Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Februari 2013

Dalam Setiap Sujud - apa yang ingin disampaikan sebenarnya?...

Kisahnya kisah biasa. Tentang 'kahwin kerana terpaksa atas kehendak keluarga'. Suami tak suka pada isteri kerana telah ada kekasih yang berjanji untuk sehidup semati. Kesudahan drama ini rasanya boleh diagak.



Aku menonton drama ini hanya bila TERtonton.


Watak isteri yang dilakonkan oleh Nur Fathia kononnya seorang yang taat kepada agama, tidak tinggal solat, sangat patuh kepada ibubapa dan suami.  Begitu juga dengan watak ibu mertuanya yang dilakonkan oleh Rozie Othman.  Sentiasa mengingatkan anak menantu supaya tidak tinggal solat dan ingat kepada Tuhan.  Tapi kedua-dua watak ini, tidak mencerminkan muslimah yang taat kepada suruhan agama apabila 'tidak dipakaikan' dengan pakaian yang menutup aurat seperti yang diwajibkan dalam agama Islam.

Kedua-duanya mewarnakan rambut.  Pakaian yang dipakai oleh si ibu mertua juga adalah perlambangan 'wanita moden lagi urban' sampai boleh nampak tali baju dalam di atas bahunya.

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini ialah 'wanita yang tidak menutup aurat juga tidak pernah lupakan solat dan Tuhan' atau 'wanita yang bertudung itu tidak semestinya lebih baik dari wanita yang tidak bertudung'?

Arahan untuk menutup aurat jelas di nyatakan di dalam kitab suci Al Quran :


41 ulasan:

  1. tak taulah cerita zaman sekarang ni...penulis skrip kena lebih bertanggungjawab ketika menulis agaknya..supaya ilmu dan teladan dapat disampaikan dalam keadaan secara berhemah

    BalasPadam
  2. Ulasan yg baik kakcik - moga memberi pencerahan pada semua. Baik dalam Islam terlalu banyak boleh dilakukan. Sedangkan yg bersolat belum tentu syurga tempatnya sebab ketika bersolat seluruh hati entah kemana. Jadikan iktibar ambil yg baik buang yg tak baik.

    BalasPadam
  3. sebab tu jarang tgk drama melayu nie...biase layan animal planet or nat geo kat umh..

    BalasPadam
  4. jarang layan drama melayu.. tak minat..

    BalasPadam
  5. drama sekarang ni macam tangkap muat je kak chikkan

    BalasPadam
  6. ye la kakcik...konfius ngan citer gini...hehe

    BalasPadam
  7. cerita sekarang kakchik.tangkap muat je...

    BalasPadam
  8. betul tuh Mak.. tak faham istilah 'baik' dalam hati semua org..
    macam2 sekarang neh dlm dunia.. dunia hanya sandiwara~

    BalasPadam
  9. cerita melayu sekarang..jalan cerita sama je..kahwin paksa tak sudah2..

    BalasPadam
  10. Macam tu la kakcik.. dalam drama macam tu kat luar pun ramai yang macam tu.....agama dan kehidupan seharian dah diasingkan...

    BalasPadam
  11. tak layan cerita macam ni. agaknya apa niat memang tak tahu. adkah dengan ini nak bagitahu sah solat dengan rambut berwarna. hnya inai je yang boleh pakai. pakai pewarna rambut, mandi hadas tak sah walaupun bahan itu suci, betullah niat tidak menghalalkan cara.

    BalasPadam
  12. Ramai org yg rasa camtu Kak Cik. Asalkan hati baik, jangan menilai daripada luaran. Tak berani nak komen lebih2.

    BalasPadam
  13. salam kak chik... GD memang layan ceritani sebab dah termula dari awal.. tapi GD sangat setuju dgn kak chik, dan hati selalu tertanya setiap kali menonton mengapa kebaikan watak isteri dan ibu mertua yg konon berpegang dan patuh pada ajaran agama.. itu memang bagus tapi x menutup aurat tu yg menjadi tanda tanya... grre...grrr...

    BalasPadam
  14. si nur fathia tu kalau pakai tudung sangat la cantik..
    pembikin drama ni kadang2 macam nak menjatuhkan air muka org2 islam je.nnti apa kata non-muslim?

    BalasPadam
  15. cerita tangkap muat je tu...mcm mane nak jdikn pengajaran

    BalasPadam
  16. huhuhui tak penah nengok pun cite tuh kak, tak berapa minat nengok jln cite nyer... tgk kt preview pun tak best... sblum2 nih yg dendam pecinta ngn cite sblum nyer mmg ikut

    BalasPadam
  17. saya pon tengok cerita ni bila TER tonton ja..
    :)

    BalasPadam
  18. Dalam setiap sujud, saya cuba memahamkan erti 'Maha Suci Allah, Yang Maha Tinggi Dan UntukNya Setiap Pujian'.......setiapkali selepas solat...kerjakanlah 'sujud syukur' bagi memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah atas segala yang kita nikmati....

    BalasPadam
  19. drama ni hari apa..jam berapa...

    dulu ada drama bermula jam 7-8 mlm...slot apa entah...waktu org sibuk nak bersolat maghrib..

    BalasPadam
  20. betul tu mak... saya sokong satospatos!!! saya pun layan citer ni... dan dah boleh agak sudahnya ape akan jadi.




    tak sabar nak tgk delusi @ tv 9 pada 27hb depan...

    BalasPadam
  21. sangat betul tu kak cik.. semoga kita tidak di butakan dengan keindahan yang bersifat pura2 itu.. amiiinnnn

    BalasPadam
  22. Salam Kakcik. Tak taulah sebab tak pernah sempat tengok drama-drama ni...

    BalasPadam
  23. emm tgk juga ... kadang kadang. walaupun terlepas episod... ok jaaa

    BalasPadam
  24. Ada drama yang berkualiti, namun masih banyak yang belum berada di tahap itu. Kita sebagai penonton kena pandai memilih dan menilai. Tajuk pun x sesuai dengan cerita. Semua yang terlibat dalam penghasilan drama itu, sedar tak moral drama tu agaknya yer?

    BalasPadam
  25. xtau lak cita ni..hehe..dh lma xtgk drma tv :p

    BalasPadam
  26. Pernah tertengok tapi.. tak folo pun kakcik..

    BalasPadam
  27. di rumah acik memang tak layan drama melayu...hubby kata tengok nasional geo lagi elok tambahan waktu siaran tu yang tak sesuai......so mmg tak layan...kartun wander pad je layan...

    BalasPadam
  28. Saya ni Kakcik memang tak tgk drama2 ni, hanya tgk Tanah Kubur tu jea..Citer cina dan channel astro 202 tu saya tgk la..hehehehe

    BalasPadam
  29. xpernah tgk drama tu tapi bila baca n3 nie rasa macam tak sesuai..seolah2 mempermainkan agama pulak lagaknya....sekurang2nya kalau menutup aurat tu kita boleh la terima....

    BalasPadam
  30. saya pun tertengok semalam. tak tahu jugak apa yg nak disampaikan. lebih terkejut bila skrip dan karakter tidak selari.

    BalasPadam
  31. asyik terlepas aje nak menonton drama di tv sekarang ni.. komen dari kakcik membuka minda saya untuk lebih peka ketika menulis.. terima kasih kakcik..:))

    BalasPadam
  32. Salam Kakcik..kami seisi rumah cuma tengok KBSW jer...berita pun berita dari kbsw jek!!!

    BalasPadam
  33. sekarang semua nak guna pendekataan islamik..tengoklah tajuk drama. "sujud".

    BalasPadam
  34. Saya selalunya akan TERtengok pada waktu menunggu giliran temujanji jumpa doktor atau ambil ubat di klinik kesihatan. Drama yg tengok tupun tak ketahuan cerita apa & tak tau apa kesudahan sebab tengok masa menunggu tu saja :D

    Saya dah terima email Kakcik :)

    BalasPadam
  35. Setuju dengan apa yang kakcik tulis :D

    BalasPadam
  36. Salam KS
    Apa Kaba?
    selalu tgk tajuk cerita tu, tapi tak tertgk pulak.
    Moga ada perubahan nanti, bergantung pada pengarah dan penerbitkan?

    BalasPadam
  37. Itulah 'trend' drama sekarang. Ambil perkataan-perkataan(sijud) dalam al-Quran untuk 'melariskan' perniagaan sahaja. Memang diakui manusia semua tidak sempurna. Namun tetap sahaja kalau nak buat perlambangan perihal Islam, mestilah buat yang habis sempurna kerana Islam itu memang 'perfect'. Datang dari Maha Perfect. Agak kalau tak mampu, tak payah gunalah terna-terma baik. Minyak dan air memang takkan bercampur setakat hari ini. Buat drama yang biasa-biasa aja. Orang tetap nonton juga.

    BalasPadam
  38. Now a days ramai yang rambut atas je bertutup

    Hok bawah dah bersepai dek tupai gara2 nikah la ni sukar

    Maybe drama ni mau tunjok:

    1. Utama kan solat dulu then baru aurat & bukan sebaliknya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com