Kawan-kawan kakcik

Rabu, 18 Mei 2011

Kujejaki semula...


seminggu selepas bapa pergi buat selamanya
bersama adik-adik, adik-adik ipar, anak-anak dan anak-anak saudara
pulang bersama di dalam empat buah kereta
menjengah rumah yang telah ditinggalkan beberapa purnama

sayu hati tidak kutunjuk di wajah
melihat orang lain yang menguasai rumah
dari ianya dibiarkan rebah
baiklah terjaga walau hatiku rasa berdarah


sempat juga ke pusara bonda
kerana itulah tujuan utama
akan datang lagi walau entah bila
yang penting adalah ingatan dan doa


Adik jangan lupa mendoakan yang baik-baik untuk mak dan ayah nanti, ya?













56 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum Kakcik,

    Mudah-mudahan ada sedikit kelegaan walau terlalu payah utk ditelan. Relakan segalanya dengan redha pada Allah....

    Adik tu main apa. Kepala je yg keluar. Ingat pesan mak-ayah ye dik....

    BalasPadam
  2. rumah kampung yang banyak meninggalkan kenangan. mana boleh kita lupa, kan? tapi kita juga telah berkeluarga dan mempunyai rumah sendiri. mahu tidak terpaksalah minta orang lain mengjaga dan menguruskannya... daripada reput begitu saja.

    BalasPadam
  3. betul tuh akak, lebih baik rumah itu di jaga daripada di biarkan kosong.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Kakcik,

    Kenangan masa bersama mak ayah di kampong memang mengharukan bila di kenang.

    BalasPadam
  5. salam kak cik....

    moga kak cik lebih tabah..kami nanti pon tak tahu la bila mak dah takde..sure rumah tu pon akan jd camtu..kenangan masa kecik2 takkan dilupekan kan..

    moga roh2 mereka ditempatkan dikalangan org2 beriman..amin...:-)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Cik.
    Salam kenal.
    Takziah atas pemergian ayahanda tercinta. Plg ke rumah di kampung pasti banyak kenangan menyentuh rasa. Apa tah lagi penghuni setia nya telah tiada. Teringat Ate semasa pemergian ayahanda tercinta dulu...bertahun tak hilang rasa rindu dan pasti akan mengalir airmata setiap kali kami mengenang saat bersama almarhum. Apa tah lagi Kak Cik yang baru seminggu kehilangan...

    BalasPadam
  7. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    memikirkan rumah itu akan menjadi usang andai tiada yang menjaga, terpaksa jugalah disewakan. Cuma, bila melihat orang lain bersukaria di situ, hati menjadi sayu. :(

    Adik tu main kat tempat permainan di Tesco. Sampai merah2 mukanya.

    BalasPadam
  8. Kakpah...

    itulah, rumah kalau tidak 'ditunggu' akan mereput sendiri. Sayang pula. Mahu tak mahu kenalah bagi orang 'jaga'.

    BalasPadam
  9. eelobor...

    sekurang2nya, rumah itu 'bersemangat' juga, kan?

    BalasPadam
  10. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    sedih kalau dikenang2... :(

    BalasPadam
  11. W/salam Rose...

    hendak diduduki sendiri rumah tu, bagai tiada kemungkinan...

    Amin untuk doa yang Rose titipkan.

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Ann...

    walaupun rumah asal tempat kakcik dilahirkan tiada lagi, tapi rumah yang tinggal itu tetap memberi bekas di hati. Banyak kenangan pahit manis berlegar2 di hati dan fikiran...

    BalasPadam
  13. besar rumah pusaka ayah kakcik....
    tapi mesti suatu hari kakcik akan rindu akan kenang2 dari kecil kat rumah tu..kannnnn....

    BalasPadam
  14. Kak Long...

    rumah itu memang agak selesa. Tapi kalau semua pulang, selalunya kami akan tidur bergelimpang di tengah rumah sahaja...

    BalasPadam
  15. tengok gambar rumah tu .. teringat banyak rumah yang cantik2 kat kg saya terbiar kerana ibubapa telah tiada dan anak2 pula bekerja dan tinggal di bandar.

    sayu rasanya !

    BalasPadam
  16. Kak cik , cik ina tak boleh tengoklah rumah terbiar cam tu. rasa hati sayu je. Semoga hidup kak chik kembali ceria . Yang pergi biarkan pergi ye.

    BalasPadam
  17. Kanda AL...

    sayang bila melihat rumah yang dulunya menjadi kebanggaan akhirnya terbiar kesepian dan menunggu masa untuk rebah ke tanah, kan?

    BalasPadam
  18. Cik Ina...

    selagi bernyawa, kehidupan perlu diteruskan cuma kenangan tetap datang dan pergi bersilih ganti mengetuk pintu hati...

    BalasPadam
  19. kalu tgk rumah itu
    lagilah sayu di hati
    sb di rumah itulah kita lahir
    dan dibesarkan...

    tabahkan hati deh kak cik..

    BalasPadam
  20. besar rumah tu kak. Sayang pulak kalau ditinggal tanpa diduduki. Semoga orang yang tinggal tu menjaga rumah tu macam rumah sendiri.


    Semoga kak cik tabah. ;o)

    BalasPadam
  21. SN...

    kakcuik sedih bila tengok rumah itu walau dijaga rapi tapi diperlaku sesuka hati oleh orang lain. Sewanya murah saja ...

    BalasPadam
  22. Reen...

    di sekeliling rumah tu penuh dengan sangkar burung! :(

    BalasPadam
  23. rumah pusaka terlampau banyak kenangan.. eloklah diduduk orang drp reput di makan anai2.

    BalasPadam
  24. AzMask...

    kerana takut reputlah, rumah itu kami sewakan. Entah bila agaknya dapt kami duduki semula...

    BalasPadam
  25. Dr Singa...

    Satu hari nanti kakcik bawa dia ke klinik Dr untuk Dr cubit sendiri pipinya itu! :)

    BalasPadam
  26. rumah tuboleh dijadikan tempat berkumpul sesama adik beradik, atau boleh dijadikan port kenduri. kenangan is forever.

    jgn sampai jadi cam rumah nenek saya, lepas dia meninggal, ada org offer nak beli rumah tu dan skrg tapak tu kosong je...apa pun takde..

    BalasPadam
  27. Selepas Kak Cik pernah kata, kes adik kita hampir sama..

    kali ini saya pula nak kata, kes rumah kampung Kak Cik pula hampir sama dengan rumah saya.

    Begitulah kehidupan, tiada yang kekal menjadi milik dan kesayangan kita.

    BalasPadam
  28. gB...

    adik bongsu kakcik kata, apa pun terjadi - rumah itu tidak akan dijual. Ada juga kenangan buat kami dan generasi kami akan datang.

    BalasPadam
  29. Azie...

    sebenarnya kakcik ingat nak bagi rumah itu untuk didiami oleh adik kakcik yang hilang itu bersama keluarganya. Memandangkan keadaan tidak mengizinkan, terpaksalah direlakan rumah itu untuk disewa. :(

    BalasPadam
  30. semoga semangat kakcik kembali seperti biasa.

    BalasPadam
  31. Niez...

    InsyaAllah - hidup perlu diteruskan. Yang pergi, hanya doa dapat mengiringi.

    BalasPadam
  32. Chik Na...

    kadang2 rasa nak pindah balik ke kampung je...

    BalasPadam
  33. semoga semangat kak cik kembali semula..chaiyokkk kak di samping itu mengingatkan diri sendiri juga..

    BalasPadam
  34. Amy...

    semoga semangat Amu juga pulih sepenuhnya. Jangan ambil pusing sangat dengan umpat keji orang, tau. :)

    BalasPadam
  35. assalamualaikum ibu,

    salam takziah dari saya.
    ibu tabahlah ye..

    BalasPadam
  36. Wa'alaikummussalam Azween...

    InsyaAllah, ibu dan adik2 ibu tetap tabah. Semalam ibu singgah di KK tapi tak sempat nak berjumpa dengan Ween kerana banyak hal nak diselesaikan.

    BalasPadam
  37. mudah2an segala kerja2 yg baik itu diberkati allah kak ..
    saya paling suke kalau kerja2 amal di bhg kubur nie .. dpt menyedarkan kita tentang kematian yg pastinya akan dtg kan kak huhuhu

    BalasPadam
  38. Ieda...

    semakin hari, kematian itu kian dekat dengan kita...

    BalasPadam
  39. salam buat kakakku kakcik..

    puas saya cuba recall kat mana letaknya rumah kakcik tu.. xde idea !

    saya bukan hanya rumah, menjejakkan kaki ke kampung pun sudah rasa sayu.. kampung saya umpama daerah berhantu..

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum KakCik, harap2 ada org yg akan terus memeriahkan kampong kita. Nanti tak der kampong tak buleh balik kampong!

    BalasPadam
  41. salam kenal..teringat rumah mertua di kampong dah lama tak menjengok....

    BalasPadam
  42. salam k.cik..harap bersabar menjalani kehidupan selepas kehilangan ya...Al-fatihah kepada yang telah pergi..

    BalasPadam
  43. salam kakcik...cantik rumah tu. mmg syg kalo tak dijaga. Janganlah jual...susah nak dapat rumah traditional begitu.

    BalasPadam
  44. KAKCIK..
    sayunya ayu membaca entry ini..

    faham sangat2 situasi kakcik.. sebab family belah mak dah tak ada lagi kampung halaman..

    dari dibiar kosong molek ada penghuni..
    walau balik kampung menjengah pusara nenek..
    pasti sendu menghiasi tawa kami saat melintas rumah pusaka..

    BalasPadam
  45. rumah pusaka
    rumah yg meyimpan segala
    kenangan indah duka kan kakcik
    semoga sentiasa di pelihara

    insyaAllah ibu bapa yg sentiasa
    menjaga anak2 dgn kasih sayang

    anak2 pasti akan ingat :)

    BalasPadam
  46. W/salam adikku Samad...

    rumah kakcik itu terletak betul2 di hadapan Klinik Jururawat Desa (dulu disebut Klinik Bidan) Kg. Loh. Kena lalu jalan lama yang sempit itu.

    BalasPadam
  47. Wa'alaikummussalam Yong Halima...

    sebenarnya suasana dikampung sekarang semakin lama semakin sepi. :(

    BalasPadam
  48. Zino...

    salam kenal dan terima kasih kerna sudi tinggalkan pandangan. Dikenang2 memang sayang untuk rumah itu ditinggalkan begitu saja...

    BalasPadam
  49. W/salam Saniah...

    kita juga akan menyusul nanti...

    BalasPadam
  50. Cyana...

    setakat ini tiada pernacangan untuk menjulanya dan mungkin tidak akan dijual selamanya. Setidak2nya nanti tetap ada kampung ungtukm dijejaki. Pusara bonda juga ada di sana.

    BalasPadam
  51. Ayu...

    terlintas juga suatu waktu nanti rumah itu kembali kami huni. Tengoklah bagaimana jadinya...

    BalasPadam
  52. Ati...

    warisan yang bukan dibina dalam sehari dua. Sayang andai dibiarkan begitu sahaja...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com