Hari Sabtu lepas, sewaktu balik dari bertemu guru kelas dan kawan-kawan sekelasnya, bangcik mengadu padaku yang ketua kelasnya pengsan akibat dipukul. Yang memukul adalah rakan-rakan sekelas (mereka baru di Tingkatan 1). Sebabnya adalah budak-budak yang memukul itu tak puas hati apabila ketua kelas tersebut menulis nama mereka yang membuat bising dan nakal.
Semalam pula, balik dari sekolah, bangcik menceritakan ketua kelasnya telah dimasukkan ke ICU!. Menurut kata guru kelas yang bercerita kepada bangcik, ibu mangsa telah meminta cikgu mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa yang telah terjadi. Jika tidak, ibu tersebut akan membuat laporan polis. MACAM ITU PULAK??? Kalau terjadi pada anak aku, apa-apa hal pun aku mesti membuat laporan polis terlebih dahulu. Lain-lain hal, kemudian boleh cerita! Nyawa anak bukan ada galang ganti. Menurut kata guru berkenaan, ada kemungkinan murid itu akan koma.
Sebagai seorang ibu, hal begini amat merisaukan hatiku. Akan selamatkah anak-anakku bila mereka keluar rumah dan pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu?? Di manakah lagi tempat yang selamat untuk anak-anak?? Di zaman aku bersekolah dulu, tiada masalah pergaulan atau sebagainya. Murid lelaki dan perempuan bergaul sama sendiri (walaupun timbul cerita-cerita cinta monyet) tidaklah sampai keluar cerita pembuangan bayi. Bila bergaduh pula, mungkin ada juga adegan tampar menampar (aku pernah menampar seorang murid lelaki - rakan sekelasku sewaktu di sekolah rendah - sehingga dia menangis) , tapi semuanya berakhir di situ sahaja. Tidak pula dia menungguku selepas waktu persekolahan bersama rakan-rakannya untuk membalas dendam.
Untuk ketua kelas bangcik, marilah sama-sama kita doakan agar beliau pulih seperti sediakala. Manakala, untuk budak-budak yang membelasah itu, kita doakan agar mereka diberi hidayah untuk menjadi manusia yang berguna dan akan mendapat pengajaran yang sewajarnya atas apa yang terjadi.
nota jari : aku bercuti hari ini kerana bahagian belakangku terasa sangat sengal. Lebih malang,
hos mesin basuh pula tercabut menyebabkan dapur rumahku 'banjir'. Nasib baiknya, Along ada di rumah untuk membantu.....
ganas nya kakcik..
BalasPadamelok report dulu...
samseng bukan boleh disimpan. susah nak jaga pelajar samseng, biar polis jaga.
Fa pun dulu masa sekolah rendah pernah tertumbuk anak jiran, berdarah mulutnya. Terus lari balik rumah menyorok dalam toilet. Pastu kat keluar terdengar suara bapak dia bercakap dengan my apak! huhuhu...
BalasPadamzaman sekarang kakcikkkkk...beribu2 permasalahan yang membuatkan kita tak nyenyak tidur!
Zeq..
BalasPadamhahaha.. kakcik ni boleh tahan ganas, tau.. tapi setakat tu saja..
kakcik amat2 risau dengan situasi sekarang! :(
Fa..
BalasPadammemang amat2 ngeri bila memikirkan persekitaran yang seolah2 tiada lagi tempat yang selamat. Bukan untuk anak2 sahaja sebenarnya, untuk siapa sahaja - yang menakutkan ada mengintai2 setiap masa.. :(
Huh ngeri betul dengar cerita bangcik tu...simpati dengan nasib ketua kelas bangcik demi menjalankan tanggung jawab dia menjadi mangsa.
BalasPadamMoga Allah senantiasa melindungi ketua kelas bangcik dan anak -anak kita.
Juga buat kakcik bebanyaklah berehat.jaga kesihatan.
Tu la vic kata, budak2 zaman skang amat menakutkan. Kadang2 mak bapak pun tak sangka anak dowang macam tu. Bila dipanggil atau diberitahu guru mati2 tak percaya. Kononnya anak diorang macam malaikat kat rumah. Bila guru ambil tindakan sendiri untuk mengekang "ke"liar"an melampau dengan merotan - mak bapak buat report polis. Jadi camna?
BalasPadamKak wan.. memang ngeri.. rasa macam tersiat jantung hati kakcik.. ngilu menghiris-hiris dada! Semoga Allah melindungi semua anak-anak di muka bumi ini dari segala bentuk kejahatan dan kecelakaan.. Amin.
BalasPadamVic.. itu satu masalah lagi. Masalah ibubapa yang terlalu 'melindungi' anak2. Sehinggakan segala kenakalan anak2 mahu disembunyikan. Apakah atas alasan 'menyayangi' atau sebenarnya ingin menyembunyikan rasa malu? :(
BalasPadampersekitaran kita kini sangat menakutkan,.. murid pandai-pandai dalam pelajaran, skor A memanjang tetapi akhlaknya!!!!!
BalasPadamAbu Muaz.. mungkin juga sikap 'kita' yang kena diperbetulkan. Terlalu bangga dengan deretan A, tetapi mengkesampingan nilai2 akhlak dan moral. Entahlah!
BalasPadamRisau kiterrrr...
BalasPadammoga yang teraniaya akan dilindungi.
Azie dah sihat?
BalasPadamiya, takut juga.. yang teraniaya tidak terbela, yang menganiaya pula bersukaria... :(
baru ting 1 dah mengalahkan samseng gagak hitam. klu kena anak zue mmg zue terus repot polis je...ni smpai dah nak kena koma takan nak diamkan.
BalasPadamkesian kakcik nak brehat kat umah...rumah pulak dah trbanjir..nasib ada along.
Zue... skrg ni budak2 sekolah rendah pun, kenakalannya.. masya Allah.. tak terjangkau dek fikiran! :(
BalasPadamerk.seram nye dengar...
BalasPadamsemoga dia cpt sembuh
Salam Kakcik,
BalasPadamSaya sangat bersimpati dengan nasib anak-anak kita sekarang. Mereka terlalu nakal dan bertindak diluar batasan kehidupan dan usia yang semuda ini. Bagaimana kita perlu melakukan tarbiyah kepada mereka yang ramai ini?
Salam! kokcik,
BalasPadamSkrg ni kokcik, keme guru disiplin pun tak buleh nak ngikut peraturan yg ditetpkan oleh KPM. Dari Ketua Pengrah sampeile ke pengetua arahkan jgn buat sebarang hukuman pada pelajar2 walaor apa kesalahan tanpa kebenarannya. Biasanya nasihat memanjangler pade heinya, mangsa yg kena balun tu mmg ghedat. Biar bapa2 mrk yg ambil tindakan undang2 antara mrk. Jadi mcm cerita Pendekar Bujang lapuk le, cobaaan! err cobaan....
Salam..
BalasPadamSimpati dgn ketua kelas tu dan berdoa agar dia akan pulih seperti sediakala..
Kwn2 yg membuli boleh direkodkan sbg kesalahan A krn mendtgkan kecederaan serius.. boleh dibuang sekolah. Tp kalau ibu ketua kelas nk lapor polis pun elok sbg pengajaran pd yg lain spy tak jd 'sarip dol' samseng kg Dusun..
ya Allah kak.. knp sampai camtu bebudak skrg, sampai koma.. itu konon2 rasa bangga le.. mmg patut ambik tindakan.. polissss jugak!
BalasPadamkesian kat ketua kelas tu.. semoga cepat sembuh..
BalasPadamkalau dah sampai terlantar kat hospital... ibu mangsa sepatutnya membuat laporan polis terlebih dulu.. menyesal kemudian hari dah tak berguna..biar pihak yg bersalah menerima hukuman setimpal..semoga menjadi pengajaran pada yg lain.
salam kakcik..
BalasPadamitulah yg paling ida risaukan..anak2 ida dua2 lelaki...terlalu bnyk cabaran kt luar sana..tkkan sepanjang masa nk ikut kemana mereka pergi..sudahnya ida berdoa dn bertawakkal muga Allah lindungi mereka dan jauhi mereka dr perbuatan yg tk baik..
@cu.. sama-samlah kita doakan agar ketua kelas bangcik tu pulih semula. Semalam, bangcik kata dia masih di ICU. *pray*
BalasPadamSalam Hj. Zed..
BalasPadamkakcik pun tak tahu nak kata apa. Kadang2 kat rumah, anak2 memang nampak baik. Itu yang ibubapa sukar nak teriam bila diadukan kenakalan anak2. Apakah kerana ibubapa terlalu sibuk maka itulah (anak2 yang nakal) menjadi ganjaran kepada kesibukan itu?
Salam Yop..
BalasPadamitule masalahnya. Kalo zaman kakcik dulu, dahle kena besit kat sekolah, balik ke ghumah kalo mengadu, dapat lagi 'hadiah' - kalau tak dibalun, diletiyo sampei pekak. Le ni, kalo anak2 dijentik (biopun nyata budok tu besalah), silap2 cikgu kena paghang! :(
Salam Niza.. dengarnya ada kemungkinan samseng2 tu akan dibuang sekolah. Tapi, kalau fikir balik, adakah tindakan membuang mereka itu akan memulihkan keadaan?? Dibimbangi mereka akan mejadi lebih 'liar' andainya dibiarkan tanpa bimbingan. Serba salah juga...
BalasPadamMaiyah.. nak salahkan budak2 tu 100%, rasa kakcik tak adil juga. Persekitaran sekarang terlalu mendedahkan mereka kepada pelbagai ragam dan rentak yang bukan semuanya elok untuk diikuti. (Teringat kepada kes budak berusia 10 thn yang menggantung diri gara2 meniru aksi filem) :(
BalasPadamUda.. kakcik pun tak tahu apa alasan ibubapa mangsa menangguhkan laporan polis tersebut. dengarnya mereka (ibuba mangsa dan pembuli) telah pun dipanggil ke sekolah. Tak tahulah apa sudahnya..
BalasPadamApa2pun kita doakan semoga ketua kelas itu segera sembuh dan tiada kecedaraan dalaman yang memudaratkan.
Ida..
BalasPadamkakcik ni ada 4 orang hero.. dan memangnya hati ini tak pernah tenteram memikirkan mereka. Tapi, hendak meletakkan mereka 24jam sehari, 7 hari seminggu, 52 minggu setahun di hadapan mata adalah sesuatu yang memang mustahil. Di samping kita sebagai orangtua memberikan didikan, pesanan dan doa, hanya kekuatan jati diri mereka yang akan membolehkan mereka meneruskan kehidupan dalam dunia yang sentiasa mencabar ini.
salam kakcik...
BalasPadambanyak sungguh bezanya budak2 zaman kita dulu dan budak2 zaman sekarang.. kalau dulu, kita bergaduh pun habis dan selesai waktu itu... kita jadi ketua dan menulis nama budak bising pun tidak pernah kita di tumbuk hingga koma... tapi sekarang.... keadaan jadi sebaliknya dan sedangkan guru2 pun tidak lagi murid2 hormati..
Dimanakah kesalahan ini patut di pertanggungjawapkan????
Salam Dik Mah..
BalasPadambetul.. zaman kita dulu, bila kena marah dengan cikgu, takut nak balik mengadu dengan ibubapa. Lain sangat dengan budak2 sekarang, ibubapa sanggup datang menyerang ke sekolah bila anak2 dimarah guru. Apakah sebenarnya ingin dibuktikan oleh ibubapa kepada anak2?? Apakah kerana sayang yang tak bertepi (kononnya) atau ingin menebus segala waktu anak2 itu diak=baikan sewaktu ibubapa keluar bekerja/bersosial atau yang sewaktu dengannya???