Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Oktober 2010

Hutang ISI RUMAH tertinggi di Asia...

Rakyat Malaysia suka berhutang?  Kerana keperluan atau kerana nafsu?  Terpulanglah, asal jangan sampai menjerat leher sendiri. 

Apa yang menarik perhatianku adalah kepada kata kunci ini : ISI RUMAH.

Rujuk artikel dari KOSMO ini.  Pagi ini aku mendengar siaran radio Hot.fm.  Pengacara pagi ini 'membuka ruang' kepada pendengar untuk memberikan pendapat dan pandangan.  Yang membuatkan aku terkilan, rupa-rupanya ada yang tidak faham dengan maksud perkataan ISI RUMAH itu. 

Contohnya, ada pemanggil berkata : 'Isi rumah saya bebas dari hutang.  Saya dapat telivisyen percuma' ataupun 'Saya beli perabut secara tunai,  jadi isi rumah saya tiada hutang'. 

ISI RUMAH bermaksud individu atau ahli sesebuah keluarga.  Untuk huraian yang lebih lanjut, sila KLIK DI SINI.   Agaknya, kerana masalah tidak faham istilah, ramai anak-anak Melayu yang gagal dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Malaysia?).  Sedih, kan?



47 ulasan:

  1. salam kak cik..

    hikhikhik... rasanya betul kot... kajian tu... tapi kita tidak terbabit ye... sebab beli barang bila ada duit dan ada jualan murah saja...heheheh..

    BalasPadam
  2. kalau tengok budak² skrg pakai kad kredit, ngeri! macam tak paham konsep je pulak. bangga betul dengan "cukup bulan bayar minimum charge".

    BalasPadam
  3. salam kakcik..setahu saya yang tak berapa cerdik ini istilah isirumah itu bermaksud ahli-ahli yang tinggal dalam sebuah rumah..standard malaysia ini adalah ibu , bapa dan anak-anaknya..maknanya kalau ada 3 family pun duduk dalam rumah yang sama, ia masih dikira satu isirumah..mcm yang kakcik cakap itu la..betulkan jika saya salah ya....

    BalasPadam
  4. Salam Ila...

    kalau membeli mengikut nafsu, bukan kerana keperluan - akhirnya akan terjadilah hutang yang tidak berdaya untuk dipikul dan bakal menghempap diri sendiri...

    BalasPadam
  5. Salam KOG...

    budak-budak.. kalau dapat berbelanja memang tak HINGAT DONIA.. beban yang bakal terpikul, mereka tak nampak!

    BalasPadam
  6. Salam Sahrom...

    memang betul istilah ISI RUMAH sebagaimana yang Sahrom faham itu. Setengah orang, yang mereka faham tentang isi rumah adalah perabot dan segala kelengkapan rumah! Itu pengertian yang salah.

    BalasPadam
  7. salam mama
    sihat hari ini??
    memang skang ramai yang susah nak faham..
    isi rumah dikatakan barang2 perabutla tv la radio la...
    agak2 mama..orang salah faham tak dengan maksud orang rumah???=)

    BalasPadam
  8. Salam kakcik

    buat masa ni hanya sya dan enpakwe yg ada hutang

    hutang rumah memasing dan
    hutang kereta memasing

    itu saje
    percaya tak kami memang tak ada pinjaman peribadi, tak ada kad kredit
    yang penting enpakwe yg kawal dan atur kewangan sya
    kalau tak..........

    huhuhu......tp sesekali bila terada duit sya terboros gak..untuk anak anak ;p

    BalasPadam
  9. ada jugak dengar hot fm pagi td.. ada jugak rupanya org yg masih dok ikut perangai zaman batu.. org tuh ada TV 32 inci.. dia pon nak lawan,beli yg 42 ini.. mmg perangai zaman batu. saya n hubby membeli barang rumah (bukan isi rumah hahaha.. takan salah erti sbb Ekonomi SPM dapat 1 kikiki.. citer lama) hanya bila perlu n dah habis survey untuk dapat yg value for money.. bukan sbb jiran sebelah tukar perabot baru. Membeli pon bila ada peruntukan untuk tu.. mmg kami pengguna tegar credit card tapi setiap bulan full payment. Cukup setahun g redeem periuk nasi baru.. free kikikiki. sorry terlebih komen plak. Saya rasa subject Personal Finance patut di ajar di Universiti lerr

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik....

    BM skrg x mcm dulu2...lebih complex dan mengelirukan, tak tau lah kakcik setuju ker tak...

    Kalau tanya kat saya, saya pun ingat isi rumah tu termasuklah semua benda yg boleh diisi dalam rumah. Mungkin lebih sesuai digunakan perkataan penghuni rumah - lebih cenderung kpd manusia dari barangan, agak nya lah ya. Tulisan jawi skrg pun dah....hrm....malas lah nak cakap...

    BalasPadam
  11. Salam cheqna anak mama...

    Alhamdulillah, mama sihat.

    Biasanya, kita gunakan panggilan ORANG RUMAH untuk merujuk kepada isteri. Ada juga yang menggunakan ORANG RUMAH untuk merujuk kepada suami (agak janggal bunyinya). Atau adakah pengertian lain, ya? Mama tak pasti. :)

    BalasPadam
  12. Kalau orang suka fikir panjang2 dalam2 kan kak cik.. perkataan isi rumah tu... boleh jadi banyak definisi dari setiap individu...

    ISi rumah...bermaksud individu atau ahli sesebuah keluarga.

    jadi kak cik.. hutang isi rumah... ada lah hutang hutang yang berkaitan dengan isi rumah tersebut..itu yang kita faham lah..

    waaaaaaaaa ok..terus sendiri pun jadik pening..hehehehehe

    BalasPadam
  13. Isi rumah saya phm isi perut pun lg sy phm :)

    BalasPadam
  14. Salam Sya...

    kakcik pun kalau ada duit, memang banyak habis untuk anak-anak. Dah macam tiada kepentingan apa-apa untuk diri sendiri sekarang ni. Bayar bil h/p anak2 pun kena masuk senarai juga!

    BalasPadam
  15. Salam Mila...

    untuk orang yang biasa 'bekerja dengan angka', memang agak berkira dengan setiap sen yang dikeluarkan. tapi kakcik selalu terbabas juga - tambah2an kalau untuk anak-anak. Tapi, kakcik cukup tak bersetuju dengan PERANGAI ZAMAN BATU tu.... nanti orang makan isi, kita makan kuah (itu pun kalau ada kuah - silap2 makan angin je!)

    BalasPadam
  16. Salam Q...

    dari segi tajuk sahaja pun membuatkan kakcik keliru - mana yang betul - Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu?

    Ejaan jawi pun tidak seperti zaman kakcik belajar dulu - sampai terpaksa ulang baca kadang2! :)

    (Ada yang menyebut BAHASA JAWI - dengarlah radio hot.fm untuk mengesahkannya. Yennadeyyyyy... mana ada bahasa jawi la aci.. itu ejaaan jawi juga ada!)

    BalasPadam
  17. Salam Ila...

    jangan pening! Dah betullah tu.. hutang isi rumah bermaksud hutang ahli keluarga sesebuah rumah ... :)

    BalasPadam
  18. ada jugak dgr OTW pi keje tadi dlm hotfm..antara pegang keperluan vs kehendak..

    jadi saya pilih keperluan..hehe..hutang kete ngan rumah tu biasalah..mmg xmampu nak beli cash..yang xtahannyer..henpon pom hutang..semata2 hdk bergaya.

    jadi...kita jgn amalkan biar pape ase bergaye..xmo..xmo..

    BalasPadam
  19. Salam Mimi...

    kalau bab 'mengisi perut' lagi kita faham, kan? hehehe... :)

    BalasPadam
  20. Salam SN...

    kakcik pun dah berfikir berpuluh kali ni bilalah boleh tukar h/p... :(

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik

    Maf lama tak masuk sini sebab selalu pergi kedai FB yang sebenarnya tak seberapa punnnn...

    Rakyat Malaysia memang digalakkan berhutang. Pastu hidup menanggung hutang sampai mati. (Hutang kereta baru bayar 5 bulan, pastu mati eksiden, hidup mati bersama kereta kesayangan)

    BalasPadam
  22. Bila sebut saja hutang ..teman jadi serba salah..
    hee..pasai hutang masih ada lagi yg belum sattle pun..

    BalasPadam
  23. salam kakcik syg..
    utang sy cuma pada bank..utiliti2 lain tu biasalah!

    dan syukur sy tak terjebak dgn kredit kad..:)

    BalasPadam
  24. kitarang cuma ada hutang rumah je.Sal semua benda kami beli cash, termasuk kereta. ALHAMDULLILAH rezeki.

    BalasPadam
  25. Salam Alid...

    walaupun lama tak singgah, Alid masih ingat kat kakcik, Alhamdulillah. :)

    Nak beli tunai tak mampu. Tapi benda itu keperluan, mahu tak mahu kena berhutang juga... harap2nya tidaklah hutang itu nanti dibawa mati. Na'uzubillah - ngeri kakcik dengan contoh yang Alid bagi!

    BalasPadam
  26. Salam LB...

    samalah kita.. hutang rumah dan hutang kereta, sudah pasti. (Belum kira hutang dengan Allah Ta'ala lagi). Semoga kakcik diberi kesempatan untuk melunaskan hutang sebelum mati.

    BalasPadam
  27. Salam Firuz...

    kakcik memang pengguna kredit kad. Yang utamanya, untuk mengisi minyak sewaktu perjalanan jauh (walaupun tidak memandu!). Sekarang sedang berfikir untuk menamatkan penggunaannya. :)

    BalasPadam
  28. Salam Yan...

    Syukur Alhamdulillah, Allah memberikan Yan dan keluarga rezeki yang tidak membuatkan Yan terjebak ke dalam hutang. Hutang ini bagaikan satu penyakit yang senang merebak tapi sukar untuk sembuh!

    BalasPadam
  29. Salam Myri...

    hutang ceti??? (sekarang ada lagi ke ceti? ataupun Ahlong itu adalah ceti versi 'dipermodenkan'? Tapi, selalunya ceti = India, ahlong = China, peminjam = ????)

    BalasPadam
  30. Tandanya malaysia elit ikut org.ikut jiran

    BalasPadam
  31. Salam Zeq..

    Kalau yang baik dijadikan ikutan, itu tidak mengapa. :)

    BalasPadam
  32. SALAM,
    BERBELANJA SECARA SEDERHANA DAN TAK MENYUSAHKAN KITA. KITA MAMPU TAPI TAK PERLU, MENGAPA MESTI BELI ? KITA TAK MAMPU DAN TAK PERLU, MAKA TAK PAYAH FIKIR2 NAK BELI ! MACAM MANA PULAK, KALAU KITA TAK MAMPU TAPI PERLU? DALAM HAL BEGINI, KENA TANYA DIRI HABIS2 ! PERLU MACAM MANA TU? MESTI ADA KE ? TAK BOLEH KE DITANGGUH ? BOLEH TAK DIGANTI DENGAN BENDA2 LAIN YANG KITA MAMPU ?

    YANG DI ATAS SETAKAT PANDANGAN LF SAHAJA. KADANG2 SATU2 CARA TU SESUAI UNTUK KITA TETAPI KURANG SESUAI UTK DIGUNAPAKAI OLEH ORANG LAIN !

    BalasPadam
  33. Kakcik

    Nak beli on the spot, ramai yang tak mampu, apa kata Kerajaan kempen Rakyat mengumpul wang, kemudian beli tunai. Jangan harapkan bank. Jadikan bank untuk simpan duit sahaja. Insya Allah rakyat tidak akan menanggung hutang, kita tidak terlibat atau kena tempias RIBA'.

    Nota: di kampung saya di Sanchaung, Dagon Township,YC-UOM, kereta, rumah dan alatan rumah semua kena beli cash. Junta tak benarkan rakyat dia berhutang. Dia tak mau bagi bank kaya raya, rakyat jelata menderita.

    BalasPadam
  34. Salam Dato' LF...

    kita kena ambil prinsip 'tepuk dada tanya iman'. Sekuat mana keimanan kita mengatasi nafsu. Macam yang Dato' coretkan.. apakah yang kita hendak itu benar2 kita perlukan? Macam juga orang yang memiliki deretan rumah dan kereta - tak mengapalah, mereka mampu memilikinya, mungkin di bayar secara tunai. Tapi, kalau beli secara hutang dan untuk dilaburkan semula, pastikah kita masih ada esok untuk melangsaikan segala2nya?

    BalasPadam
  35. Salam Alid...

    bab KERAJAAN ni, susah sikit nak komen. Siapakah yang dikatakan KERAJAAN itu? Raja? Pemimpin? Rakyat? Semuanya bergabung membentuk Kerajaan, kan? Tapi... apa kehendak raja, apa kemahuan pemimpin dan apa pula keperluan rakyat?

    Akhirnya rakyat hanya mengikut sahaja percaturan pemimpin! (ini bukan kenyataan berbau politik kerana kakcik masih kabur dengan permainan politik)

    BalasPadam
  36. salam kak cik...

    kami just hutang ptptn je , rumah n kereta semua ibu hubby dah sediakan untuk setiap sowang anak..alhamdulillah!klu x wisau gak kan


    jemput ke sinar raudah

    BalasPadam
  37. Salam Amy...

    syukur Alhamdulillah. Bolehlah Amy buat simpanan untuk masa depan dan untuk anak2 Amy nanti. Jangan habiskan duit beli kasut dan beg tangan saja, tau! :)

    BalasPadam
  38. dulu acu macam tu kak
    gagal kawal kewangan acu
    tapi sekarang nie Alhamdulillah
    walau pun hidup tak "semewah" dulu tapi acu syukur sebab dapat "bernafas" dengan selesa...

    BalasPadam
  39. salam kak cik..


    hehehe betul tue ramai yg tak paham kan????? ermm entah lah susah nak kata2

    BalasPadam
  40. Salam Acu...

    mungkin sebab Acu suka melancong dan pergi makan-makan kot... tak mengapa, selagi tak menyusahkan diri Acu dan juga orang lain, kan? :)

    BalasPadam
  41. Salam Angah...

    kadang2 perkara tu remeh temeh je, tapi orang malas nak pening2 kepala untuk memahami.. :)

    BalasPadam
  42. Untung kalau kita keja djabtan yg bg minat org luaq tolong bayar, beres.ok ditanggung bulan2..

    BalasPadam
  43. Salam zeq...

    lepas tu ditanggung seterusnya di bilik berjeriji besi...

    BalasPadam
  44. biar papa @ melakukan jenayah asalkan...

    habis, pemandu merz cakap bohong pun jelata percaya TAPI si kancil berkata benar haram tak dipandang pun!?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com