Kawan-kawan kakcik
Khamis, 30 Januari 2014
30/1/2014 - Januari dah hampir ke penghujungnya...
Gambar ini kurakam di Pantai Jeram, Selangor pada petang Ahad yang lepas. |
Rabu, 29 Januari 2014
Nak melucah - lucah la pulak!...
(Nampak tak carian terakhir tu - kainku diselak) hmmmmmm
Masterchef Malaysia All Stars - bila Zamir menang...
gambar yang kurakam dari kaca tv malam tadi |
Apa-apapun keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan... hehehe...
Selasa, 28 Januari 2014
Masterchef Malaysia All Stars - Brian tersingkir...
Isnin, 27 Januari 2014
Don Mustofa bin Don Daniyal...
Susan Manen Ibrahim ...
Masterchef Malaysia All Stars... antara Zamir, Brian dan Celina...
...siapakah yang akan bergelar Juara?
Walaupun Zamir adalah peserta yang paling muda dan kadangkala menggigil menyiapkan tugasan, tidak mustahil dia mampu menewaskan Brian dan Celina, kan?
Segalanya mungkin...
Sabtu, 25 Januari 2014
Sabtu = 25/1/2014 = 9.25 pagi...
Jumaat, 24 Januari 2014
'Rambut pun boleh cicir?'...
Khamis, 23 Januari 2014
Rabu, 22 Januari 2014
Mak, Karma dah datang...
...ia datang berlenggang tanpa kuundang
ia tidak ketawa mahu pun tersenyum senang
ia datang dengan wajah yang garang
apa yang kubuat serba tak kena sekarang
Mak
bila kukenang-kenang
mungkin lama dulu ia sudah kutimang malam dan siang
tika itu mak membuang pandang
mungkin di hati mak sudah rasa tak senang
'sekarang ia kau timang, satu ketika nanti ia akan buat kau tak senang'
Mak
aku tak berdaya menghalaunya
aku juga tak ingin percaya akan kewujudannya
tapi bila ia telah berada di depan mata
penyesalan mungkin tak memberi makna...
Selasa, 21 Januari 2014
Mungkinkah hanya maruah yang kian murah...
Selagi aku boleh bertahan...
...kan kutelan segala kepahitan.
Tiada guna bercerita bila tiada yang memahaminya...
Tidak guna berlagak ceria bila mata menyatakan sebaliknya...
Selagi aku mampu bertahan, selagi itu hidup ini perlu diteruskan.
Biarlah hati ini terus tersiat luka asal dapat kulihat senyuman mereka.
Tak mengapa bila keinginanku terpaksa diketepikan asal kehendak mereka dapat diadakan...
Tuhan, sebenarnya aku tak kuat lagi dan kian rapuh ketabahan ini. Bantulah aku, Tuhan.
Isnin, 20 Januari 2014
'Adik makan nasi orang miskin'...
Nasi yang BS tak lalu nak makan... |
Sabtu, 18 Januari 2014
Sukarnya menyingkir sendu di hati...
Khamis, 16 Januari 2014
Bercerita tentang kesusahan dan keperitan...
Telah pernah kurasa...
saat orang lain :
mandi di bilik air, aku mandi di sungai yang keruh airnya
terang dalam limpahan cahaya lampu kalimantang, aku berjelaga hidung menghadap pelita minyak tanah
makan makanan yang beli dari penjaja, aku mengilas tangan ke belakang sambil terkebil-kebil memerhati
bergaya dengan pakaian baharu, aku bergaya dengan pakaian terpakai yang diberi orang
ah....banyak lagi yang ingin dibuang dari kenangan tapi tetap terkenang-kenang!
Rabu, 15 Januari 2014
MasterChef Malaysia All Stars - Mampukah Zamir?...
Selasa, 14 Januari 2014
Benarkah kita sangat sayang dan patuh...
...kepada Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT serta ajaran yang dibawa oleh Baginda,
atau sebenarnya...
Kita lebih sayang dan patuh kepada pemimpin yang dipilih oleh manusia walaupun dia tidak pun menggambarkan kecintaannya kepada Rasul Junjungan kita?
Salam Maulidur Rasul kawan2ku.
Isnin, 13 Januari 2014
Kebahagiaan bukan sekadar dapat berdua-duaan...
Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada anakanda Iyra Mutalib SiRibenMerah yang merakamkan gambar yang tertera di sini...
Kebahagiaan juga adalah bila boleh saling mempercayai dan saling menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.
Sabtu, 11 Januari 2014
Syukurlah ianya tidak membebankan! ...
Jumaat, 10 Januari 2014
Khamis, 9 Januari 2014
Rabu, 8 Januari 2014
Bila pakaian dalam dah mula longgar...
ia longgar bukan kerana badan kian kurus
bukan juga kerana ia tidak di'urus'
tapi kian longgar kerana sekian lama tidak bertukar
warnanya sudah pudar
getahnya kian kendur
bukan ada orang nampak di sebalik pakaian luar kita
bila disidai sembunyikan sebalik pakaian lainnya
kita pun bukan model peragaan
dalam hidup yang serba kepayahan
perut yang lapar perlu diutamakan....
Tak mengapa kerana bukan semua orang punya cerita hidup yang sama...
Isnin, 6 Januari 2014
Sabtu, 4 Januari 2014
Jumaat, 3 Januari 2014
Kenaikan harga makanan di kantin sekolah...
Khamis, 2 Januari 2014
Jom buang jauh-jauh...
Rabu, 1 Januari 2014
1/1/2014 - dan masa pun terus berlalu...
Yang pastinya aku tetap begini. Meniti hari yang datang dan pergi tanpa peduli.
Bagaikan aku tak mahu apa-apa lagi kecuali tak ingin bekerja di pejabat lagi!
Apakan daya, sekiranya masih ada usia aku perlu menunggu untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi sehingga ansuran pinjaman perumahanku dengan Kerajaan Malaysia dapat dilangsaikan dengan sepenuhnya...
Satu lagi yang kuharapkan adalah untuk mengunjungi Tanah Suci sekurang-kurangnya untuk sekali lagi.