Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 September 2010

Sebentar di Kampung...

Adik perempuanku menerima panggilan dari penyewa rumah kami di kampung meminta izin untuk membuka bilik tempat kami menyimpan barang-barang yang masih kami perlukan, kononnya untuk menghalau tikus.  Adikku memberi izin.  Setelah diberi izin, baru pecah cerita, penyewa tersebut telahpun membuka bilik sebelum ini.  Konon katanya, anaknya teringin hendak tidur atas katil yang terdapat dalam bilik berkenaan.  Adikku tidak pandai untuk mengatakan 'tidak boleh'.  Setelah diberi izin menggunakan katil, diminta pula menggunakan tilam bantal serta toto yang terdapat dalam bilik itu.  Adikku mengadu padaku hal ini.  Bagiku, 'ini sudah lebih'.  Hatiku berkata, mesti mereka menggunakan perkakasan dalam bilik itu dengan sewenang-wenangnya.

Jam 8.00 pagi tadi aku bersama suami, Along, adik perempuanku dan anaknya balik ke kampung untuk memastikan keadaan sebenar dan mengambil barang-barang kami mana yang boleh.  Sesampai di kampung, hanya anak-anak penyewa itu yang ada.  Kedua ibubapa mereka menziarahi kematian. (Kami pulang tanpa memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu).  Benar telahanku, bilik yang kami tutup itu terbuka pintunya dan dari keadaan di dalam bilik itu, dapat diagak ianya telah digunakan sepenuhnya bukan untuk tempoh sehari dua.  Aduhai!

Dipendekkan kisah, mana yang boleh kami angkut, kami angkut pulang.  Sudah tentu katil tidak dapat dimasukkan ke dalam keretaku!  Paling aku sedih walaupun keadaan rumah agak bersih, tapi ada burung di dalam sangkar tergantung di tengah rumah! Di bawah rumah juga tergantung beberapa sangkar burung dan ada satu 'reban' untuk burung...


pokok limau ini telah berpuluh tahun mengeluarkan buah tanpa henti

sempat singgah menziarahi pusara bonda
 
singgah sebentar di Pekan Karai membeli pesanan bapa...
singgah di Kuala Kangsar membeli sejenis dua biskut dan laksa...
 keadaan dalam kereta yang penuh dengan tilam bantal (tapi yang nampak kain dan tuala)...

 Gambar selingan :  Papan tanda mengalu2kan kepulangan anak perantau...




22 ulasan:

  1. Salam ziarah, Ini kes Belanda dpt tanah, dah bagi betis nak peha..
    Penyewa mcm nih, tak amanah..

    BalasPadam
  2. la.. ada juga kes macam ni. dunia...dunia...

    tak ada rasa segan si penyewa tu, ya!

    BalasPadam
  3. sabaq kakcik dugaan posa tu..hee
    lagu ni punya orang pun ada lagi ek..?

    BalasPadam
  4. Salam Pn Marina..

    terima kasih kerana sudi singgah dan sudi mengikuti blog kakcik. Itulah..
    dah diberi sewa rumah yang luas dengan sewa cuma RM130 sebulan - hendak juga diteroka dan dijajah tempat yang dah kita jadikan kawasan larangan! :(

    BalasPadam
  5. Salam IM..

    kalau dia ada rasa segan.. takkan dia sanggup buat begitu :(

    BalasPadam
  6. Salam LB...

    ni sabaq la ni.. kalau tak sabaq, kakcik dah bawak lori pi punggah semua barang2 tu...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum wbt
    Ghalipnye manusia, mcm tulah kokcik. Payah nak cari org2 yg betoi2 buleh jaga brg yg diamanahkan. Habih diselongkornye. Ape2 pun, usoh le kokcik risau, x ade brg2 penting yg hilang gamaknya. Kighenya adale juga kokcik, kpg halaman nak ditandang dan bertanggak. Keme ni tompang seghonok jelah nengak kpg kokcik.

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam Yop..

    ate.. maneke gayenye ghope itu... idok ke ada ghase segan silu... Ghaye ni, teman idok balik ke kampung pun... :(

    BalasPadam
  9. kakcik
    bila kita nak kata tidak, dikata kita kedekut,sombong dan seangkatan denganya
    bila kita berdiam mereka pulak berlebih
    habis camno?

    BalasPadam
  10. sabar le hehe.. mmg macam2 kereneh penyewa ni, rmh sewa adik kat bakang rmh pun camtu gak

    slmt hr rya.. maaf zahir batin

    BalasPadam
  11. cerita kakcik ni mengingatkan pada rumah kakpah dikampung. ada adik sepupu yang menjaganya. walaupun rumput2 di laman rumah bersih dijaga tapi keadaan dalam rumah yaAllah.. sedih.
    Duit tiap2 bulan bagi tapi tak dijaga dengan baik. Macam kes kakcik jugaklah.. tak amanah.

    BalasPadam
  12. salam kakcik.. cantik umah tu. naseb masih dalam keadaan bersih lagi. cuma burung2 tu kalo tk di jaga elok2, takut dipenuhi taik ler. apapun mmg gitu la kerenah penyewa..macam2 hal. hmm

    BalasPadam
  13. Salam Sya..

    itule paseinye bak kata orang Perak. Dah diberi betis, paha pun dia nak juga.. sudah2nya nanti duduk atas kepala.. :(

    BalasPadam
  14. Salam dan Selamat Hari Raya, Maiyah...

    Agaknya kejujuran telah menjadi musuh manusia! :(

    BalasPadam
  15. Salam Kak Pah..

    sedihkan? Agaknya manusia merasa rugi kalau bersikap jujur dan amanah. Geram je tengok harta benda orang.. seboleh2 nak 'digunakan'.... :(

    BalasPadam
  16. Salam Cyana...

    tebtabg kebersihan, nampak ok la.. tapi bab burung tu.. memang kakcik tak setuju. Dah macam rumah kongsi pulak! Dan paling sedih bila mereka tidak amanah dalam menjaga 'harta seciput' yang ditinggalkan sementara... :(

    BalasPadam
  17. best tu duduk rumah kampung...
    cantik banner raya kak!!

    BalasPadam
  18. sekurang2nyer ada gak yg jaga rumah itteww kanns..

    BalasPadam
  19. kak cik..sayang nya rumah kat kampung tu.. kalau malam raya pasang pelita keliling rumah..lawa..

    lagi best kalau kumpul adik beradik...

    BalasPadam
  20. Pn. Dr...

    sedih ni.. dah tak boleh balik raya ke kampung lagi! :)

    Sudilah terima kad raya dari kakcik (nak ambil banner tu boleh juga) :)

    BalasPadam
  21. Ila..

    dulu2.. rumah tu memang meriah dengan pelita dan anak cucu yang berkumpul main bunga api.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com