Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Oktober 2011

Pertemuan blogger... terima kasih semua...

Pertama sekali pastinya dipanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT yang mengurniakan cuaca yang begitu cantik kepada kita.  Makanya, tidak perlu kita bersusah hati dengan hujan atau ribut yang mungkin sahaja diturunkan pada bila-bila masa.  Alhamdulillah.

Terima kasih kepada  :

-  Dr Faiz yang mencetuskan ilham untuk pertemuan ini,

- semua kawan-kawan yang sudi hadir dan membawa makanan yang pelbagai ke pondok kakcik,

- suami-suami/isteri-isteri yang begitu memahami kemahuan pasangan masing-masing.

- anak-anak yang begitu baik tingkah laku, memahami 'kesibukan' ibu-bapa mereka yang sedang beramah-mesra,

- yang sanggup datang sejauh dari Jengka (Azian) dan Ipoh (Roslaini),

- yang sanggup menempuh perjalanan yang panjang (kerana sesat) walaupun datang dari dekat sahaja, 

- pastinya kakcik sangat terhutang budi kepada Makcik Apron Merah yang sangat peramah dan cekap melayan tetamu serta menyediakan air minuman yang sangat sedap,

- tidak lupa kepada Acu Sayang (yang datang awal bersama Azie dan mereka juga pulang paling akhir) kerana sanggup bertahan dalam kesakitan akibat keracunan makanan untuk bersama kita semua,


Terima kasih... terima kasih... terima kasih...  Kepada anak-anak dan adik-adik yang tak sempat hendak kakcik kenali dengan lebih dekat, maafkan kelemahan kakcik.  Andai nanti kita terjumpa di mana-mana, jangan segan untuk menegur, ya.  Semoga kita semua akan berjumpa lagi selepas ini.


'Tulang belakang' kakcik
 
Kak Nani yang ceria walaupun 'dunianya sunyi'



Cikgu Roslaini bersama kakaknya yang paling akhir tiba.  Gembira hati
kakcik kerana akhirnya dapat bertemua juga.

nota hati :  ada sedikit catatan dan gambar yang agak berbeza di blog CIKINTO ini.

Isnin, 24 Oktober 2011

Amy masih bernafas... mohon maaf atas kekeliruan...

Sama-samalah kita doakan agar kesihatan adinda Amy Syaquena pulih seperti sediakala.

Terima kasih kepada Belog MTT.  Sama2 kita doakan yang terbaik buat Amy.


Pertemuan blogger... mereka bawa makanan, kakcik sediakan tempat...








Kebetulan pula Pak Imam ini pergi berkursus dan Bujal segan nak membaca doa!