Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Oktober 2015

Resepi Sambal Daging ringkas dan mudah...


Sebenarnya, aku tak pernah pun buat dagimg masak sambal.  Tapi bila En. Sepet sudah mengeluarkan kata-kata : 'asyik kari daging, rendang daging je... cubalah buat sambal daging pulak', maka ibunya yang 'baik' ini cubalah memenuhi permintaannya.

Sambil 'menjeling-jeling' resepi di internet, akhirnya aku buat sambal daging dengan resepi 'ikutsukahatiaku'.  Biasalah, aku ini kalau memasak mana tahu hendak mengikut sukatan.  Hentam keromo sahaja ikut bahan yang ada.  Jadinya, beginilah resepiku (anggaran sahaja - sebab aku tak pernah timbang, sukat atau kira bahan yang aku guna) :

1kg daging (aku campur dengan hati dan limpa yang ada) - direbus hingga empuk.  Sejukkan dan dihiris nipis.
(Simpan air rebusan daging untuk proses memasak seterusnya)

Bahan tumis :

15 - 20 tangkai cili kering (hendak pedas tambah cili)
10 biji bawang merah
Halia anggaran satu setengah inci
2 batang serai

(semua bahan ini dikisar halus)

Setengah cawan air asam jawa
Garam dan Gula secukup rasa

Cara :

Panaskan setengah cawan minyak masak dalam kuali.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa
Masukkan secawan air rebusan daging
Masukkan daging - kacau hingga sebati dan kecilkan api dapur
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
Bila sudah sebati dan agak kering, masukkan sebiji bawang besar yang sudah dipotong bulat. 
Kacau hingga bawang layu.

DAH SIAP.

Sedap ke?  Ikutlah pada kata tekak...

Rabu, 30 September 2015

Bila diri tidak lagi dipeduli ...

Nampak tak En Nyet tu?
Gambar ini dirakam oleh anakku Bangcik dari
tingkap bilik rumahku.

Bila diri tidak dipeduli
apa daya hendak dikatakan lagi
hanya mengadu pada Ilahi
kerana Dialah Yang Maha Mengetahui

Selasa, 29 September 2015

Nilai ringgit yang kian turun... Aduh, sakitnya tu di sini...


1USD = RM4.40



Setiap hari aku buat perbandingan matawang Ringgit dengan Rupee.
Nampaknya semakin hari semakin sedikit Rupee yang boleh
didapati berbanding dengan Ringgit.  Aduh, sakitnya...