Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Februari 2013

Dua hari sahaja lagi...

... dan aku akan meninggalkan 'tempat' ini. Adakah yang rasa suka bila kelibatku tiada lagi di depan mata? Ah! Fikirkan yang positif sahaja kerana rasa benci hanya akan membunuh rasa hati!

Lauk yang kumasak awal pagi tadi - rasanya pedas ...

47 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu Lea. Buat apa nak fikir yang negatif, kan? :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Iya... tapi masih belum bersedia nak meninggalkan dunia... hehehe...

      Padam
  3. Yang pedas ni menyengat... ke mana tu?

    BalasPadam
  4. Selamat 'meninggal'kan tempat itu....
    dan selamat maju jaya!

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kak Cik

    moga penhijrahan itu akan menceriakan kehidupan kak cik sekeluarga

    BalasPadam
  6. Salam kakcik
    harapan semoga ajan di permudahkan segalanya
    berfikiran positif lg baik untukdiri dan persekitaran yg akan di lalui
    selamat maju jaya kakcik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Eja...

      Kalau kita tak sayang diri kita, siapa lagi yang nak sayang, kan? :)

      Padam
  7. selamat ke tempat baru ye mak..tempat baru kawan baru:)

    BalasPadam
  8. ikan itu nampak sedap....
    saya nak rasa boleh...?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh... meh datang ke rumah kakcik. Ajak sekali Akak Singa tu. :)

      Padam
  9. sangat berdebar nak ke tempat baru...

    sedapnya ikan tu

    BalasPadam
  10. *ikan dengan sambal..
    pedas la kak...heehee..

    akak nak kemana kak..?

    :)

    tukar kerja baru..?
    transfer cawangan lain..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ditukarkan ke jabatan lain setelah tawaran kenaikan ditolak...

      Padam
  11. Pahatkan dlm hati kita kakcik " tak hidup dek puji dan tak mati dek keji" So bertindak atas pertimbangan waras diri kita sendiri utk mencari yg terbaik.

    BalasPadam
  12. tempat baru meh cari kawan baru...yg tak suka tu harap depa bahagia

    BalasPadam
  13. Sedapnya lauk Kakcik tu...yummeh!

    Kakcik, tq sbb bg komen yg beri smgt pd sy. Heee~ RAM tu mmg idola sy. Mmg bercita-cita nak menulis mcm die. Heee~

    Kakcik, persetankan org yg suke nak mengata psl kite ni. Lantaklah. Klu tmpt tu org tak terima kita, msh ade 10 lg tmpt yg sudi terima Kakcik. Heeee~

    Semoga hari Kakcik indah hari ni ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah Fara boleh jadi sehebat RAM kalau Fara berusaha mencapainya dan tidak kalah dengan tekanan.

      Kakcik tak tahu sama ada kakcik 'masih berupaya' atau tidak untuk mencoret di sini bila kakcik di sana nanti...

      Padam
  14. mungkin lebih seronok di tempat baru...positif :)

    BalasPadam
  15. Semoga tempat baru memberikan persekitaran yg segar agar minda terasa lebih bersemangat tuk meneruskan sebuah kehidupan...Bukan kita boleh puas kan hati semua org kakcik kan...semoga lebih tabah kerana kehidupan mmg tak pernah sunyi dari diuji.....

    BalasPadam
  16. selamat maju jaya ye kakcik...

    BalasPadam
  17. salam..slmt berhijrah kak cihk, semoga semua baik2 saja hendaknya, aminn.

    BalasPadam
  18. Pindah tempat kerja? dah tak kira bijik kopi lagi la ye?
    Pindah mana? Putrajaya ke? kalau mai sini boleh kita jumpa..

    Kat tempat makchaq pun kalau tolak kenaikan pangkat tetap kena transfer jugak..

    Makchaq dah banyak kali transfer.. tempat sekarang ni adalah yang paling tak best sekali.. tapi bertahan ja la..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com