Kawan-kawan kakcik

Selasa, 25 Oktober 2011

Pertemuan blogger... terima kasih semua...

Pertama sekali pastinya dipanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah SWT yang mengurniakan cuaca yang begitu cantik kepada kita.  Makanya, tidak perlu kita bersusah hati dengan hujan atau ribut yang mungkin sahaja diturunkan pada bila-bila masa.  Alhamdulillah.

Terima kasih kepada  :

Dr Faiz yang mencetuskan ilham untuk pertemuan ini,

- semua kawan-kawan yang sudi hadir dan membawa makanan yang pelbagai ke pondok kakcik,

- suami-suami/isteri-isteri yang begitu memahami kemahuan pasangan masing-masing.

- anak-anak yang begitu baik tingkah laku, memahami 'kesibukan' ibu-bapa mereka yang sedang beramah-mesra,

- yang sanggup datang sejauh dari Jengka (Azian) dan Ipoh (Roslaini),

- yang sanggup menempuh perjalanan yang panjang (kerana sesat) walaupun datang dari dekat sahaja, 

- pastinya kakcik sangat terhutang budi kepada Makcik Apron Merah yang sangat peramah dan cekap melayan tetamu serta menyediakan air minuman yang sangat sedap,

- tidak lupa kepada Acu Sayang (yang datang awal bersama Azie dan mereka juga pulang paling akhir) kerana sanggup bertahan dalam kesakitan akibat keracunan makanan untuk bersama kita semua,


Terima kasih... terima kasih... terima kasih...  Kepada anak-anak dan adik-adik yang tak sempat hendak kakcik kenali dengan lebih dekat, maafkan kelemahan kakcik.  Andai nanti kita terjumpa di mana-mana, jangan segan untuk menegur, ya.  Semoga kita semua akan berjumpa lagi selepas ini.


'Tulang belakang' kakcik
 
Kak Nani yang ceria walaupun 'dunianya sunyi'



Cikgu Roslaini bersama kakaknya yang paling akhir tiba.  Gembira hati
kakcik kerana akhirnya dapat bertemua juga.

nota hati :  ada sedikit catatan dan gambar yang agak berbeza di blog CIKINTO ini.

50 ulasan:

  1. now takcik...errr..kakcik bole btuikan balik 'tune' lidah tuh..eheeh..sy pon sungguh bersyukur melihat cuaca pd ptg itu walhal b4 this asal ptg jer ujan kan? subhanallah! Acu dah nmpk pucat pon masa dok kaco air tuh. pity her! sy rasa terharu aunty nani bersusah payah msk nasik lemak ngan penuh kasih syg (psl sedap) walhal sy tempah ajer cheese tart tuh....huhuhuhuh

    BalasPadam
  2. suka tengok wajah Kak Nani tu, ceria jer kan?

    Alhamdulillah berjaya jugak misi kakcik nak berkumpul...

    yg apron merah tu yg pakai selipar purple tu ker?

    BalasPadam
  3. :-)

    nanti kita jumpa lagi yea..:-)

    BalasPadam
  4. Ayu...

    memang kesian tengok keadaan Acu tu. Tapi, Kak Nani memang hebat. Dia gagahkan dirinya menyediakan set hidangan yang lengkap. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. :)

    BalasPadam
  5. Q...

    terasa sangat kemesraan dan keikhlasan Kak Nani. Wajahnya pun sentiasa ceria. :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah dah selesai majlis..

    selamat berukhuwah..

    tentunya pengalaman bertemu rakan2 blogger sangat bermakna bagi kelian..tahniah kakcik..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah... memang cuaca
    baik sangat hari tu kan..

    padahal selalunya setiap ptg
    mesti hujan :)

    BalasPadam
  8. Wahh....

    meriahnya kak chik..



    * Ati ada sms hari tu tp saya ada urusan lain menanti.

    BalasPadam
  9. kalau takdet gathering pun saya mau je pegi umah kakcik selalu. tapi sogan. mueheheh~

    p/s: kakcik, saya punya url gadisbunga.com. :D

    BalasPadam
  10. Kakak masih mengikuti juga dan menjejaki blogger yg turut serta pada hari itu. Suka tengok foto-foto yg dipaparkan. Jeles pun juga kakcik.

    BalasPadam
  11. kakcik.. sedihnya tak dapat nak join gather ni.. lepas ni kalau buat dirumah DLF saya nak join jugak..

    BalasPadam
  12. terima kasih sebab kakcik yang mula2 offer utk jadi tuan rumah....dan alhamdullilah, cuaca hari tu tak hujan...

    BalasPadam
  13. berkat rumah kakcik jadi tuan rumah...

    mesti kakcik paling sibuk dan tak menang tangan kan...

    yg penting tetamu semua hepi :)

    BalasPadam
  14. kakcik, saya hepi sangat hari tu... dah la tak hujan hari tu, pegi balik pun drive smooth jer.. peta kakcik memang superb, senang bona carik umahnya, sambil drive, sambil baca peta kakcik.. jap jer dah ternampak tangki air.. heheh..

    BalasPadam
  15. Puas hati kan kakcik bila tetamu semua gembira & mesra camni..

    BalasPadam
  16. seronok tengok wajah ceria yang hadir walau saya sendiri tak dapat hadir..

    BalasPadam
  17. kakcik,
    Seronok tengok dari kejauhan..

    BalasPadam
  18. anak mak si bujal tu rajin tak? hehehe

    BalasPadam
  19. Salam kakakku kakcik..
    tahniah kerana berjaya menjayakan program bertemu rakan2 blog.. usaha yg baik tu..

    BalasPadam
  20. kalau buat lain kali saya bleh join ke kak chik?

    BalasPadam
  21. Sal...

    Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar walaupun ada kekurangan di sana sini. :)

    (kakcik susah nak masuk blog Sal... macam lambat sangat dia 'loading') :(

    BalasPadam
  22. Ati...

    Alhamdulillah, cuaca sangat baik dan 'riang', seriang kawan2 yang datang. :)

    BalasPadam
  23. Reen...

    harap2nya kita dapat berjumpa di lain ketika. :)

    BalasPadam
  24. gB...

    datang je. Kita borak2, lepak2 dan makan2... ajak Azie dan Acu sekali. :)

    Haaa... itulah, siapa suruh tak tulis kedatangan? Kakcik tulis ikut suka kakcik je! hehehe...

    BalasPadam
  25. Kakzakie...

    andai diizinkan Allah, pasti suatu hari nanti kita akan bersua juga. :)

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum Kakcik,

    Buleh buat annual event ni atau gilir2 tu.

    BalasPadam
  27. RK...

    cari ruang agar kita dapat bersua nanti, ya? :)

    BalasPadam
  28. Dr Faiz...

    Alhamdulillah, segalanya bagai dirancang walaupun mulanya nampak seperti tidak bersungguh2. :)

    BalasPadam
  29. mamaNoriz...

    kakcik buat2 sibuk je... :)

    BalasPadam
  30. Anaa...

    kakcik lagilah hepi sebab melihat senyuman yang terukir di wajah kawan2. :)

    BalasPadam
  31. Qema...

    harapan kakcik di lain waktu Qema dapat hadir bersama. :)

    BalasPadam
  32. Aizamia...

    harapnya di pertemuan akana datang, Ai ada besama. :)

    BalasPadam
  33. Cikgu...

    hasrat saya nak bertemu Cikgu nampaknya belum kesampaian. :(

    BalasPadam
  34. Niez...

    anak mak asyik dukung cucu mak. Cucu mak pula tak nak kat orang! :)

    BalasPadam
  35. Adikku Samad...

    kalau nak ikut segan, kakcik ni lagilah penyegan (bukan pemalas tau!) orangnya. Apalah yang hendak kakcik bangga dengan rumah kakcik yang sekangkang kera tu. Tapi semangat hendak menjalinkan persahabatan itu mengatasi segalanya. :)

    BalasPadam
  36. Hajar...

    sudah tentu boleh tanpa sekatan sama sekali. Datanglah nanti. :)

    BalasPadam
  37. Wa'alaikummussalam Yong...

    kalau ada yang sudi ambil giliran, pastinya boleh. :)

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah, semuanya sudah berakhir dengan kenangan yg cukup indah.. terima kasih buat kak cik dan semua blogger2 yg sgt best..

    BalasPadam
  39. Hanis...

    Alhamdulillah. Semoga pertemuan itu bukan yang terakhir buat kita semua. )

    BalasPadam
  40. Bagusnya semuanya sepakat dan bekerjasama.. Walaupun rasanya baru jumpa untuk kali yg pertama, nampak macam seakan dah lama berkenalan.. Tahniah ye..

    BalasPadam
  41. Nur...

    Alhamdulillah. Memang walaupun ramai yang pertama kali bersua, tapi kemesraan yang terjalin bahaikan berkurun lama. :)

    BalasPadam
  42. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi kakcik..thanks atas penganjuran gathering kali ni :)

    BalasPadam
  43. Azrul...

    kakcik tahu kita kaan berjumpa lagi. Tahun depan jangan lupa hantar kad tau. :)

    BalasPadam
  44. Tertunggu-tunggu Cikgu Roslaini, dah balik rupanya dia sampai.....

    BalasPadam
  45. gedek!...

    Kesian dia tersesat, kenalah kakcik dan suami jemput depan SMPI. :)

    BalasPadam
  46. kakcik...sy dtg jam berapa kakcik....huhuhuhu

    terima kasih ye kakcik....
    harap dapat berjumpa lagi...

    BalasPadam
  47. Azian...

    lupa nak isi borang kedatangan, ya? Apa2pun kakcik sangat teruja sebab dapat juga jumpa dengan Yan.
    Nak kek kukusssss.... :)

    BalasPadam
  48. alhamdulillah! mmg btui tuh berkat buat kt umah kakcik kan? lgpon kita menjalinkan ukhwah sesama kita sudah tentu Allah makbulkan... alhamdulillah byk2 kali lagikk...

    BalasPadam
  49. Ayu...

    kemeriahan dan kemesraan masih terasa-rasa. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.