Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Mei 2010

Bila pula suamiku jadi Perunding Rumah Tangga??

Semalam seorang isteri menelefon suamiku.  Hampir dua jam suamiku 'terpaksa' melayannya.  Kesnya???  Tentang suaminya yang ada teman wanita.  Tentang suaminya begitu,  suaminya begini.  

Patutlah pagi ini, suamiku agak lewat bangun sehingga aku mengejutkannya dari tidur.  Selalunya dia akan bangun sebelum aku sendiri terbangun.  Rupa-rupanya ada cerita yang aku tak tahu terjadi malam tadi.  Bagusnya (setakat ini) suamiku tak pernah berat mulut untuk bercerita kepadaku tentang apa saja. 

Peliknya bagiku, kenapa pula suamiku dijadikan tempat mengadu?  Apa kelayakan yang dia ada? Ini kes kedua (seingatku).  Lepas ini entah apa pula...

20 ulasan:

  1. ada jugak kaunselor yg terpikat dgn org yg dikaunselor tau kakcik..takecare ;)

    *kes kat kolej atau u..lecturer jatuh centa dgn student yg pada mula hanya tempat luahan perasaan tp atas dasar 'kesian' lain pulak jadinya ;p

    datuk dr fadzilah kamsah pun mengaku ramai wanita yg dikaunseling nya mmg jatuh hati dan ajak kawin.doi...!

    BalasPadam
  2. Combi... adoiiiii... itu yang kakcik takut tuuuu... sekarang ni bukan kira suami/isteri orang... Na'uzubillahhiminzalik...

    BalasPadam
  3. Bahaya tu kak Cik... dekat ofis ni kawan pun suaminya dulu bermula ngan kongsi masalah je... last2 dapat tahu lakinya nak kahwin pmpn tu lepas pmpn tu diceraikan.

    Tapi InsyaAllah suami kak Cik tu tak gitu. Dia friendly, jd pmpn suka le bercerita ngan dia.... masalahnya takut pmpn tu plak yg ada niat terselingdung nanti. Camna pun pautau tak kak cik...

    BalasPadam
  4. Vic.. minta dijauhkanlah.. Lagipun, suami perempuan tu bukan calang2.. gaji bulanan 5 angka tak termasuk titik perpuluhan! Tolonglah doakan agar Abg Mus tu tak terbalik hatinya. Isteri orang tuuuuu.. kalau anak dara, mungkin lain ceritanya! :)

    BalasPadam
  5. hai kalau saya mau sound dah prempuan itu....tak leh jadi.....

    BalasPadam
  6. Alimaz.. kakcik jarang campur bab2 macam ni, kecuali pendapat kakcik diminta.. Kakcik buat catatan ni pun, suami suruh.. tengok apa respon kawan2.. :)

    BalasPadam
  7. Uishhhh... tapi saya yakin Abg MUS tidak begitu. Yang penting telus dan jujur berkongsi perkara supaya tidak timbul rasa curiga. Cewahhhhh! macam kaunselor plak Azie nih.

    BalasPadam
  8. eehmm..sabor sabor baik sangka..

    lepas ini suruh wanita itu telefon saya pulak free 24 jam...

    huuu..
    call 1800...

    BalasPadam
  9. Kak cik,
    nak juga dengar kalau ada pengomen yang pernah GODA suami orang..atau mengadu kisahnya kepada suami orang,dari sudut wanita, apa yang dia nak kongsi?? kongsi minat pendapat atau..dot dot..

    pssst "..seorang isteri''..adakah umurnya lebih muda atau cun dari kakcik (ini soalan bukan pernyataan),harap jangan besar hati.

    BalasPadam
  10. Azie.. kadang2 kita memang boleh jadi kaunselor luar jangka (yang kita sendiri pun tak duga kita boleh berkata2 dengan hebatnya!.. wakakaka..)

    BalasPadam
  11. Zeq.. nak cuba ke??? bak mai no tipon :)

    Ya.. kakcik kena mengaku 'dia' muda sikit dari kakcik, dan dengan tak malunya kakcik juga kena mengaku, kakcik lebih cun dari dia! (ayat penyedap hati tu..) :)

    BalasPadam
  12. Kak Cik,

    Sebagai seorang Isteri, saya rasa malu dgn perlakuan wanita tu. Sepatutnya dia mencari saluran yg betul. Dibimbangi masalah dia & suami x selesai masalah lain pula yg timbul.

    Lagipun kan ke x baik bercerita hal2 rumahtangga terutamanya keburukan suami kpd org lain - bukan muhrim pula tu.

    Diharapkan wanita itu buka minda, tenangkan hati & dapatkan khidmat nasihat/kaunseling drp pejabat agama. Apa2 pun masalah yg dihadapi, cuba dahulukan pendekatan dari sudut agama. Islam agama syumul, lengkap, terbaik - moga2 semuanya jernih spt sediakala.

    BalasPadam
  13. Salam! kokcik,
    Dlm perkara ni kokcik, susoh teman nak bagi komen sebabnya kite tak tau biji buahnya ceghite deme ni! Hati seseorang mmg susah nak diduga, tetapi kalor teman, selagi isteri orang, jgn diambil campur krn itulah penghujung cerita ketika mula bercinta masa muda2 dulu. Sepatutnya kita telah pun tahu, kemana hala tuju pasangan hidup kita, kalau idak pun kita kena redha sebab kita dah pilih dia dlm hidup kita. Kalor dia ada pikior ttg keluarga dia, dia akan ambil apa saja pendekatan utk selamatkannya. Mana yg tiada kena mengena, pinggirkanlah.....

    BalasPadam
  14. kalau suami kakcik sendiri yang suruh kakcik tanya pendapat kat sini ,saya rasa dipihak suami kakcik tiada apa - apa masaalah.Mungkin dia sendiri tidak suka org tu mengadu kisah rumahtangganya itu.
    Apapun, cuma berhati - hati.

    p/s; kakcik tau pasal orang tu bermakna dia kenal akan kakcik,kenapa dia luahkan pada abang...tu yang saya heran.

    BalasPadam
  15. Liza.. kadang2 bila dilanda masalah, orang suka mencari orang yang dikenali dengan harapan orang tersebut dapat menyampaikan mesejnya kepada pasangan yang terlibat. Bagi kakcik itu lebih mencari penyakit namanya. Nanti tak pasal2, orang tengah mendapat susah.. :(

    BalasPadam
  16. Salam Yop..

    dari kes yang dikemukakan kepada suami kakcik, rasanya wanita terlibat jenis yang takut bersemuka dengan suami sendiri untuk menyelesaikan masalah antara mereka. Jalan yang mereka pilih pula, adalah jalan yang tak sepatutnya diambil. Mengadu kepada lelaki lain semata-mata kerana lelaki itu mengenali suami mereka. Apa yang diharapkan, sebenarnya? Supaya suami mereka dinasihati? Hmmm...

    BalasPadam
  17. Salam Wan.. abang memang kata dia pening dengan hal-hal macam ni. Tapi, dia jenis yang tak pandai mengatakan 'tidak' apabila orang menelefon. Sanggup menadah telinga berjam2 mendengar masalah orang. Kalau kakcik, mahu saja mencari alasan.. seperti mengantuk ke, telefon habis bateri ke...

    BalasPadam
  18. salah satu saranan, ajak 4 mata pergi bulan madu atau Masuk mana2 kelab NGO berkelah dengan keluarga masing-masing.Berkelah dua keluarga serta anak-anak masing-masing.

    Body langguage pasangan tidak boleh ditipu..

    ambik gambar banyak2..

    BalasPadam
  19. psstttt...ini kes kenal dalam Blog ker kenal berjiran??? bahaya tol..

    BalasPadam
  20. Zeq.. ini kes suami bekerja, isteri duduk rumah...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com