Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Oktober 2010

Jangan mengharap kalau diri kita pun tak boleh diharap....

Kita mengharap orang menghargai kita - apakah kita orang yang pandai menghargai?

Kita mengharap orang memuji kita - ringankah mulut kita mengeluarkan pujian?

Kita mengharapkan segala yang baik - baikkah kita dalam mencari kebaikan?

Kita sentiasa mahukan orang bercakap yang baik-baik tentang kita - mahukah kita menjaga hati orang lain?

Kita sentiasa mahu 'ditatang' - ringankah kita menghulurkan tangan membantu mereka yang jatuh?

Banyak lagi kemahuan kita terhadap orang lain - tapi kita sering berlagak seolah-olah kita tidak memerlukan sesiapa.

(sengaja merepek sedikit pagi-pagi ini untuk menyedarkan diri sendiri yang tak henti dibuai mimpi)


40 ulasan:

  1. salam kakcik..mimpi disiang hari kdg2 syiok gak..idea tue datang mencurah2...

    BalasPadam
  2. Salam Sahrom...

    takut juga kalau mimipi menjadi igauan ngeri dan mungkin akan melibatkan orang yang tak bersalah! :)

    BalasPadam
  3. Nak sambung sikit lagi.

    Kita sentiasa nak makan sedap2 - adakah kita masak sedap2 untuk suami kita?

    Okay tak tu, kakcik? hehehe....

    BalasPadam
  4. Salam Fa...

    hahaha.. boleh sesangat la tu.... :)

    (kadang2 kita rasa sedap, suami kata sebaliknya... cemana tu?)

    BalasPadam
  5. salam kak cik

    kenalah kita sentiasa 'cermin2' kan diri... sentiasa baiki mana yg kurang

    BalasPadam
  6. slm kakcik..
    ate munkalo org tu buat salah ngan teman + xmtk maap, teman xpyh le mtk maap bile ade buat salah dgn org tu... kan..?
    huuhuhuu kecik ati teman.. :(

    BalasPadam
  7. Salam Manje...

    kalau cermin tu pandai buat 'trick' mungkin kita tidak terlihat comot yang ada di muka kita...:)

    BalasPadam
  8. Salam Azeeda...

    memberi maaf adalah perbuatan yang mulia, tetapi mengaku kesilapan serta memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan - itu adalah lebih mulia... :)

    mike kecik ati dengan teman, ke? Eh.. kabokanle - apa yang dah teman buat sampei ngecikkan ati mike ni? huhuhu...

    BalasPadam
  9. jika nak masuk syurga kenalah banyak buat amal ibadat...betul tak kakcik hehe.. :) *nasik tambah*

    BalasPadam
  10. Salam Combi...

    betul... dan kena bersih juga dari 'hutang'... :)

    BalasPadam
  11. Salam Angah...

    wah... cepat Angah sampai.. berlari, ya? :)

    BalasPadam
  12. kerepek bukan sebarang kerepek,
    kerepek pedas siikan duri;
    merepek bukan sebarang merepek,
    merepek membidas diriku sendiri!

    wakakakekekkekeek...
    tenkiu...tenkiu...kkcik...
    kengkadang tido siang ni mmg sedap,
    mimpi nya tak habis nak ngadap..
    ngeeeeh ngeh ngeh ngeh...Q.

    BalasPadam
  13. biasa nye apa yg kita harap kan tu jarang-jarang dapat...

    BalasPadam
  14. Salam Q...

    kerepek pedas siikan duri
    durinya lekat di tulang rahang
    merepek membidas diriku sendiri
    siapalah saya nak membidas orang...

    hehehe... tido siang kadang2 boleh menyebabkan mamai tau Q :)

    BalasPadam
  15. Salam Acu...

    kalau dah dapat kenalah hargai, kan? :)

    BalasPadam
  16. saya nk jadikan n3 ini kak cik sbg ingatan utk saya jugak..hehe..

    BalasPadam
  17. eh idok! teman amat2lah besor ati berkawan dgn kakcik... :D
    ade le org tu dh mengecikkan ati teman.. singgah 'rmh' kakcik ni nk mengubati luka di hati. mekasih daun keladi ye mengingatkan teman kemuliaan mengaku salah, mtk maap + memaapkan.. cayang kakcik!

    BalasPadam
  18. Salam SN...

    sama-sama kita mengambil peringatan.. :)

    BalasPadam
  19. Salam KakCik

    Bagus juga kadang2 kita perluu muhasabah diri. Ada orang pandai cakap aje nak jaga silaturrahimlah, itulah inilah tapi pada zahirnya mmg cakap tak serupa bikin (luahan hari dipagi Khamis).

    Mekasih ..

    BalasPadam
  20. AzeedA...

    'jangan peram durian sehingga menjadi tempoyak yang terbiar tanpa manfaat'...(falsampah yang kakcik cipta sendiri)

    Durian sedap, tempoyak pun sedap jika kena caranya. Tapi, sedap macamana pun, hanya bagi yang suka. Bagi yang tak suka - akan mencebik dan rasa loya. Namun, bila tempoyak pun sudah terbiar hingga berulat, jangankan yang memang sudah sedia membenci, yang suka pun akan hilang selera...

    Begitu juga dengan kehidupan ini... tidak semua suka dengan kita (walaupun tanpa apa2 sebab) dan tidak semua benci dengan kita. Kadang2, sekali pandang pun orang boleh 'jatuh kasih' dengan kita sedangkan belum pun bertegur sapa. Semoga kita bersedia untuk memupuk rasa kasih itu menjadi bunga yang kembang mewangi.

    Untuk diri kakcik - kakcik ingin sekali menjadi orang yang sentiasa positif (walaupun agak payah dalam keadaan tertentu)... Anggap sahaja apa yang terjadi, mengandungi hikmah yang tersembunyi.

    InsyaAllah, hati akan tenang. :)

    BalasPadam
  21. Salam CS...

    silaturrahim tidak akan terjalin hanya dengan kemahuan satu pihak, sedangkan satu pihak lagi sentiasa mengelak. Bagai bertepuk tangan - kena ada dua, baru mengeluarkan bunyi.

    Mungkin kerana masih ada yang berpegang pada prinsip 'enggang dan pipit tidak boleh terbang bersama'.. maka akan jadilah bagai garisan selari walaupun seiringan tapi tiada titik pertemuan!

    Ini adalah pandangan kakcik yang kurang cerdik ini semata-mata.

    Sama-sama. :)

    BalasPadam
  22. janganlah kakcik berasa hati,
    saya tak pandai kata berkias;
    memang betul! terbidas ku sendiri,
    dek madahmu kakcik yg sungguh bernas.

    hari ini kerja menimbun,
    kakcik punya pasal ku sempat berpantun....

    maklum ler, sendiri kuli sendiri tauge, apekehe? heh heh heh- Q.

    BalasPadam
  23. Q...

    terbang rendah burung merpati
    terbang sekawan bukan sendiri
    tidaklah kakcik terasa hati
    cuma malu dengan kelemahan diri...


    Sendiri tauGe ek, kucai tak ada? hehehe... kakcik gurau2 je.. Siapkanlah kerja yang menimbun tu.. nanti ada masa kita berbalas pantun lagi, nak? :)

    BalasPadam
  24. Betulla apa kakcik ckp tu :)

    Condemn2 lauk kedai xsedap lauk sendiri?hehe

    BalasPadam
  25. Salam Mimi...

    lauk kat kedai banyak juga yang sedap. Cuma (tapi kita juga yang memilih) akan terkilan kalau kita bayar mahal, tapi rasanya - sedap lagi telur goreng letak kicap + cili api yang kita buat di rumah! :)

    BalasPadam
  26. kakcik....

    Kerja dah siap...skrg berkemas2 nak ke satu tempat....(jgn ditanya kemana aku pergi...)

    Tulisan kakcik ttg tempoyak tu menarik minat saya, teringat saya pada satu/beberapa kisah saya&ayahanda dgn satu menteri, juga dgn seorang tauke berbangsa Cina, ni cerita laaaamaaaaa dulu....ianya ttg sikap manusia, saya nak tulis dlm new post saya boleh? kakcik jgn terasa hati tau, takder niat menyindir sesaper, cuma nak kongsi2 pengalaman jer...

    Nanti kakcik baca eh? nak tulis cepat2 nih...sebelum berangkat- Q

    BalasPadam
  27. Ok Q...

    selamat pergi dan selamat kembali..

    Kakcik mesti tak lepas membaca catatan Q itu. :)

    BalasPadam
  28. salam kak cik..

    amboi akak merepek2 pun ada maksud tau..cayalah kak cik...

    BalasPadam
  29. Salam Amy...

    merepek orang yang 'dah senja'.. hehehe... :)

    BalasPadam
  30. salam kakcik,

    ain baca n3 kakcik sambil memuhasabah diri sendiri....

    BalasPadam
  31. betul tu kak cik..
    kengkadang kita pandang kekurangan orang..

    secara tak langsung..
    kita pun byk kekurangannya..

    so..byk2 le bermuhasabahkan diri..

    BalasPadam
  32. Salam PB...

    jika direnungkan (diri kakciklah), memang terlalu banyak kekurangan. Terasa sangat kerdil diri ini...

    BalasPadam
  33. tu dia kakcik.. panjang melebor! hehe deghoyan + tempoyak mmg feveret teman.. 2,3 round juge teman membacenye.. apepepon tink positive ye!

    teman ngantuk ni.. mate melayu layuuuu...

    BalasPadam
  34. AzeedA...

    kadang2 jari jemari kakcik ni bila dah mula menaip, susah nak berhenti sedangkan ayat yang ditaip entah apaapaaje!

    Ya.. yang penting kita kena positif (jangan pulak positif dadah atau HIV/Aids - naya weh! positif mengandung pun kakcik tak larat dah .... hehehe)

    BalasPadam
  35. :D kakcik ni buleh audition ratulawak la especially tang jari2 hehehe

    BalasPadam
  36. AzeedA...

    ya ampunnnnn... kakcik nak masuk ratu lawak? belum naik pentas kakcik dah kena sepak! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com