Kawan-kawan kakcik

Selasa, 26 Oktober 2010

Pertanyaan untuk cikgu


Sekarang ni, keputusan peperiksaan akhir tahun murid-murid sekolah menengah akan dihantar melalui pos ke rumah, ya?  Murid-murid kena sediakan sampul beralamat sendiri dan bersetem secukupnya (kalau sampul putih setem 60 sen dan kalau sampul coklat setem 80 sen).  Kenapa?  Sama ada kesuntukan masa atau nak tolong Pos Malaysia?.  Aku bertanya kerana sebelum ini tiada pula hal sedemikian terjadi.  Bukanlah aku berkira sangat, malahan aku telah menyediakan sampul seperti di atas dengan setem RM1.00

Ibubapa tidak perlukah berjumpa dengan guru-guru untuk bertanyakan hal anak-anak di sekolah?  Mungkin ada yang suka mungkin juga sebaliknya.  Wallahuaklam.


40 ulasan:

  1. aikk!!!!!!!!
    sekolah anak saya belum lagi buat macam ini...
    apalak bezanya cokelat dan putih...


    kalau saya Kak..saya bagi sampul merah...
    :)

    BalasPadam
  2. salam
    tak sempat merasa r mama macam tu
    dulu2 mak ayah g sekolah...
    kenapa erk dibuat macam gitu??

    BalasPadam
  3. Salam Pn. Dr...

    kalau sampul merah kena isi duit sekali.. tak koser mak... hehehe... :)

    BalasPadam
  4. Salam cheqna...

    tu yang mam tak faham tu... peraturan baru atau apa? (-_-)

    BalasPadam
  5. ehh..ehh..
    macamana parents nak tanya perkembangan anak2 di sekolah ?

    Adakah kena tulis surat juga kah ?

    pastu, cikgu pun balas surat utk memberitahu perkembangan anak2 muridnya ?

    BalasPadam
  6. Ha'ah... dah takde sesi "Meet The Parent" ke? heheh
    Dulu excited betul kalau ayah kena ambik report kad kat sekolah... sbb boleh saling tengok menengok bapak masing2...

    p/s: memang sampul surat warna coklat dan putih harganya berbeza...
    kalau warna2 lain.. mcm merah, pink, hijau... laaaagi mahal..

    Tu pasal kalau buat majlis kahwin pakai sampul kaler meriah, siap sediakanlah duit setem yang meriah juga.

    BalasPadam
  7. Salam LiNda yang manis...

    tu la pasal, kan? Selalunya masa ambil report card tu lah sesi soal jawab antara ibubapa dan guru perihal anak2. Atau nak tunggu masa mesyuarat PIBG je kot baru boleh 'sembang2' pasal anak2? Hmmm...

    BalasPadam
  8. Salam Vic...

    sekarang dah tak ada lagi musim setem 30 sen, kan? Agaknya sebab orang pun dah tak guna perkhidmatan surat menyurat lagi...

    Pasal sesi bertemu ibubapa tu, kakcik pun tak boleh nak jawab. Tengoklah nanti macamana?

    BalasPadam
  9. aik ye ke.. cikgu dah boring kut... buang masa jer nak jumpa sorg2

    BalasPadam
  10. Eh eh...lain pulak...
    Xbestla xdpt jmp direct dgn cikgu...camtu susahla nak tau perkembangan akademik anak2

    BalasPadam
  11. Salam Mila...

    cikgu sibuk kot! Nanti nak buat jamuan lagi (dah buat pungutan RM45 seorang dari pengawas untuk majlis makan-makan). Adoiii... kakcik dulu2, berkelah kat tepi sungai je dengan bekalan yang di bawa dari rumah. Betullah 'dunia dah maju zaman dah berubah'..

    BalasPadam
  12. Salam Mimi...

    kenalah rajin2 belek buku anak2 dan keputusan peperiksaan mereka. Tapiiii... tingkahlaku mereka di sekolah macamana? :(

    BalasPadam
  13. laaaa....

    macam tu pulak..

    sekolah Along belum lagi macam tu tapi masa ambil result hari tu dapat jumpa guru kelas aje.

    saya minta jumpa cikgu subjek, gaya guru kelas tu explain macam tak boleh..

    BalasPadam
  14. Salam Reen...

    Mungkin sekolah menengah je kot?

    BalasPadam
  15. salam...

    la macam tue pulak , mungkin cikgu dah boring..buang masa kot nak jumpa sowang2

    BalasPadam
  16. Salam Amy...

    hanya cikgu tu yang ada jawapannya! :)

    BalasPadam
  17. slm kakcik..
    gitu pulak gayenye ye..
    teman suke lg jumpe cekgu2 yg ngajor anak2 teman.. tp 2,3kali yg dijumpe bukan cekgu kelasnye.. mcm blur2 je bile teman nanye lebih skit psl anak teman #2 yg 'nakal' skit dlm kelas.
    tp kalu deme xhengen nk jumpe, teman pon idok le nk ngendeng2 ke deme tu..

    BalasPadam
  18. Salam AzeedA...

    ke mana lama beno menghilang? Ingatkan dah lupa kat kakcik. :)

    Ate.. munkalo deme takde nak bejumpe.. apakan daya... Kenale kita nengok anak2 kita lebih keghap takut lain yang dibuat dek deme kat skolah tu...

    BalasPadam
  19. salam kak cikkkkk

    eh kenapa nie.... angah tak paham la.........

    lama tak dtg sini dah tak tahu ujung pangkal

    BalasPadam
  20. Salam Angah...

    kisah kena bagi sampul kat cikgu untuk dapatkan keputusan peperiksaan akhir tahun...

    BalasPadam
  21. xtau gtu kak cik..tgk skolah kot..macam skol saya asrama penuh..ada sesetengah result dipos..tapi kami ade buat program jumpa parents utk bincang2 prestasi anak2..

    BalasPadam
  22. Salam kakcik...

    Betul ker kakcik? Sekolah Hadi takder sebut pun...tp kan kakcik...kdg2 payah nak ckp, kdg2 tu nak kumpulkan ibu2 mcm kakcik ni bukan senang. Pengalaman saya, usahkan hadir utk report card day, utk dtg meeting PIBG pun azab... apalagi mlm solat hajat, bayang kentut pun tak timbul..kalau anak perangai tak betul, salahkan sekolah dan cikgu, tp tgjwb depa sebagai mak bapak camner?

    Kdg2 kalau cikgu ambil sesuatu tindakan tu, adalah sebab2nya kan? kdg tu dah tak larat nak makan hati, ngan anak murid satu hal, ngan mak bapak lagi dua hal... susah2 baik tlg Pos Malaysia..dpt gak komisyen...heheee...

    Saya salute ngan mak ayah yg prihatin dgn kesinambungan pendidikan anak2 - dari rumah ke sekolah dn ke rumah semula, cam ahemm...kakcik kita tu ler...agugu gaga - Q.

    BalasPadam
  23. Salam SN...

    sekolah anak kakcik tu, sekolah biasa je... Kot2lah ada peraturan baru pulak.. :)

    BalasPadam
  24. Salam Q...

    ehem! tersedak kakcik mengunyah kerabu pucuk paku ni...

    Terus terang, kakcik jarang berjumpa dengan cikgu anak2. selalunya, ayah mereka yang pergi. Tapi kalau ada hal yang perlu, kakcik tak segan-segan menelefon guru2 berkenaan untuk bertanyakan hal anak2.

    Kentut ada bayang, ek? hehehe...

    BalasPadam
  25. pelik tu memang pelik.tapi combi selalu dapat komplen dari cikgu-cikgu bahawasanya parents malas nak datang sekolah ambek report kad anak-anak.

    itu belum lagi meeting PIBG...sehingga disekolah anak combi dulu anak-anak akan diberi credit jika parents attend meeting.adedeh teruk sungguh!

    kesian cikgu-cikgu selalu disalahkan :(

    BalasPadam
  26. huhuhuh mmg kak.. adik2 lin semua camtu.... agaknya sbb keputusan keluar waktu coti sekolah kot..

    BalasPadam
  27. Salam Combi...

    mungkin cikgu pun dah bermesyuarat dan menimbangkan buruk baiknya, kan? :)

    BalasPadam
  28. Salam Ciklinn...

    adik2 ciklinn sekolah kat Selangor juga, ya?

    Mungkinlah sebab dah nak cuti, kan? Lagipun bila dah hujung tahun ni, habis je periksa budak2 pun makin liat ke sekolah atas alasan tak belajar apa-apa...

    BalasPadam
  29. zaman dah berubah..dunia dah maju..itulah hakikat yg harus dihadapi huhuhuhu

    BalasPadam
  30. kakcik...combi dengar kalau disekolah private parents sentiasa berhubung dgn cikgu melalui email.kertas exam pun diemail kpd parents supaya dapat memberi komen mana yg baik dan buruk.

    anak-anak boleh berhubung dgn cikgu bila-bila masa saja melalui email atau hp.cikgu disediakan laptop oleh sekolah dan dihantar berkursus ataupun dibiayai jika hendak melanjutkan pelajaran secara part time.

    wow...terlopong combi dengar dari mulut seorang rakan yg mengajar disana.cikgu pulak kena lebih advanced dari student sbb biasanya student kat sini terdiri dari anak org 'berada' yg memang bijak berkata-kata dan berani.huhh!

    budget? ermmm separuh dari gaji cikgu biasa sebulan.

    kalau sanggup boleh la apply ngajo kat sana tapi gaji cikgu biasa aje tertakluk kpd pihak sekolah.hiks :D

    BalasPadam
  31. Salam Sahrom...

    tak mustahil suatu hari nanti, keputusan peperiksaan pertengahan/akhir tahun boleh di semak melalui web sahaja, kan? :)

    BalasPadam
  32. tak sesuai, sbb nanti kita tak tahu perkembangan anak anak di sekolah.

    BalasPadam
  33. Wow.. Sekolah kat mana tu Combi? Mesti bukan calang2 orang boleh hantar anak ke sana, kan?

    Kakcik tengok, murid2 adik kakcik pun rajim menghubunginya (adik kakcik) melalui sms untuk mendapatkan tips berkaitan subjek yang diajarnya. Tapi, cikgu pun kenalah rajin 'melayan' walaupun tiada peruntukan disediakan untuk membalas sms! :)

    BalasPadam
  34. Salam Sya...

    hakikatnya, bukan semua ibubapa 'ada masa' untuk ke sekolah anak2, walaupun punya lebih masa untuk ke 'tempat lain' :(

    BalasPadam
  35. ehemm.. tukor gambor nampak.. maniissss :)
    teman ade je, 2,3,4 ari ni xdan nk ningge komen.. dan jenguk2 + bace2 je blog kakcik yg berkelajuan minima 2 entri/hari ni heheh ;)

    BalasPadam
  36. AzeedA..

    sesaja tuko gambo tu, bagi namapk muka pulak.. hehehe...

    hari ni sebanonya mood tengah merudum.. jadi idea tak koser nak kluo... :)

    BalasPadam
  37. kakcik...teringat kata-kata kawan combi "ishhh cikgu ni menyusahkan aje...report kad pun nak suruh kita ambek,kasi jer lah kat budak-budak apa salahnya.dorang ingat kita ni free kot dah ler meeting PIBG pun wajib hadir!"

    bayangkan...masih ada parents yg bersikap macam gini.tambah lagi kalau anak dia memang 'corot' dan nakal kat sekolah.malu kot nak jumpa cikgu hohoho :D

    kalau begini sikap parents mmg patut report kad dipos aje eh.betul tak kakcik?

    BalasPadam
  38. Combi...

    jangan bila nanti nak dipos pun, ibubapa yang begitu komen juga! Esok2 bila anak2 'tercicir' cikgu jugalah yang dipersalahkan... Sedih kan, Combi?

    BalasPadam
  39. slm perkenalan puan combi.. :)
    saya antara parents yg anaknye 'corot & nakal' d skolah.. tp saya x malu nk jumpe dgn cekgunye dgn harapan si anak 'gerun' sikit nk mencorot bila tau umi+cikgunye 'bersekongkol' heheeh ;)

    BalasPadam
  40. Salam AzeedA...

    anak2 kakcik pun sederhana sahaja. Tapi kakcik paling risau mereka 'buat hal' di sekolah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com