Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 Oktober 2010

Jujurkah kita???

Jarang sekali bila kita bercerita, kita akan menunjukkan kebodohan atau kesalahan kita.  Seringnya, kita akan menegur itu mengata ini - tidak lain untuk menunjukkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan orang lain.  Kalau ada pun dalam kesilapan orang lain itu terselit juga kesilapan kita, seboleh mungkin kita akan melindunginya.

Begitu juga, andai kita terasa ada orang cuba mencuit kita sama ada secara sengaja atau tidak, dalam bentuk apapun - lisan, tulisan atau isyarat, kita tidak segan silu untuk menarik muka.  Seolah-olah orang lain tidak berhak untuk menegur kita kerana kita merasakan bahawa kita sentiasa maksum.

Aku mencatatkan hal ini, bukan untuk menuduh atau menyindir sesiapa.  Apa yang tercatat adalah lebih kepada pertanyaan untuk diriku sendiri.  Kadangkala aku rasa ada topeng di mukaku yang perlu aku tanggal dan buang untuk selama-lamanya.  Saat anak-anakku menginjak dewasa, aku takut andai perlakuanku sedikit sebanyak akan membuatkan mereka maluMalu kerana langkah ibu mereka tidak seiring dengan langkah mereka yang menuju kepada kebaikan sedangkan ibunya masih juga leka dengan dunia yang memang suka melekakan.

Kepada Allah aku memohon dan menyerahkan diri agar aku dan keluargaku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya.



26 ulasan:

  1. susah nak cari yang betul jujur kak cik...

    terpulang lah pada hati kan ... luas erti jujur tu... pada diri sendiri.. dengan tuhan... sesama manusia...

    tepuk dada tanya diri kan kak cik...

    BalasPadam
  2. kita manusia yang ada ego, sukar menerima kesilapan sendiri dan sering cuba menutupi kesilapan kita dengan mencari silap orang lain dulu..

    kekadang saya juga ada merasa tidak jujur dengan diri sendiri

    BalasPadam
  3. Salam kakcik....

    Saya juga sering berperasaan begitu..
    kdg teringin nak kongsi2 tp selalu tak kena gaya lalu sering disalah tafsir....

    kakcik, ni komen dr ur previous n3, saya setuju ttg survey kakcik..dan saya enjoy tumpang baca semua pendapat, kdg2 tumpang happy, byk yg boleh saya pelajari...bg saya berbeza pendapat adalah teman berfikir yg terbaik. Moga kakcik terus sehat dan don't stop writing n sharing.. saya berharap sgt semua komen saya di sini tidak dibawa terlalu jauh.

    Mungkin en3 baru saya lewat sikit, agak sibuk lately, masa yg ada setoet ni pun cukup2 utk jengah kakcik dan sorang dua kwn yg lain.- terimakasih masih setia dgn saya. Q.

    BalasPadam
  4. Salam Ila...

    kadang2 kita ingkar juga dengan diri kita sendiri...

    BalasPadam
  5. Sala ibuintan...

    kerana itulah ada pepatah yang mengatakan 'satu jari menuding kepada orang lain, empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri'.

    Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari...

    BalasPadam
  6. Kak Cik...
    Memang susah untuk terlalu jujur khasnya di dunia maya ini. Terlalu jujur dalam dunia maya ni pun boleh mendatangkan musibah kepada diri kita sendiri.

    Namun, memang lumrah manusia, siapa yang mahu menunjukkan pekung dekat dada ataupun angkat tangan mengaku berak di tengah jalan? Betul tak?

    Lagipun kalau di blog kita bercerita mengikut persepsi kita dan persepsi kita tak semestinya betul.

    BalasPadam
  7. Salam Q...

    itu juga salah satu yang kakcik bimbangkan - 'takut kesilapan mentafsir = lain yang cuba kita sampaikan, lain yang orang faham'. Maka, dalam diam-diam kita di'musuhi' tanpa kita sedar. Minta dijauhkanlah...

    Kata orang 'dua kepala adalah lebih baik dari satu'. Mungkin ada benarnya. Tapi kadang-kadang dua kepala juga boleh membuatkan tubuh merana! hehehe...

    InsyaAllah, kakcik akan terus menulis tentang apa yang kakcik lihat, dengar, rasa atau apa saja yang kakcik fikir sesuai untuk dikongsikan.

    Kakcik juga tak jemu menanti catatan terbaru Q. InsyaAllah, selagi 'pintu tidak ditutup', selagi itulah kakcik akan datang (dengan tak malunya..) :)

    BalasPadam
  8. Salam Vic...

    itulah.. kadang2 kita rasa, kita dah menulis dengan bahasa yang paling mudah. Tujuannya, supaya apa yang orang faham adalah sama dengan apa yang kita faham dan cuba sampaikan. Kenyataannya kadangkala tidak begitu. Kita maksudkan segan itu pemalu, rupanya bagi orang lain, segan itu pemalas!

    Susah juga, kan? :)

    BalasPadam
  9. JUJUR very subjective. Susah nak tafsir kecuali diri sendiri..

    BalasPadam
  10. Aamiinnn...
    Saya mengamin je apa yang kakcik doakan...

    BalasPadam
  11. Salam Yan...

    kadangkala, kita pun tersilap mentafsir diri sendiri! :)

    BalasPadam
  12. Salam gB...

    itu kena tanya anak2 kakcik - baikkah kakcik di mata dan hati mereka agaknya... :)

    BalasPadam
  13. Salam Salmi...

    mudah2an tiada hijab doa kita yang baik2 kepadaNya. Amin. :)

    BalasPadam
  14. kakcik, kan ada pepatah.. gajah di seberang laut kita nampak. kuman di depan mata kita tak nampak. agaknya begitulah kita ni kadang2. Nampak salah orang saja sedangkan salah sendiri tak perasan atau cuba nak sorok. semuga kita semua menuju ke arah yang lebih baik. susah untuk menjadi sempurna. Jadi lebih baik pun memadailah...

    BalasPadam
  15. kadang2 terpaksa menjadi hipokrit daripada terus berlaku jujur..

    BalasPadam
  16. ya.. memang susah untuk selalujujur...

    BalasPadam
  17. Salam Kakpah...

    kalau tidak, tiadalah perumpamaan seperti itu, kan? Apa2pun.. semoga kita sentiasa berusaha untuk berubah kepada kebaikan andainya kita sedar ada keburukan yang wajib kita tinggalkan.. :)

    BalasPadam
  18. Salam Acu...

    kena tengok juga, untuk apa kita perlu menjadi hipokrit itu? Untuk menjaga hati dan perasaan orang lain? Tapi... natijahnya, takut nanti hati dan perasaan kita menjadi robek pula...

    BalasPadam
  19. Salam LiNda...

    lebih kepada mengingatkan diri kakcik sendiri sebenarnya... :)

    BalasPadam
  20. Salam IM...

    biarlah DIA yang menentukan apa sebenarnya niat di hati kita....

    BalasPadam
  21. sukar mencari orang jujur,ikhlas sekarang ni... tapi bukan tiada langsung.

    BalasPadam
  22. Salam AM...

    dalam beras tetap ada antah, kan? :)

    BalasPadam
  23. panjang dan berisi benar cerita KakCik hari ini....
    terimakasih atas peringatan...

    BalasPadam
  24. Salam Pn.Dr...

    kakcik mengingatkan diri kakcik sendiri dan untuk berkongsi bersama rakan-rakan juga... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com