dengan kata2 kak cik tu, saya menulis dalam blog pun sekadar hobi dan suka2.. tetapi yang pasti saya sudah ramai kawan sebagai pengubat kesunyian..

    BalasPadam
  5. Salam gB...

    terima kasih kerana sudi baca catatan kakcik.. :)

    BalasPadam
  6. Salam ibuintan...

    buatan manusia - ada kelemahannya di sini sana..

    blog kita, kita punya suka nak kata apa - asal tidak meludah ke langit atau menjolok sarang tebuan, kan? :)

    BalasPadam
  7. Salam Ila...

    cuma akski saja kadang2 terlepas jet catatan Ila.. sebab blog Ila kan 'terpendam', ada cacatan baru pun tak naik dalam senarai! :(

    BalasPadam
  8. Salam Reen...

    terima kasih. Kakcik juga tetap ke rumah Reen, cuma kadang2 tak pandai nak tinggal jejak! :)

    BalasPadam
  9. Salam Mohamad...

    tanpa diduga, kita telah mendapat kawan dari merata tempat, kan? Terima kasih kerana sudi jadi kawan kakcik. :)

    BalasPadam
  10. salam kak cik

    sekarang ni ummi pun memang dah jarang buka blog , apatah lagi nk merayau ketratak kawan2...

    sesekali jer baru kemari

    BalasPadam
  11. Salam Ummi...

    Ummi sibuk ya? tak mengapa.. bila ada kelapangan singgahlah :)

    BalasPadam
  12. Camne punyer sibuk pun saya ttp baca blog kak cik cuma jarang tgalkan jejak sbb tak sempat....

    BalasPadam
  13. salam..cube kakcik try biskut seroja..pasti ok punya hehehehe

    BalasPadam
  14. saya datang!
    saya datang!
    tak pernah miss punya....cuma lewat datang je

    hihihi

    BalasPadam
  15. Salam kakcik....

    saya suka intai rumah kakcik wlp tak dijemput...

    total tu kira ok lar kakcik, dibandingkan saya, kdg lansong takder arngah3....tp betullah kakcik, ini rumah kita, kita boleh buat apa yg kita suka kan? dari duduk termenung mcm ikan kembung....
    ikutkan hati saya mmg suka menyendiri....sunyi sepi...

    anyway terimakasih sesangat pada yg sudi singgah dan tinggalkan jejak esp kakcik ni...wlp ramai yg mintak disembunyi....

    eheeehee...byk songeh pulak, tak sedor diri numpang rumah org tp nak komen lebih2 plak...ampon kakcik....Q.

    BalasPadam
  16. meter itu sekadar pemantau follower. insyaallah, kalau IM ada, IM akan conteng-conteng...

    BalasPadam
  17. Salam Echam...

    samalah kita.. kakcik kadang2 tak tinggal jejak sebab tak tahu nak catat apa... :)

    BalasPadam
  18. Salam Sahrom...

    kakcik tengah tunggu Sahrom pos biskut tu untuk kakcik... hehehe.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Mimi...

    terima kasih kerana semasa berpantang pun Mimi datang juga jenguk kakcik... (^_^)

    BalasPadam
  20. Salam LiNda yang manis...

    terima kasih kerana sentiasa ada... :)

    BalasPadam
  21. Salam Q...

    oh.. kakcik tak ketinggalan mengikuti catatan Q kecuali bila kakcik keluar daerah dan tiada membawa bersama laptop atau tiada kemudahan internet. Kakcik akan menangis, ketawa, senyum, geram, LAPAR dan macam2 perasaan bila membaca coretan2 Q itu... Cuma kakcik rasa sedih, hanya membaca tetapi tidak boleh menyibuk meninggalkan komen bila Q tak buka kotak komen itu!

    Terima kaksih kerana masih ingat pada kakcik. :)

    BalasPadam
  22. Salam IM...

    kakcik tahu, IM rajin singgah kat rumah kakcik ni sebagaimana kakcik pun kerap bertandang ke rumah IM (tapi..kadang2 membaca sahaja tanpa jejak) :)

    BalasPadam
  23. slm kakcik :)
    teman ghase itu realiti bukannye fantasi.. ehhehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com