Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 September 2010

Dia tidak menoleh lagi....

walaupun baru semalam
rasanya telah begitu jauh dia pergi
tidak mungkin kugapai lagi
tidak dia kan datang kembali

aku di sini terpinga-pinga
rupanya banyak sekali yang aku terlupa
membiarkan dia pergi begitu sahaja
kulepas bebas dengan sia-sia

selangkah aku kehadapan
bagai begitu dekat sekali
tapi aku masih juga leka
yang digenggaman ini tidak dijaga


telah diketahui dikau begitu berharga
tapi ramai yang menganggap sebagai penyedap kata
termasuk juga aku yang sering berpura-pura
membiarkan kau tanpa berbuat apa-apa

perlukah rasa terkilan ini hendakku luah
sedangkan tingkah tidak juga berubah
saban hari berlengah-lengah
sedangkan kau berlalu tanpa dapat disanggah.....


25 ulasan:

  1. salam kakcik,
    masa itu emas, dan masa memang tidak menunggu kita..

    kita manusia yang lalai dan alpa, tersedar tapi masih tidak berbuat apa-apa...

    BalasPadam
  2. Bila depan mata, tak rasa apa-apa, kadang meyampah pun ada.

    Bila dah berpisah, dah jauh baru rasa rindu dan sendu.

    sungguh haru.

    BalasPadam
  3. Salam ibuintan..

    itulah kita - manusia yang sering 'terantuk baru tengadah'. Mudah2an, kita tidak selalu dibuai rasaselesa.. :)

    BalasPadam
  4. Salam Azie..

    memang haru dan kadang2 celaru! :)

    BalasPadam
  5. salam kakcik,

    ramadhan sudah semakin ke penghujungnya, moga ibadah kita semua diterima yang Esa.....

    BalasPadam
  6. salam & slmt pg kak cik..

    pejam celik, pejam celik dah nak syawal..tapi kalau terus pejam tak celik2 tu..dah tau la..huhu! :)

    BalasPadam
  7. Salam my dear kakCikS:)

    Begitulah pantas masa berlalu
    tanpa rasa simpati ia berlalu pergi
    Semoga dihari mendatang..
    Mohon padaNya agar masih ada mentari datang bertandang....

    :):):)
    sayu lakk pagi2 ni kan...
    Pe2 moga akak sihat disana:)

    BalasPadam
  8. Salam Ain..

    terlalu kerdil rasanya diri untuk bertemu Lailatul Qadr.. tapi dalam senyap, hati ini tak putus mengharap..

    Mudah2an ya Ain, sedikit pun yang kita 'beri', DIA tetap menerima, semoga diberi ganjaran berganda, InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Salam Firuz...

    oho.. pejam tak celik, itu dah cerita lain.. mudah2an kita sempat menyediakan bekal yang cukup sebelum tiba saat itu.. :)

    BalasPadam
  10. Salam Tinie Sayang..

    semoga sinar mentari itu tetap cerah sebelum bulan menjelmakan wajah...:)

    Ceria2lah sayang, mudah2an keceriaan itu turut memberi warna kepada mereka yang di sekelilingmu.. :)

    BalasPadam
  11. Kalaulah kita boleh menarik kembali masa yang telah berlalu..... pun belum tentu kita akan jadi lebih baik daripada sekarang

    BalasPadam
  12. muga kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan akan datang. usah jemu memperbaiki diri...

    BalasPadam
  13. salam kak chik,
    sekejap je ms berlalu..peluang yg Allah beri utk melalui Ramdhan kali ni rasanya xdimanfaatkan juga..
    apapon sgt mengharapkan segala amal diterima Allah..

    BalasPadam
  14. salam selamat hari raya,

    sesal dahulu pendapatan,
    sesal kendin tidak berguna.

    BalasPadam
  15. Salam Kak Cik;


    sekejap sangat masa berlalu.
    InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi Ramadhan lagi. Semoga puasa tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya.


    Macam sedih aje kak...

    BalasPadam
  16. Moga - moga kita jumpa lagi ramadhan tahun hadapan dengan umur dah berlainan angka.

    BalasPadam
  17. Salam Aida..

    betul.. kdgkala manusia mengimpikan kelahiran semula. Tapi andailah dapat dilahirkan kembali, belum tentu kita dapat memperbaiki diri..

    BalasPadam
  18. Salam IM...

    cita2 untuk bertambah baik sentiasa ada, tapi kita dilalaikan oleh sikap kita sendiri yang seringkali membiarkan diri 'terperdaya'...

    BalasPadam
  19. Salam Mizah...

    kita seringa 'alpa dalam sedar'.. semoga Dia menerima kelemahan dan usaha kita..

    BalasPadam
  20. Salam Myri..

    selalunya yang dikesalkan itu setelah menjadi kendian...

    BalasPadam
  21. Salam Reen...

    mudah2an...InsyaAllah.

    Sedih sebab rasanya macam tiada apa yang kakcik buat untuk meraih 'perhatianNya'... :(

    BalasPadam
  22. SalaM Salmi...


    InsyaAllah dan mudah2an sekiranya masih ada kesempatan, kita akan menjadi lebih baik dari hari ini..

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum wbt
    Mmg kita tak terdaya melakukan kesemuanya, tapi kita azamkan buat sesuatu perkara sedikit demi sedikit. Walopun x puih hati usaha amalan bulan pose, tapi yg ptg tetap dan berterusan. Jgn mudah putuih ase, aspirasi mesti kuat utk ambil segala peluang yg ada, InsyaAllah.

    BalasPadam
  24. Wa'alaikummussalam Yop..

    yang penting istiqomah, ya? dan jangan lupa bermuhasabah diri selalu. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com