Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Oktober 2010

Seroja (Jamal Abdillah)

Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh S. Effendi



Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( korus )

Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati bingung

Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja




27 ulasan:

  1. lagu ni mmg best..saya terpegun dgr masa mawi nyanyi lgu ni ketika final af3 dulu..mmg sedap..dulu suka gak tgk af..hihi

    BalasPadam
  2. Kakcik

    Lagu ni memang popular kat asrama ni...sendiri faham ler...kita kita je

    he he

    BalasPadam
  3. Salam kakcik

    Lagu favourite mama dulu dan selamanya dari masa S. Effendi, Jamal & sekarang Mawi.

    BalasPadam
  4. jom karok lagu ni dgn dr singa nak? ngeeee

    BalasPadam
  5. Salam SN...

    sekarang AF bagaikan harimau tanpa taring :)

    BalasPadam
  6. Salam Alid...

    layannnnnn (bak kata budak2 sekarang, ya? ) :)

    BalasPadam
  7. Salam KZ...

    lagu evergreen ni.. kakcik pun sangat suka :)

    BalasPadam
  8. Salam kakcik....selepas hampir setengah abad hidup kat dunia ni, saya baru tau yg seroja ni ialah bunga teratai?...dan pokok nipah itu ialah pokok enau?!...apa sudah jadi? huhuu...dulu2 saya ingat seroja ni sejenis bunga yg khusus utk ditabur atas pusara hehehee...mcm kemboja tu....sebab tu saya percaya kakcik ni tentu unik sebab sanggup pakai nama bunga tu....apa pun terimakasih sebab masih menyimpan link saya di blog kakcik, saya amat hargai...

    BalasPadam
  9. seroja.. lagu kesukaan terutama Jamal yang nyanyi

    BalasPadam
  10. lagu ini adalah antara lagu kegemaran IM. lagu yang mengingatkan IM pertama kali berlakun di pentas masa sekolah...

    BalasPadam
  11. Pak Nidus mula minat lagu ni setelah dipopularkan oleh Wan Salman Ahmad dari The Kilat berasal dari Kota Bharu tahun 70an.
    Mungkin ramai yang tak tahu..

    BalasPadam
  12. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    laku berbuku? apa tu? selalu orang sebut lagu berhantu... :)

    BalasPadam
  13. Salam Q...

    terus terang, kakcik pun sebenarnya tak tahu macamana rupa 'seroja' tu. Rupanya hampir sama tapi tak serupa dengan teratai (rujuk cacatan Dr Singa). Hehehe... Yang banyak di pusara itu adalah kemboja (kalau kakcik tak silap). Tapi kakcik tahu nipah itu enau.

    Kakcik tak pernah buang link blog Q di blog lama kakcik. Jadi, bila kakcik jengah blog lama tu dan dapati ada catatan baru.. kakcik terus letak semula link blog Q di blog ini beberapa bulan lalu. Bila kakcik tengok Q guna nama Queenie bila tinggalkan komen di sini, kakcik tukar Queen Jah kepada Queenie. Begitulah ceritanya.... dan terima kasih kerana Q sudi juga tingalkan jejak di sini saban hari. Kakcik sungguh2 terharu. :)

    BalasPadam
  14. Salam ibuintan...

    suara Jamal memang sungguh memikat pendengaran! :)

    BalasPadam
  15. Salam IM...

    oh! IM pandai berlakon ya? Menyanyi pun boleh agaknya, kan? :)

    BalasPadam
  16. Salam Pak Nidus...

    kakcik ingat2 lupa akan nama Wan Salman tu. Apa2pun lagu Seroja ini tetap sedap didengar jika dinyanyikan dalam 'bentuk asalnya'. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kak Cik..

    Lagu ini kalau dihayati dan diselami memang tersangatlah indahnya.. melodinya sangat indah untuk didengar.

    BalasPadam
  18. Salam Nida...

    kakcik setuju. Sampai tak sedar terikut2 menyanyi... :)

    BalasPadam
  19. versi asal oleh S Effendi paling best!~!!!

    BalasPadam
  20. Pn Dr...

    yup! kakcik setuju. Kesian pulak tengok JA tu nyanyi, kan? Tapi suara dia mantaplah juga...

    BalasPadam
  21. kakcik ambik lah gambar bunga seroja kat blog saya tu!!!!

    BalasPadam
  22. Pn Dr...

    nanti kakcik ambil. Terima kasih :)

    BalasPadam
  23. Syukur suara saya tak sdap nak nyanyi.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com