... tahu-tahu ianya terjadi.
Ahad = 17/2/2013.
Balik dari bersarapan dengan En. Suami, mulalah menghadap iPad. Nampak ada pesanan di facebook dari SiRibenMerah (Iyra). Setelah berbalas-balas pesanan, kami bersetuju untuk ke Musollah Ehsan iatu kediaman Dato' LF. Disebabkan kereta En Suami tiada, Iyra bersetuju untuk mengambilku di rumah dan kami akan ke Bandar Baru Bangi dengan kereta Iyra sahaja.
Sementara menanti ketibaan Iyra, aku terperasan bahawa Dato' LF ada 'berbincang' dengan Ida Nyanyisunyi yang blognya dah sunyi sepi bahawa mereka bercadang untuk bersarapan di rumah Anaa (blog Anaa juga dah bersawang!). Tiba- tiba saja aku menyampuk di facebook dengan mengatakan aku ingin menyertai mereka! Mujur Iyra tiada masalah untuk ke sana walaupun kami sama-sama tak pernah sampai ke kawasan rumah Anaa. Akhirnya, sampai juga kami ke rumah Anaa.
Dari rumah Anaa, aku dan Iyra mengekori kereta Dato' LF untuk ke Musollah Ehsan pula. Melepak di rumah Dato' dan Datin. Tumpang solat Zohor dan suka-suka hati buat macam rumah sendiri sampai petang. Elok sahaja kami masuk kereta dan ingin meninggalkan rumah Dato', sebuah kereta mewah meluncur masuk. Aku dan Iyra tak jadi balik kerana kami ingin bertemu dengan tetamu yang baru sampai itu. Maka, bertemulah kami dengan En. Azhan bersama isteri dan anak-anaknya...
|
Hero-hero kesayangan Anaa (termasuk yag di belakang itu) |
|
Blogger Bunga Mawar, Datin Aishah dan Iyra. |
|
Zara - cucu Dato' dan Datin ini hanya 'melekat' dengan neneknya. |
|
Datin Aishah memperkenalkan bunga kesidang yang wangi kepadaku. |
|
Mereka yang menceriakan hariku. |
|
Duduk sebelah orang berbadan kecil, lagilah terserlah kegemukanku! |
Best jugak lepak2 ngan geng2 ni.. tapi makchaq memang susah kalau tak rancang..selalunya hujung minggu macam2 program rancangan budak2 ni..
BalasPadammini gathering ke ni kakcik
BalasPadamsalam kakcik...seronok jumpa2 mcm ni kan??? rasa mcm nk joint sama...=)
BalasPadamwangiiiiiiiiiii sangat kan kesidang tu!!
BalasPadamsinggah pagi
BalasPadamseronoknye bonda..selamat pagi bonda
BalasPadamBilakah agaknya saya boleh join...
BalasPadamJelesnya Kak Cik... moga2 kita dpt berjumpa nanti :)
BalasPadamselalunya yg tak dirancang tu la yg seronok...yg tak terjangka berlaku..
BalasPadamseronoknyer tp naper gambar kakcik ngn datin n gambar datin ngn bunge ksidang tu tak nampak...
BalasPadamSeronok kan kakcik bila dapat bersama dengan kawan-kawan..
BalasPadamAlhamdulillah.. dapat berjumpa2.. kdg2 perkara yg tak dirancang menjadi lebih ohsem.. bestnya..
BalasPadamhari minggu yang menceriakan utk kakcik..
BalasPadamkalau rancang beriya2 pun kadang2 x menjadi kan..
BalasPadamsalam Kak cik...wah..mesti rumah Dato and Datin wangi ngan bau bunga kesidang..
BalasPadambestnyer kak cik, gader gader gitu
BalasPadamwahh berjalan jauh smpai ke sna..hehe...
BalasPadamWahhhh..4 org yg hero Anaa tu..:)
BalasPadamwah seronoknyer kakcik
BalasPadamSeronok jumpa kwn. Dah lama tak jumpa kawan.
BalasPadamseronok bersidang ye kak chik
BalasPadamseronok tengok hubungan di alam maya terserlah secara zahir..bilalah saya nk jumpa kakcik pulak..
BalasPadamsalam Kakcik..biarlah gumuks pun asalkan ceria!!!
BalasPadamNi kali pertama saya dengar pasal bunga kesidang. Kakcik, saya baru hantar email pada Kakcik :)
BalasPadambau bunga tu wangi sangat.
Padamkakcik dah balas emel Dinas, dapat tak? :)
Selalunya perkara yang tak di rancang tu lah yang buat hati berbunga mekarrrr kan kakcik
BalasPadambestnya Kakcik... sy je kat sini takde geng blogger.. sendirian
BalasPadambunga kesidang memang wangi, dulu ada menjalar dipagar rumah tapi dah mati bila suami tersembur racun dipangkal pokoknya.. arwah mak saya suka selit bunga ni di tepi telinganya.. makin wangi bila baru layu
Rajin jumpa kengkawan blog, ya! IM juga yang masih tinggi perasaan segan...
BalasPadamkakcik teringin sangat nak jumpa IM dan Ibu-_Suri, tapi masih tiada kesempatan lagi...
PadamThanks Mak.. lepas neh kita jalan2 terjah mana2 lagi.. kalo ayah tanak ikut kita g dua je.. ekekekeke~
BalasPadamhave a great moment with you.. thanks atas nasihat yg sgt bermakna dikala iyra kerunsingan..
Moga Allah memberkati Mak selalu :)
boleh saja Iyra, selagi ayah izinkan... :)
Padamjeles :(
BalasPadam