Kisahnya kisah biasa. Tentang 'kahwin kerana terpaksa atas kehendak keluarga'. Suami tak suka pada isteri kerana telah ada kekasih yang berjanji untuk sehidup semati. Kesudahan drama ini rasanya boleh diagak.
Aku menonton drama ini hanya bila TERtonton.
Watak isteri yang dilakonkan oleh Nur Fathia kononnya seorang yang taat kepada agama, tidak tinggal solat, sangat patuh kepada ibubapa dan suami. Begitu juga dengan watak ibu mertuanya yang dilakonkan oleh Rozie Othman. Sentiasa mengingatkan anak menantu supaya tidak tinggal solat dan ingat kepada Tuhan. Tapi kedua-dua watak ini, tidak mencerminkan muslimah yang taat kepada suruhan agama apabila 'tidak dipakaikan' dengan pakaian yang menutup aurat seperti yang diwajibkan dalam agama Islam.
Kedua-duanya mewarnakan rambut. Pakaian yang dipakai oleh si ibu mertua juga adalah perlambangan 'wanita moden lagi urban' sampai boleh nampak tali baju dalam di atas bahunya.
Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini ialah 'wanita yang tidak menutup aurat juga tidak pernah lupakan solat dan Tuhan' atau 'wanita yang bertudung itu tidak semestinya lebih baik dari wanita yang tidak bertudung'?
Arahan untuk menutup aurat jelas di nyatakan di dalam kitab suci Al Quran :