Setiap pagi, aku akan merayau-rayau menerjah masuk ke blog kawan-kawan yang terdapat di senarai sebelah kiri blogku ini. Dan BLOG INI adalah salah satu blog yang seakan wajib kulawati (walaupun tidak naik di senarai lima yang teratas - maknanya tiada catatan baru). Kadang-kadang aku 'selongkar' catatan-catatan lamanya (kerana aku belum lama mengenalinya).
Pagi ini, rutin itu kulakukan seperti biasa. Aku lupa semalam ada 'seseorang' berjanji akan membuat satu catatan khas pada hari ini!. Bila aku masuk KE SINI, aku memang benar-benar terharu. Aku mendapat pengetahuan baru tentang apakah perbezaan antara SEROJA dan TERATAI.
Yang lebih membuatkan aku merasa sebak tiba-tiba, adalah kata-kata ini : KakCik Seroja yang secantik seroja hatinya… (saat menaip ini, aku masih sebak). Benarkah begitu Dr. Singa? Puan belum begitu mengenali kakcik - takut nanti kalau kita bersua, lain pula jadinya. Kakcik takut terluka lagi!
salam kakcik.. semuga seroja kakcik terus berkembang subur....
BalasPadamSalam Kakpah...
BalasPadamtiba saatnya, akan layu juga... :)
salam kak...ada sebuah biskut yg sangat sedap namanya biskut seroja tau!!!
BalasPadamTahniah kakcik , mendapat penghargaan dari teman yang benar2 menghargai ..
BalasPadammoga kita semua menjadi sahabat dan teman maya yang baik . Saling tegur menegur dan cuba perbaiki kesilapan sesama kita .
sayang kakcik ..mmuah !
Besar penghargaan tu,kakcik..
BalasPadamsemoga persahabatan kita juga berkekalan dan diberkati..
salam kakcik seroja sayang.
BalasPadamida pun duduk di taman yg namanya SEROJA..itu sebabnya mula2 ida terkjut ingatkan kakcik tinggal di taman seroja juga....
muga2 kakcik berbahagia di dunia dan akhirat..bahagia mengenali kakcik..dan ida tahu kakcik memang the best..cuma masa belum izinkan kita bertemu..
ps ida tak penah lupa bila pertama kali kak cik msg ida bertanya khabar kesihatan ida..masa tu kita baru2 lagi kenal di dunia blog ini..sungguh terharu.
Salam Sahrom...
BalasPadambiskut tu ada inti kacang tak? :)
Salam LiNda...
BalasPadamkakcik sangat suka disayangi dan kakcik juga tidak lokek untuk menyayangi!... Semoga kita semua dirahmatiNya denga limpahan kasihsayangNya yang tiada penghujung. Harapnya kita juga tidak akan meniti jambatan persahabatan yang rapuh... :)
Tiada salah saling menegur untuk membina bukan memusnah, kan? :)
Salam Mizah...
BalasPadambukan penghargaan yang kakcik harapkan. Kami cuma ingin bersahabat dan bersaudara - saling memberi dan menerima segala kelebihan mahupun kekurangan. Terus terang, di kalangan 'kita' kakcik adalah yang paling 'rendah' tahap pendidikan mahupun pergaulan! :(
Salam Ida sayang...
BalasPadamada kisah di sebalik nama SEROJA itu. Satu ketika dulu di suatu 'ruangan', ada ramai yang memakai gelaran kakcik. Kebetulan waktu itu lagu SEROJA kembali popular - sampai bangcik pun boleh menyanyikannya (waktu itu dia baru berusia lebihkurang 8 tahun). Lagu itu juga bagi kakcik amat sedap didengar - dan lekatlah nama KAKCIKSEROJA.. :)
Kakcik juga masih suka 'mengintai-intai' rumah Ida tau... :)
heh heh heh.....
BalasPadamkata-kata melambangkan personaliti ....
tak bersua pun boleh dibaca...
:)
Salam Pn. Dr...
BalasPadamdah ditaip dan disiarkan, mestilah boleh baca... hehehe.... :)
tahniah kak cik..
BalasPadampenghargaan secara maya..kalau saya pun sebak..terharu..kerana ada yang sudi buat itu..
Salam SN...
BalasPadammemang kakcik terharu dan sebak sangat! :)
wah seronoknya baca komen - komen kat sini..sejuk rasa hati, tumpang seronok..
BalasPadamSaya tau hati kakcik memang lembut.
Salam Salmi...
BalasPadamAlhmadulillah... syukur kepada Allah yang memberikan kakcik kawan-kawan yang baik.
Hati kakcik memang lembut - kalau keras nanti kena buat pembedahan menukar hati pulak (itupun kena tunggu penderma yang sesuai!).... hahaha.. kakcik gurau2 je, jangan marah, ya? :)
salam kakcik,
BalasPadambiasanya kakcik seorang yang lembut.. lembut hati dan jiwanya...
kakcik saya juga sebegitu, kami adik beradik dan semua anak buah amat menyayanginya
Salam ibuintan...
BalasPadamSemoga Allah mengurniakan kakcik kelembutan itu. Amin. :)